Tuesday, August 07, 2012

Menguruskan Pemasangan Meter Elektrik TNB Apartment

Aku akui unit aku kat Kepong kali ini aku uruskan dengan sangat lembab. Aku loss dari segi masa dan lain-lain. Kali ni aku uruskan rumah ni secara relaks dan malas. Stupid Sayuti!

Untuk unit ini, meter api telah dipotong pada satu ketika dahulu yang mana aku sendiri pun tak pasti dah berapa lama.

Semalam aku nekad untuk setelkan urusan pemasangan meter api/elektrik unit tersebut.

Pertama sekali, kena kenalpasti kontraktor untuk uruskan pemasangan berikut. Hal ini kerana kita perlukan pengesahan kontraktor berlesen untuk menguruskan hal ini. Namun, sekiranya meter elektrik berkenaan masih dalam tempoh 6 bulan pemotongan, tak perlu guna kontraktor.

Kontraktor pertama yang aku approach, quote mahu caj aku RM600. Belum masuk deposit RM300 kepada TNB. Mahal nyaaaa...

Aku tak puas hati, then aku cari kontraktor lain. Penat aku cari, last-last aku teringat kontraktor lama aku dulu. Dia pernah buat kerja untuk pasang meter salah satu rumah aku sebelum ini. Dia offer aku RM500. Boleh lahh.. Aku rasa still mahal tapi boleh lah sebab aku tahu track record dia. Memang kerja dia bagus. Dia janji dalam masa 10hari boleh siap. Bulan puasa nih TNB slow buat kerja sikit katanya. Aku nak share no kontraktor ni untuk sesiapa yang perlukan. Namanya Syukri:0126530052. Dia cover area KL, PJ, Gombak etc.

Lagi, untuk nak uruskan pemsangan meter ini, aku perlukan dokumen berikut:

1. Borang apply meter - dapatkan dari TNB berdekatan - satu
2. Salinan SnP (Sale and Purchase Agreement) atau Proclamation of Sale (untuk kes lelong) -satu
3. Salinan kad pengenalan pemohon - satu
4. Salinan kad pengenalan saudara terdekat - satu

Sediakan semua dokumen berikut, kemudian serahkan kepada kontraktor yang anda dah kenal pasti. Semalam aku dah serahkan dokumen tu dan menanti pemasangan meter tersebut akan siap sebelum raya nanti.


Wednesday, August 01, 2012

Sakit Perut yang Amat


Baru-baru ini aku kerap sakit perut. Paling teruk sepanjang hidup aku. Dua tiga bulan lepas, aku dah kena sakit ini sekali. Semalam aku kena lagi. Aku suspek, kesakitan ini berpunca daripada ubat yang aku ambil sebelum turun ke laut sehari sebelum mengalami kesakitan tu.

Kedua-dua jenis sakit yang sama aku alami sehari selepas aku ke Laut. Sakit yang amat. Menyucuk-nyucuk perut aku sehingga menyebabkan aku muntah kesakitan. Aku rasa serik pada masa itu. Cara terbaik ialah aku meniarap sambil menahan kesakitan sehingga tertidur. Namun, aku masih berjaya untuk meneruskan puasa. yehh...

Tapi, minat aku untuk terus ke Laut tidak dapat ditinggalkan. yehhh lagi...

Cerita pasal rumah kat Kepong tu, aku masih tidak berjaya mencari kontraktor untuk uruskan pemasangan meter TNB. Kebanyakan cadangan caj adalah tidak munasabah. Geram betul aku. Tak apa, aku masih mencari. Untuk meter air, rupa-rupanya ia adalah di bawah tanggungan pihak pengurusan perumahan itu dan bukannya SYABAS. Aku dah mintak pihak pengurusan untuk memasang meter air tu. Tak pasti diorang tu dah pasang atau tidak.