Saturday, November 10, 2012

Tujuan utama dalam Mengejar Kekayaan

Sejak kecil kita diajar dan dinasihatkan oleh orang tua-tua kita untuk belajar bersungguh-sungguh. "Nak, belajar rajin-rajin, besar-besar besok boleh dapat kerja besar, boleh beli rumah besar, bini besar..." dan sebagainya. Ayat tu biasa dan selalu didengari di telinga anak-anak di zaman sekolah...

Kemudian, bila aku memasuki alam persekolahan di peringkat yang agak tinggi, aku pernah diajukan soalan ini oleh seorang Ustazah. "Apa tujuan kamu belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan gred yang cemerlang?"... aku terdiam, terfikir sejenak..kenapa ya.. "..untuk menambah ilmu pengetahuan bagi mendapatkan kerja yang elok dengan gaji yang besar..."
"kenapa kita perlukan gaji yang besar?"
"untuk hidup senang dan kaya.."
"kenapa mahu jadi kaya?"
"untuk hidup senang"
"itu saja?"
"Ya la kot..."
"Sambil senyum beliau menambah, sebenarnya kita perlu menjadi umat islam yang kaya untuk mengangkat agama kita di peringkat yang lebih tinggi, mengangkat syiar Islam dan perlu berbakti kepada ummat. itu sepatutnya menjadi tujuan utama."
Terkedu aku mendengarnya and she is totally right!

Umat islam harus kuat dari segi kewangan. Zaman sekarang ini, kalu kita tidak ada kekuatan dari segi kewangan, kita semacam tiada kuasa. Niatkan segala usaha dalam mencari rezeki yang halal sebagai suatu ibadat, insyaAllah akan diberkati dan dimurahkan rezeki oleh-Nya. Seharusnya bagi kita untuk berlumba-lumba mengejar kekayaan demi untuk memartabatkan agama disamping berdakwah dengan menunjukkan bahawa umat islam ialah yang terbaik dari segenap segi. Mari kita teruskan usaha mencari rezeki dibumi Allah ini. Uruskan sebetulnya harta yang diamanahkan oleh Nya kerana ianya bukan hak mutlak kita sabaliknya ianya adalah kepunyaan yang Maha Esa.

Hasil dari pembacaan aku pula, orang kaya yang tulen mengejar kekayaan adalah bukannya bertujuan untuk berlagak dengan harta yang ada tapi usaha mencari rezeki merupakan suatu keseronokan. Kepuasan dalam mendapatkan rezeki ialah satu kepuasan yang tidak ternilai. 

Suatu benda lagi, jangan kita memandang serong kepada orang yang bekerja kuat untuk mendapatkan kekayaan sebaliknya kita harus menyokong antara satu sama lain. Elakkan perasaan hasad dengki dan sebagainya. InsyaAllah semua kita akn diberkati. Aminn.




No comments:

Post a Comment