Sunday, January 31, 2010

Bersihkan rumah Bukit Subang

Penat dua tiga hari nih dok ulang alik untuk bersihkan rumah dekat Bukit Subang yang baru dapat tu..belum ada yang kompem nak sewa, hari tu sebab rumah tu masih bersepah, yang datang pun belum bagg kata putus..harap lepas dah siap semua baru letak iklan, nak try push ke rm300/month (harga lepas diskaun)..pagi tadi pasang kipas dengan lampu..semalam sapu-sapu debu dan tebang pokok bunga yang dah besar dekat yard..haha..esok nak cuba pasang DB..aku bab-bab elektrik nih memang tak suka, paling takut klu kena karan..huhu..tak sanggup..



Monday, January 25, 2010

Property yang ke 5

aiiii..property nih baru dapat pagi td (25/1/10) Rp utk lelongan yg dh kali ke 4, maknanya 30% kurang dari market lah lbh kurg..area bukit subang..lepas kira2, +ve cash flow boleh dapat dlm rm150 lepas tolak maintenance dsb..yg nih pakai atas nama bini aku, dia nak buat bayar hutang PTPTN..klu bayar rm100 sebulan hutang ptptn yg 30k tu lama2 boleh abih jgk kot..yelah, bukan pki duit sdiri pun..pki duit org lain (DOL)..tgh ari td aku test market letak iklan..berderet org call nak sewa..aii, xsempat nak melayan semua..aku terus delete iklan tu..aku perlukan masa at least smggu utk cuci2 dan psg lampu, kipas semua..huhu..sedikit penambahan maklumat sini..yg xsedap dgrnya maintenance tertunggak bank x cover..fuh masak la 3k yg tertunggak tu..adoi..pastu air plak xde meter..satu hal plak kena lantik plumber apply meter baru, dlm 5ratus jugak kos dia, lagi DB seme mmg xde lah, nasib baik meter tnb ada lg..harap xde mslh ln lg la lps nih..huhu, ops, grill pun xpasang lg tu..huhu

Sunday, January 24, 2010

Kalah bid

hahaha..dengar tajuk pun dh mcm pelik..nampaknya utk mng auction pada masa skrg pun agak sukar memandangkan bilangan pembeli telah bertambah dgn agak drastik..betulkah kenyataan aku nih??knp benda nih boleh terjadi yaaa??adakah aku ialah salah seorg yg menambahkan statistik tersebut??..haha..sbnrnya kenyataan nih dipetik dari salah seorg ejen pelelong yg aku kenal..dan klu ikutkan pnglmn aku pun, klu 2 tahun lepas sng2 je bleh dapat RP, tp skrg mmg nasib sggh..secara peribadi, pglaman aku kalah dlm lelong nih agak bnyk kali jugak lah..mau tak kalah klu mengharapkan RP jee..tp xpe, dlm hati aku,"ada beribu2 lagi property lain yg menunggu untuk di bid.." semua benda nih perlukan usaha, masa dan duit..apa2 pun aku berharap agak aku tidak mudah goyah dalam merealisasikan apa yg aku ingini.. dan klu ikut tips En Aziz Ibrahim, to play safe, the price must be at least 20% less than MV + strategic location 3X-tp mana nak cari property gini..huhu!!..ok

Kes stadi keburukan subsale

Kes nih betul2 terjadi kat diri aku. Property nih bertempat di Selayang, Julia Apartment low cost. Kiranya nih property yang keempat. Property nih sgt menarik dari segi harga disebabkan market value ialah 45k. Aku berjaya deal dgn owner dari asking price 33k kepada 27k. Loan mark up smpi 30k je disebabkan aku nak positif cash flow yg tggi. Sewa rumah nih ialah rm300/month. Namun disebabkan strata title ke apa ntah, lawyer tu bagitahu proses akan mkn masa hampir setahun.lama nyaaaa... SnP dah siap ditandatangani pada march 2009 dgn byrn 10%. Tup2, tgh aku syok2 lyn list lelong, rupa2nya rumah nih dh masuk dlm list disebabkan owner sudah tidak jelaskan byrn bulanan bermula dari SnP ditandatangani. Huhhhhhh...panik siot..klu ada org bid, habis dua2 pihak akan melepas..harap urusan nih boleh di selesaikan dlm mggu nih jugak..satu2nya cara yg aku nampak ialah jelaskan hutang owner yang tertunggak kepada bank..nasib baik la apmt nih harga xmahal mana...cuba bayangkan klu harga dia ialah 270k...memang babai lah jawabnya..

Saturday, January 23, 2010

Property yang seterusnya agak slow

Sudah lama aku xdapat masuk auction. Bukan apa, duit xcukup + aku agak sibuk dan dikurniakan cahayamata baru2 ni..klu ikut game cashflow101, income aku dipotong sedikit..dan itulah yg telah berlaku..huhu..berdasarkan kajian aku dimana ianya telah di aplikasi oleh Sifu Pie, adalah elok kiranya aku dapat beli property dgn meggunakan cash (Kepada sifu Pie, saya masih belum berkesempatan untuk berjumpa tuan. Harap boleh jumpa suatu hari nanti). Kemudiannya property tersebut aku refinance. Tp smpi skrg dgn modal yg ada agak ciput, mana la ada property yg aku bleh beli dgn cara tu... Klu aku beli ikut prosedur biasa, lagi cepat susut simpanan aku... walaupun aku gunakan fasiliti OD, aku masih perlu tutup balik jumlah duit yg telah digunakan dan cara ini akan memakan masa memandangkan pendapatan aku juga agak ciput..Wlbgmanapun, fasiliti OD telah bnyk bantu aku. Spnjg setahun aku aplikasikan OD, alhamdulillah hasil yg diperolehi agak memuaskan. Much better than nothing.
TQ kepada semua yang telah kenalkan aku dgn teknik OD ni..

My 3rd property

operty aku yg ke 3 nih berlokasi di Saujana Putra. Kawasan agak jauh, tp blok nih agak baru dan masih bnyk lagi yg belum dihuni. Yg nih aku masuk auction, dapat RP jugak. 40% less than MV. fuhhhh..yg nih aku betul2 puas hati. Cash flow pun lbh kurg rm200. Antara tindakan paling bodoh penah aku buat, aku main masuk auction tanpa pegi inspect property tersebut. Just inspect through internet. Mlm tu nampak iklan, pagi besoknya terus masuk auction. Menang je aku terus shoot ke rumah tersebut. Alhamdulillah semuanya ok, xsampai seminggu aku terus dapat tenant. Boleh la kot ni yaa...

my 2nd property

Property aku yg kedua ialah di Taman Putra Perdana, Puchong. Kelemahannya ialah kawasan nih agak isolated. Yg nih aku beli subsale. Lepas kira2 dan ejas2 dgn ejen dan lawyer, aku dapat beli umah ni tanpa gunakan duit aku, siap ada balance dapat masuk poket lagi dengan hanya gunakan slip gaji. Tu pun harga belum mark up kepada maksimum. Rumah nih sangat menarik dari segi keluasan dan binaan. Skrg aku sewakan, cash flow still positive walaupun xbesar mana. Klu ikutkan dari Mr. Kiyosaki, ROI aku ialah infiniti, betul ke???

My first 1st property - unit pertama aku

First property aku nih kat Kota Damansara, aku dapat RP dua tahun lepas. 10% less than market price. Aku rasa ok sebab aku suka betul property nih. Plannya ialah untuk diduduki lepas kawin. Dan memang pun sampai sekarang aku tinggal sini. Dua tahun berlalu. Even, kalau aku pindah pun, aku still boleh sewakan dengan positif cash flow tak lari dari rm200. First experience aku masuk umah lelong, seronok tak terkata bila dah menang. Antara kata-kata yg aku masih ingat pelelong tu cakap bila aku menang "muda-muda sudah ada rumah.."haha(padahal aku dah 24 pada masa tu, dah tua)..dari situ aku belajar banyak, macam mana prosedur dan basic knowledge pasal auction nih..ada banyk benda disebalik itu yang aku tak penah tahu dan kalau nak cerita kat sini agak panjang lebar. Nanti aku share lagi...ok..



yang kat atas nih gambar sebelum touch up..buruk gila rumah nih


Gambar nih masa tengah touch up..terus tiggal situ la senang..



nih gambar selepas dua tahun..

Friday, January 22, 2010

Thanks to all

Dalam ruangan nih aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yg terlibat dalam menyokong minat aku kearah financial independent. Terutamanya kepada isteri tersayang. Tidak lupa kepada kedua ibu bapa dan adik-beradik. Bnyk yang telah aku belajar dari kawan2 terutamanya Mr. Sere yang telah buka minda aku mengenai perkara ini. Dr. Mazlan juga pernah menasihati pada peringkat awal pengajian aku di universiti namun perkara yang disampaikn tidak tercapai di akal pada masa tersebut. Terima kasih juga tidak berbelah bagi kepada Pie network yg telah memberi tunjuk ajar secara langsung mahupun tidak mengenai pasif income. Terima kasih juga tidak lupa kepada Sifu Ahmad kerana berkongsi ilmu dalam aplikasi OD. Alhamdulillah hasil utk tahun pertama aplikasi OD dan properties boleh dikatakan OK pada aku bagi peringkat permulaan walaupun umur dh dah agak lewat..haha.. Masih bnyk yg aku perlu belajar untuk merealisasikan impian ini. Terima kasih juga kepada semua kawan2 yg sudi mendengar celoteh aku dan berkongsi pandangan. Diharapkan agar aku dapat terus menimba ilmu sebanyak yang mungkin di masa yg mendatang.

Reset semua smula

hAhahahah...
Dah lama aku xupdate blog..nih baru update pulak..ayyoo, tgk semua pos yang lama2 nampak mcm budus je..aku reset semua ataupun dlm kata lain 'delete', ahaa..buat baru balikk..haha..tgk org lain pnya blog gempak2 terasa la nak buat blog jugak..aii..xde apa cuma utk jdkan sbg diari aku je..
harap blog kali nih betul2 jadik lah..
aku pnya interest nak tulis dlm blog nih lebih pada minat aku kot..iaitu kearah financial independence..haha(koya)..semalam baru abih baca rich dad poor dad semangat berkobar2 la plak nih..haha