Aku akui unit aku kat Kepong kali ini aku uruskan dengan sangat lembab. Aku loss dari segi masa dan lain-lain. Kali ni aku uruskan rumah ni secara relaks dan malas. Stupid Sayuti!
Untuk unit ini, meter api telah dipotong pada satu ketika dahulu yang mana aku sendiri pun tak pasti dah berapa lama.
Semalam aku nekad untuk setelkan urusan pemasangan meter api/elektrik unit tersebut.
Pertama sekali, kena kenalpasti kontraktor untuk uruskan pemasangan berikut. Hal ini kerana kita perlukan pengesahan kontraktor berlesen untuk menguruskan hal ini. Namun, sekiranya meter elektrik berkenaan masih dalam tempoh 6 bulan pemotongan, tak perlu guna kontraktor.
Kontraktor pertama yang aku approach, quote mahu caj aku RM600. Belum masuk deposit RM300 kepada TNB. Mahal nyaaaa...
Aku tak puas hati, then aku cari kontraktor lain. Penat aku cari, last-last aku teringat kontraktor lama aku dulu. Dia pernah buat kerja untuk pasang meter salah satu rumah aku sebelum ini. Dia offer aku RM500. Boleh lahh.. Aku rasa still mahal tapi boleh lah sebab aku tahu track record dia. Memang kerja dia bagus. Dia janji dalam masa 10hari boleh siap. Bulan puasa nih TNB slow buat kerja sikit katanya. Aku nak share no kontraktor ni untuk sesiapa yang perlukan. Namanya Syukri:0126530052. Dia cover area KL, PJ, Gombak etc.
Lagi, untuk nak uruskan pemsangan meter ini, aku perlukan dokumen berikut:
1. Borang apply meter - dapatkan dari TNB berdekatan - satu
2. Salinan SnP (Sale and Purchase Agreement) atau Proclamation of Sale (untuk kes lelong) -satu
3. Salinan kad pengenalan pemohon - satu
4. Salinan kad pengenalan saudara terdekat - satu
Sediakan semua dokumen berikut, kemudian serahkan kepada kontraktor yang anda dah kenal pasti. Semalam aku dah serahkan dokumen tu dan menanti pemasangan meter tersebut akan siap sebelum raya nanti.
salam, dulu saya kena caj RM400 ramai yang yang kata mahal. Dorang bagitau upah kontraktor around RM200-250 ajer..
ReplyDelete//syahproperty
Thanks! saya dah cari merata.. tak ada lagi yang offer lagi murah.. Salah satu cara yang baik ialah dapatkan list kontraktor dari TNB. Tapi kadang-kadang lambat dapat respon dari kontraktor. Tiga tahun lepas saya pun kena RM400. Saya pernah kena dengan satu kompeni Melayu, dia sanggup buat dengan harga RM200, tapi sebulan lebih saya tunggu untuk buat appointment still tak dapat. Frust betul.
DeleteBro, kalo kes umah auction, arini mng auction(dpt COS) esok dh blh apply msk letrik?
ReplyDeleteSepatutnya boleh sbb dokumen pun dah lengkap. Setakat ni dah apply meter air dan memang dapat...
Deletebro... any contractor berlesen blh rekemen? i nak cari.. nak harga murah.. rumah i di area puchong.. tnb kat amesti nak cari kontractor yang ada lesen.
ReplyDeleteya wajib ada lesen.. cara senang ialah dapatkan list dari TNB terdekat.. kalau kat puchong try no ni 0122166648. mintak dia quote lah.
Deletesalam,bro,so far ok x die kontaraktor bro suggest kan nie?pasal sy memang mencari kontraktor utk pemasangan meter tnb nie di rumah baru sy
ReplyDeletekontraktor kat dalam posting ni boleh lah, 3 out of 5. Kita kena push selalu, penat. Senangnya pergi ke TNB terdekat pastu dapatkan nombor kontraktor dari staff TNB tu, minta dia suggest kontraktor yang cekap.
DeleteSaya recommend contractor ni 0123400737 rizal. Harga berpatutan. Yang lain semua cekik darah. Saya buat 3 phase dia charge 1500 yg lain 3 hingga 5 ribu tak termasuk bayaran ke tnb
ReplyDeleteTerima kasih En Sufie kerana perkongsian..moga murah rezeki belaka...
Deleteen. mat ade dpt no mane kontraktor ke? mohon share
ReplyDeletedlm komen kawan2 ni ada juga no fon kontraktor.. boleh call dan dapatkan verbal quotation..
DeleteKontraktor tnb Area Shah alam n klang..350 rggt..nordiana..019 260 8817
ReplyDeleteterima kasih berkongsi..
DeleteEn Mat masih valid lagi ke no hp kontraktor diatas?
ReplyDeleteboleh cuba.. setakat sy tahu masih valid..
DeleteKontraktor elektrik berlesen.. call 017-2533358 Hafiz cover KL dan Lembah Klang.. Call untuk quotation. Tq
ReplyDeleteTQ!
DeleteKontraktor elektrik berlesen dan harga yg berpatutan. 0173086232
ReplyDeleteTQ!
DeleteKontraktor elektrik berlesen area kuantan ade tak? Nak upgrade ke 3 phase.
ReplyDeletemaaf belum ada info ni
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteKontraktor elektrik berlesen yg ble wat area jeram ada tak?
Wslm, maaf tuan, tak ada info ni, biasanya boleh dapatkan dari TNB terdekat..
Deletesedang mencari contraktor pemasangan meter 3phase area klang lama..lokasi pemasangan tmn sri sentosa
ReplyDeleteberapa deposit meter lekrik sekarang dan harga meter lekrik.tk
ReplyDeleteassalam. saya student nak tahu berapa lama pemasangan meter elektrik tu ya ? bukan tempoh masa permohonan tapi proses pemasangan tu berapa lama ya. sekian
ReplyDelete