Tuesday, February 28, 2012

Penyewaku lari

Penyewa ini telah menimbulkan masalah sejak dari awal dia menyewa. 3 tahun aku bertahan dengan sikapnya. Akan timbul pelbagai alasan pada setiap kali sewa sepatutnya dibayar olehnya.

Pernah alasan toyol telah masuk pecah rumahnya meneyebabkan dia kehilangan duit untuk membayar sewa. Beliau pernah juga dirompak, ibunya sakit terlantar di hospital, anaknya sakit, anaknya makan tikar getah dan macam2 lagi.

Setelah 3 tahun, aku dah hilang sabar. Aku gunakan khidmat ejen untuk menghalaunya keluar. Hasilnya beliau melarikan diri bersama 6 bulan sewa yang tidak berbayar disertai dengan bil api dan air yang agak banyak. Juga dihadiahkan aku dengan rumah yang bersepah-sepah berserta tombol-tombol pintu yang kuncinya hilang entah kemana.

Inilah hasilnya bila tuan rumah yang baik(tak bertempat) macam aku menguruskan rumah sewa. Good lesson untuk aku. Lepas ni aku akan gunakan taktik yang lain. Tiada sebarang kompromi yang akan diberikan lagi.

Harap aku akan dapat penyewa yang berdedikasi dengan hasil sewa yang lebih tinggi.


Sunday, February 19, 2012

Mode terkini

Lama betul tak menulis

Mode terkini

Mode 1 : Stadi FCPO dari jauh. Cuba memahami graph secara teknikal. Belajar dari kawan (Kemal n Sere) Bajet ciput. Belum boleh terjun. Dah beli beberapa buku hadiah dari voucher buku satu Malaysia.

Mode 2 : Bosan dah lama xbeli rumah, tergerak hari untuk mencari satu unit dalam masa terdekat

Mode 3 : Agak sibuk stadi cuba memenuhi kriteria PhD (Alhamdulillah setakat ni 3 ISI paper dah publish)