Wednesday, November 28, 2012

Cara-cara simpan duit di Amanah Saham Bumiputera (ASB)


Kepada sesiapa yang ingin menyimpan duit di ASB, hari ini dan besok merupakan hari yang sesuai untuk bulan sebelas (November) ini sebab dividen ASB dikira pada hari bekerja setiap akhir bulan. Hari ini 29 November (Khamis) , Besok 30 November (Jumaat). Sesuai sangat.

Nak simpan duit dalam ASB senang saja, hanya bawa duit ke ke kaunter pejabat pos atau CIMB atau Maybank dan isi borang simpanan ASB. Bank lain aku tak pasti. 

Banyak isu dibahaskan mengenai halal haram ASB ini. Dah lama isu ini dibahaskan. Kepada sesiapa yang tidak dapat menerima aktiviti ini dalam hidup mereka, terpulang. Bagi aku, aku ON dengan ASB, tiada masalah. Beberapa persoalan mengenai hukum ASB ini telah dihurai oleh individu tertentu seperti di bawah:


Mangenai pengiraan dividen ASB, senang saja :

Dividen = (Jumlah baki terakhir setiap bulan) / 12 X  %dividen pada tahun berkenaan

lebih kurang macam ini lah,
Contohnya dividen diumum pada akhir tahun 2011 ialah 8%, dan kita ada seribu (RM1,000) sahaja dalam ASB bermula bulan Jan 2011 hingga disember 2011, maka :

Dividen 2011=(1000+1000+1000+1000+1000+1000+1000+1000+1000+1000+1000+1000)/12 x 8%
                    = 12,000/12 x 8 /100
                    = RM80

Contoh lain, dividen diumum pada akhir tahun 2011 ialah 8%, dan kita simpan seribu (RM1,000) setiap bulan dalam ASB bermula bulan Jan 2011 hingga disember 2011, maka :

Dividen 2012=(1000+2000+3000+4000+5000+6000+7000+8000+9000+10000+11000+12000)/12X8%
                     = 78,000/12 x 8 /100 
                     = RM520
Senang kan?

Kenapa kita perlu simpan di dalam akaun ASB pada setiap akhir bulan dan bukannya awal bulan? jawapannya senang saja, kenapa perlu kita simpan awal bulan sedangkan dividen dikira pada setiap akhir bulan. Maknanya, jika kita simpan pada awal bulan pun dalam ASB, tak ada makna sebab dividen tak jalan. Baik kita simpan duit itu dalam akaun semasa di dalam bank untuk cover interest OD, atau simpan dalam FD untuk jana dividen lain. Akhir bulan, ambil duit tu, masukkan dalam ASB.

Risiko jika lewat-lewatkan simpanan ialah takut-takut sistem ASB tak ONLINE pula dan tak sempat untuk simpan pada bulan berkenaan. Maka, pandai-pandai lah rancang simpanan.

Kejap lagi nak pergi CIMB, simpan duit dalam ASB. yeahhhh....

Tuesday, November 27, 2012

Update Hasil Hartanah Terkumpul Berakhir 2012

Agak awal aku tutup akaun tahun ini.. heheheh.. tak ada lagi target property untuk tahun 2012 ni.. next, target untuk tahun 2013 pula.

Agak segan untuk aku disclose hasil pasif income yang ciput ini. Tapi atas dasar untuk berkongsi, aku tebalkan muka. Letak saja disini. Ya, tak ada lah banyak mana pun, so far ini saja kemampuan aku dalam bab hartanah sebagai individu bergelar student sepenuh masa. Haishh..

Kalau diperhatikan, terdapat beberapa hartanah yang tidak berapa menguntungkan di peringkat awal pembelian hartanah aku (esp no.2 & no.3). Itulah harga yang perlu dibayar untuk tujuan 'latihan' demi mendapatkan sedikit pengalaman. Sesiapa yang berminat dalam pelaburan hartanah, berhati-hati lah. Buat kira-kira dan jangan ambil mudah. 

Perlu diingatkan juga, jadual dibawah tidak termasuk cukai, maintenance, lawyer fees dan sebagainya.



Yeah, tahun ini tutup akaun hartanah dulu. Fokus pada pasif income yang lain dan juga pengurusan kewangan. Masa untuk kerja dengan lebih kuat dan ikat perut lagi untuk mendapatkan income lebih supaya boleh invest lagi.

Go Sayuti Go!

Monday, November 26, 2012

Memukat Udang Harimau di Perairan Sabak, Kelantan

Kisah kali ni berkisar pada hobi aku.. heheh

Hujung minggu lepas, aku balik ke kampung bersama anak ke dua, naik bas je. Anak sulung, bini aku jaga kat KL. Bagi sorang satu jaga anak. Kali ni aku balik sebab nak uruskan pembelian bot lain untuk menggantikan bot sedia sebab bot sedia ada tu tak sesuai dengan aktiviti di pantai ini.

So, aku ada visit bot ini. Bila tanya pendapat kebanyakan nelayan sekitar, aku jadi keliru, ada yang kata sesuai, ada yang kata tak sesuai. Pening.

ini bot itu!

Hari Jumaat aku balik, rilek-rileks sikit rehat dan lawat sekitar pengkalan.



Hari Sabtu, abah aku ajak turun memancing. Aku sempat mengajak kawan baik Cikgu Egy turun sama. Turun pukul 7 pagi. Pagi tu agak kumpau, ikan kerisi tak berapa nak mematuk (makan umpan), dapat 5-6 ekor kerisi sahaja. Lepas tu pindah ke tukun kapal, dan kat situ terdapat beberapa tarikan ikan besar meragut umpan namun tiada yang sudi tersangkut di mata kail. Pukul 11, abah ajak pulang. On the way pulang, singgah di Unjam Pakdo Ma, sempat mamancing ikan Kirung (ikan balik mangkuk). Letak saja umpan mesti dapat, kuat makan ikan ni. Cikgu Egy letak umpan ikan Lecek hidup, kena tarik di ikan besar dua tiga kali tapi masih tak mahu sangkut. Frust betul. Last sekali, dapat ikan pengubat hati (Todak) bersaiz 2kg. Boleh lah, catch and release.Kat unjam ni aku dapat ikan cermin dan lain-lain bersaiz sederhana. Syok.

Sampai kat pengkalan, abah aku siapkan pukat udang. Ajak pergi memukat udang pula, "air cantik" katanya.
Aku turun memuka udang pukul 3p.m.. Nelayan lain hari tu dah tak larat, ramai yang kumpau. Pukat diletak dalam 2 batu dari muara. Dalam 15minit, pukat di angkat. Perghh, udang harimau bersaiz A. Hari tu dapat 50 ekor atau bersamaan 6kg. Udang lain dapat dalam 3kg. Juga terlekat di pukat tu Ikan yu bersaiz ~3kg.

Anak kedua aku & ikan yu

Udang

Pukul 8 malam, siap asingkan ikan dan udang

Pengasingan udang

Udang ini dibeli dengan harga rm15 seekor oleh jiran

Sebelum dibawa ke tokey ikan.

Hasil hari itu, boleh lah dalam rm400++. Rezeki tersepak. Jarang-jarang sekali ada lah. Selalunya, hasil untuk yang dapat boleh cover minyak bot. kadang-kadang nak cover minyak bot pun tak lepas. Kepada yang berminat untuk informasi santai boleh visit link di facebook.


Link blog - http://pancinglautkelantan.blogspot.com/


Tuesday, November 20, 2012

Perkongsian Ilmu

Nak cerita sikit kisah aku masa awal sekolah menengah. Kisah kanak-kanak hingusan. Istilah masa depan yang selalu orang kampung guna ialah 'bbolot'. Heheh.. 

Entah kenapa menjelang peperiksaan PMR, aku ialah antara kalangan budak yang agak terkedepan dari segi pelajaran (tak ada la terer sangat tapi boleh lah jugakk!) dapat merasai suatu perangai yang tidak elok dari kalangan kawan-kawan. Iaitu kedekut ilmu. Entah kenapa benda ini terjadi. Di kalangan kawan-kawan terdapat satu budaya semacam menyorokkan maklumat mengenai pelajaran. Aku terkilan dengan keadaan itu menyebabkan aku membuat tindakan yang sama. 'dah kau tak nak share nota dengan aku, jangan harap aku nak share nota dengan kau lah!'. Demmm. Ye lah zaman tak betul aku. hehe

Habis PMR, aku dapat masuk MRSM. Dan dari situ lah aku dapat manfaat dan mempelajari budaya perkongsian ilmu dalam mencari ilmu pengtahuan. Di situ, tiada istilah menyorokkan nota ke, ilmu ke apa. Memang seronok. Kawan ajar kawan-kawan, kongsi ilmu dan macam-macam aktiviti. Aku tak terkecuali, amat seronok bila dapat menyampai dan mengajar kawan-kawan yang bertanya (itu pun yang aku boleh jawab je lah). Aku boleh katakan bahawa zaman MRSM ialah antara kenangan yang terbaik pernah aku alami di zaman belajar. Dan hasilnya, not bad lah aku punya result SPM, boleh lahhh. Kawan-kawan pun kebanyakannya OK.

Masuk zaman universiti aku terjumpa balik jenis orang yang kedekut ilmu ni. Haiiyyaa, ada jugak orang macam ni kat universiti. Lantaklah. Aku hairan tak tahu apa dia fikir.

Bertitik tolak dari zaman mrsm tu lah aku suka untuk berkongsi ilmu pengetahuan. Aku seronok bila ada orang datang berbincang mengenai pelaburan, memancing dan sebagainya. Blog ini antara medium untuk aku berkongsi pendapat. Secara tak langsung aku dapat refresh ingatan dan menambah lagi ilmu pengetahuan. Sebab lain manusia, lain pengetahuan dan perangai. Macam-macam input akan kita dapat dalam masa perbualan yang singkat itu. Dan juga secara tak langsung benda ni akan menjadikan network kita bertambah. Dari sudut lain, PR kita juga akan bertambah baik dan macam-macam faedah lagi.






Friday, November 16, 2012

Suka Cakap Besar

Terlintas nak menulis pasal ni. 

Aku ada satu perangai yang teruk iaitu suka cakap besar atau nama manjanya 'poyo' atau lebih kurang gitu lah maknanya . Aku tak tahu, tapi rasanya sure ramai yang menyampah. heheh..

Entah lah, bini aku pun dulu-dulu mula-mula kenal dia benci gila kat aku sebab perangai aku ni. Tapi lama-lama jadi bini aku jugak. heheh..

Nak explain sikit la, memang teruk aku ni..ada terbawa-bawa dalam blog nih jugak kot.. sebenarnya bukan niat nak cakap besar, tapi bongkak sekadar nak bagi motivasi kat diri dan orang lain..tapi kebiasanya aku akan cakap besar kat orang yang aku rasa aku boleh rapat.. Dengan adik-beradik tak usah cerita aku lah orang yang paling riak.. hahaha.. tapi biasanya aku akan 'sembang lebih' bila cakap dengan mak aku sendiri. Sebenarnya saja nak bagi meriahkan keadaan disamping memotivasikan diri. Contoh paling senang, esok-esok aku akan jadi orang yang paling berguna di Malaysia.. heheh(walaupun tak de la berguna sangattt! ala-ala orang yang tak guna (tak guna punya orang))!! contoh yang bodoh..

Ntahnya, dalam blog kemain lagi tulis pasal kaya lah, pasal property lah, tapi tak kaya-kaya jugak. hahahah.. kalau tengok kat title pun kemain lagi nak 'Doctorate by 31, financial independence before 35'.. gila-gila koya.. demnn.. please lah Mat Utie.. sendiri baca pun nak muntah.. 

Tak kisah lah apa orang nak kata, aku buat ni dengan harapan aku dapat majukan diri dan mencapai apa yang di matlamatkan. Yeh, aku selalu set yang tinggi-tinggi sebab kalau aku tak capai sekalipun, paling tidak ianya lebih tinggi dari set yang tidak tinggi. heheheh..

Ini lah meriahnya dunia, kita tak boleh buat orang semua jadi skema ikut teks book.. booriiinnggg! katanya Fafauu..

Yeh.. go mat.utie go! (buat suara ala-ala anak aku yang selalu nyanyi.. go Deigo go!)



Thursday, November 15, 2012

Update Saujana Putra dan ejen untuk Putra Mahkota

Selamat tahun baru untuk semua umat Islam seluruh dunia. Cuti hari ni aku berkesempatan menguruskan unit kat Saujana Putra. Ada leaking pulak kat paip utama, habis basah rumah kat bawah unit aku tu. Dia call aku untuk datang visit dan uruskan. So, aku sempat lawat tadi, agak kriktikal rosaknya. Nasib baik kontraktor pun dah datang lawat tadi, koyak jugak lah poket RM380 untuk kerja-kerja bypass. Dah bocor kat dalam dinding, tu cara yang terbaik lah. tak ada rezeki nak buat macamana, satu bulan sewa dah kena reserve utk buat benda ni.

Yang bestnya ialah, unit kat bawah unit aku tu, bank valuer sampai harga RM85k market value dia. Gila kentang, owner baru tu apa lagi mark up loan la. Dia dapat 90% dari 85k, so loan dia ialah RM76,500. Dia beli rumah tu pada harga RM68k, so dia ada duit lebih dalam RM8.5k. Apa lagi dia renovate kaw-kaw unit dia tu. Memang cantik lah dia buat. Unit kecik, renovate pun tak banyak kos sangat. Boleh lahh.. Untuk rekod, unit kat sini aku beli lebih kurang 3 tahun lepas pada harga RM29.2k. Boleh laah..


Lepas visit unit aku tu, aku shoot ke Taman Putra Mahkota, ada satu unit tu, owner mintak tolong aku jualkan. Cantik unit dia. Aparment Melati. Walk up apartment. Dah siap renovate dengan kitchen kabinet dan sebagainya. Tingkat dua dari 5  tingkat. Keluasan 759sqft, kadar sewa yang diberi sekarang ialah RM500. Sangat convenient terdapat banyak kemudahan dan fasiliti seperti masjid, sekolah, kedai runcit, restoran dan sebagainya. Parking pun mudah tak kena berebut sangat. Harga buka RM125k, memang  kena  dengan market value. InsyaAllah aku cuba jual.Kalau ada rezeki tu ada lah.













Yang berharganya ialah aku dapat kenal seseorang yang berpengalaman dalam bidang yang sama. Rupanya tuan rumah tu ialah bekas seorang pensyarah. Banyak ilmu yang di kongsi dan sangat menarik untuk di bincangkan. Dari situ aku dapat banyak info dan motivasi percuma yang jarang diperolehi oleh sesiapa. Bagi aku, dapat kenal dengan orang yang sebegini dah merupa satu rezeki yang tak ternilai. Dunia ni memang sempit, yang interestingnya ialah, dia merupakan kawan bekas Pengetua aku masa kat MRSM dulu pun, disebabkan beliau juga bekas cikgu MRSM di suatu masa dulu. What a nice day!

Saturday, November 10, 2012

Tujuan utama dalam Mengejar Kekayaan

Sejak kecil kita diajar dan dinasihatkan oleh orang tua-tua kita untuk belajar bersungguh-sungguh. "Nak, belajar rajin-rajin, besar-besar besok boleh dapat kerja besar, boleh beli rumah besar, bini besar..." dan sebagainya. Ayat tu biasa dan selalu didengari di telinga anak-anak di zaman sekolah...

Kemudian, bila aku memasuki alam persekolahan di peringkat yang agak tinggi, aku pernah diajukan soalan ini oleh seorang Ustazah. "Apa tujuan kamu belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan gred yang cemerlang?"... aku terdiam, terfikir sejenak..kenapa ya.. "..untuk menambah ilmu pengetahuan bagi mendapatkan kerja yang elok dengan gaji yang besar..."
"kenapa kita perlukan gaji yang besar?"
"untuk hidup senang dan kaya.."
"kenapa mahu jadi kaya?"
"untuk hidup senang"
"itu saja?"
"Ya la kot..."
"Sambil senyum beliau menambah, sebenarnya kita perlu menjadi umat islam yang kaya untuk mengangkat agama kita di peringkat yang lebih tinggi, mengangkat syiar Islam dan perlu berbakti kepada ummat. itu sepatutnya menjadi tujuan utama."
Terkedu aku mendengarnya and she is totally right!

Umat islam harus kuat dari segi kewangan. Zaman sekarang ini, kalu kita tidak ada kekuatan dari segi kewangan, kita semacam tiada kuasa. Niatkan segala usaha dalam mencari rezeki yang halal sebagai suatu ibadat, insyaAllah akan diberkati dan dimurahkan rezeki oleh-Nya. Seharusnya bagi kita untuk berlumba-lumba mengejar kekayaan demi untuk memartabatkan agama disamping berdakwah dengan menunjukkan bahawa umat islam ialah yang terbaik dari segenap segi. Mari kita teruskan usaha mencari rezeki dibumi Allah ini. Uruskan sebetulnya harta yang diamanahkan oleh Nya kerana ianya bukan hak mutlak kita sabaliknya ianya adalah kepunyaan yang Maha Esa.

Hasil dari pembacaan aku pula, orang kaya yang tulen mengejar kekayaan adalah bukannya bertujuan untuk berlagak dengan harta yang ada tapi usaha mencari rezeki merupakan suatu keseronokan. Kepuasan dalam mendapatkan rezeki ialah satu kepuasan yang tidak ternilai. 

Suatu benda lagi, jangan kita memandang serong kepada orang yang bekerja kuat untuk mendapatkan kekayaan sebaliknya kita harus menyokong antara satu sama lain. Elakkan perasaan hasad dengki dan sebagainya. InsyaAllah semua kita akn diberkati. Aminn.




Thursday, November 08, 2012

Say 'NO' to personal Loan! (modified)

Aku nak mencoret sedikit untuk versi modified. heheh.. ada bagusnya bila kita menulis kerana ianya membuatkan aku berfikir.. betul ka apa yang aku tulis selama ini? itulah akibatnya bile menulis tanpa rujukan dan usul periksa.. main suka hati saja.. heheh.. sekali lagi stupid Sayuti. yehhh..

Bila berfikir ni, teringat satu ilmu dari Cikgu Ahmad (dulu-dulu pernah pergi menuntut dengan beliau di malam tahun baru 2009) .. Personal loan sebenarnya bagus jika betul-betul dimanfaatkan dengan teknik yang betul.
Aku lupa apa nama teknik tu, teknik OD (overdraft) kot.

Caranya lebih kurang macam ni la. Buat personal loan cthnya RM30k. Lepas tu masukkan semua dalam ASB.Buat sijil kat PNB, Lepas tu apply OD dengan bank (sekarang dah tak boleh untuk nama individu). Bank akan bagi fasiliti OD sebanyak RM27k kepada kita. Gunakan duit RM27k ini untuk bayar loan. Hasil dividen dari ASB untuk setiap hujung tahun pula digunakan untuk dimasukkan dalam OD untuk kurangkan interest. Lama-kelamaan OD akan penuh dan loan akan habis dibayar. kachinggg! duit free..

Tengok, sekarang siapa dah rugi? aku dengan labu2 aku.. duit free pun tak nak.. stupid Sayuti..

-Versi lama-
Tidak dapat dikenalpasti kenapa aku memang anti dengan personal loan atau dengan nama lain dia 'pinjaman peribadi'. Ohh tidak. Mungkin disebabkan interest atau kadar faedah dari pinjaman peribadi ni dikira tinggi. Ye ke tinggi? a'ah tinggi la, jangan lihat pada kadar faedah yang di iklankan, lihat pada kadar faedah yang sebenar. Sila buat kira-kira.
Habis kalau tak buat personal loan, macam mana nak dapat duit banyak yang cepat? kalau mengikut daripada ajaran En Aziz Ibrahim, refinance rumah dan teknik Overdraft merupakan pilihan terbaik disebabkan kita boleh memilih untuk menggunakan kadar faedah harian yang boleh memberikan manfaat kepada kita untuk meminimumkan kadar faedah. Ada teknik nyaa..

Yang lebihnya bila kita refinance rumah (rumah sewa) jika dibandingkan dengan loan peribadi, pembayaran bulanan adalah ditanggung oleh penyewa (DOL) sedangkan duit cash hasil dari refinance rumah berkenaan telah pun masuk poket kita tanpa sebarang cukai. 

Untuk Overdraft pula, sekarang ini ia masih dibekukan oleh bank negara bagi permohonan di atas nama individu. Untuk permohonan diatas nama syarikat, kena tanya encik google (aku tak pasti).

Tapi kalau tak ada rumah, macamana nak refinance? senang je, tak payah gatal-gatal nak berhutang. Belajar cara cari dan urus wang dengan sebaiknya. Kemudian baru fikir untuk melabur untuk membolehkan kita membina kekayaan.

Namun, tiada masalah jika benar ingin menggunakan fasiliti loan peribadi ini dengan syarat tahu memanfaatkannya dengan betul bagi menjana income. Tapi aku still tak tahu macamana caranya. 

Satu benda lagi, untuk para usahawan atau mereka yang bekerja sendiri, aku amat menyarankan untuk membuat pinjaman dengan agensi kerajaan contohnya TEKUN ataupun AMANAH kerana tiada faedah yang dikenakan. Aku difahamkan, caj yang dikenakan ialah caj pengurusan semata-mata. Jika tiada bisnes pun, buat-buat ada. Paling tidak duit berkenaan boleh bekerja untuk kita bila kita meletakkan duit berkenaan ditempat yang betul contohnya ASB.





Tuesday, November 06, 2012

Kiraan hukum 72

Sebelum aku lupa, nak berkongsi sedikit mengenai hukum 72 ni.. Hukum 72 ni digunakan untuk mengira berapa lama duit kita akan berganda kepada dua kali (dua kali ganda la).

Contoh paling senang, jika dividen ASB maintain sebanyak 8% setahun, maka duit kita akan menjadi dua kali ganda selama 72/8 iaitu 9 tahun. Maknanya jika duit kita ada RM100k pada hari ini, 9 tahun akan datang dia akan menjadi RM200k. Dengan syarat, jangan usik le duit tu. Inilah kehebatan kuasa kompaun. Yang menarik lagi, untuk next 9 tahun akan datang, duit pada 9 tahun hari ini akan berganda lagi. Maknanya, dalam masa 18 tahun, duit tu akan menjadi RM400k.dan kiraaan ini tak akan berhenti untuk gandaan yang seterusnya.. wow!

Contoh lain, jika kita berjaya membeli hartanah yang memberi pulangan sebanyak 12% setahun, maka duit kita akan menjadi dua kali ganda dalam masa 72/12 iaitu enam tahun sahaja. So, cubaan untuk mendapatkan property yang memberi pulangan tinggi amatlah penting.

Menarik kannn? gempak la Albert Enstein ni.. Mana dia jumpa no 72 ni pun aku tak tahu...

Monday, November 05, 2012

Kereta Percuma

Alhamdulillah aku dah upgrade kereta. Aku tukar, dari kereta Kenari Aero 1.0 ke kereta Viva 850. Aikk, tu bukan upgrade, tu downgrade! ya betul, downgrade dari segi saiz dan kuasa. Dari segi harga, ada upgrade disitu.. heheheh.. 

gambar hiasan

Panjang ceritanya mengenai kereta ni.. yang pertamanya, pembelian kereta ini ialah hasil dari pasif income. Hasil sewaan unit kat Kepong = RM450/month. Lepas tolak maintenance etc, boleh lah dapat bersih ~RM400/sebulan. Monthly installment Viva ni pula ialah RM361 (0 downpayment) selama 9 tahun. Dengan kata lain, hasil rumah kat Kepong tu telah mimbiayai kereta kami. Ahamdulillah hasil pelaburan. Walaupun kecil, ianya amat lah bernilai bagi aku yang gaji kecik ni.

Ya, orang akan kata, membazir beli kereta tanpa sebarang downpayment. Sembilan tahun pulak tuu. Serve interest saja dah berapa?? jawapan aku senang je, kita guna duit orang lain (DOL).. apa ada hal? IsyaAllah bila habis pembayaran kereta ini, kereta lain pula akan menyusul. Masih menggunakan DOL.

Bayangkan sekiranya pembelian kereta ini dengan menggunakan cash berjumlah RM32,000. Apa kita akan dapat? ya, sebijik kereta. Tapi bila kita menggunakan RM32,00 cash tadi untuk membeli apartment secara cash dan sewakan untuk mendapat pulangan ~RM400 sebulan. Apa kita dapat? kita akan dapat sebijik rumah dan sebijik kereta. Tepuk dada tanya sama pokok...heheh

Ya, jika kita cagarkan rumah itu suatu hari nanti yang memungkinkan kita untuk tidak mendapat sepenuhnya pasif income hasil dari sewaan disebabkan kita akan dikehendaki untuk serve pada bank untuk loan yang baru itu. Tapi jangan lupa, hasil dari cagaran berjumlah RM40,000 itu sekiranya diletakkan dalam ASB, pulangannya ialah RM233 sebulan (pada kadar 7% setahun). Ditambah dengan pasif income dari hartanah berkenaan (RM400-RM230(installment baru) = RM 170) . Maka RM233 + RM170 = RM403. Masih positif.

Ini hanya lah sekadar contoh mudah. Sekiranya kita berbalik pada pengurusan secara menyeluruh, kita seharusnya meningkatkan pasif income seboleh mungkin untuk kebaikan kita dimasa hadapan. Untuk kes aku, pasif income dah bercampur-aduk dengan duit gaji bagi mengurangkan interest Overdraft, meningkatkan dividen dan lain-lain (orang yang praktik benda yang sama akan faham maksud aku ni). 

Agak bagus sekarang ini kerana terdapat sistem pengiklanan kereta melalui internet online. Pembelian kereta contohnya melalui website mudah.my membolehkan kita sebagai pengguna untuk membandingkan harga dan mendapatkan deal yang paling bagus berserta hadiah tambahan. Ianya amat bagus untuk pengguna. Persaingan antara penjual kereta secara tak langsung akan manfaat kepada pengguna dari segi harga, layanan dan sebagainya.

Yang keduanya, kereta Kenari kepunyaan wife tu pun dah mula kena baiki. Banyak features yang kecik-kecik dah tak berfungsi. Masa untuk lepaskan dia. Lagipun monthly installment kereta kenari ini ialah RM403. Secara tak langsung, dengan penggunaan kereta Viva ini, dapat lah kami  kemaskini dan kurangkan perbelanjaan bulanan. 

Yang ketiganya, masih belum ada sebarang polisi insurans kenderaan pada nama aku sendiri. Ianya tidak bagus untuk suatu hari nanti bila ingin memiliki kereta berharga yang agak tinggi. Hal ini kerana, sudah pasti jumlah insurans untuk kereta baru itu sangat tinggi kerana tiada sebarang diskaun NCD untuk pemilik insurans baru. Bagi pemilik insurans yang melebihi 5 tahun (kalau tak silap), NCD dapat dikurangkan sehingga 50%. Bayangkan NCD berjumlah RM4,000 setahun dapat dikurangkan kepada RM2,000 setahun. Untuk 2-3 tahun, berapa jumlah duit yang kita berjaya selamatkan? Itulah antara satu kelebihan bertangguh-tangguh.

Aku tak nafikan bahawasanya pembelian kereta ini akan membuatkan ramai orang tertanya-tanya. Anak ada dua orang, tapi pakai kereta kecil. Kenapa tidak memilih untuk menggunakan MPV atau apa-apa kereta yang lebih besar. tak kisahlah apa orang nak kata.. sebenarnya tujuan menggunakan kereta ialah untuk bergerak dari point A ke point B. Hanya selesa atau tidak yang membezakannya.

Dari satu segi, ianya tidak bagus untuk aku bergaul dengan golongan atasan. Agak susah nak match disini. Mungkin susah untuk dapat projek ataupun apa saja rekemen yang baik dari pihak berkenaan. Tapi, aku dapat rasakan, belum tiba masanya.

Sekadar untuk berkongsi dan bukannya untuk bermegah-megah..