Tuesday, August 27, 2013

Buku Pengurusan Kewangan Terbaik

Buku ini aku kategorikan buku pengurusan kewangan terbaik yang pernah aku baca. Harganya pun semurah RM13.50 sahaja. Buku ini penuh dengan maklumat dan contoh pengurusan kewangan yang bagus untuk pengajaran. Aku sangat rekemen kepada sesiapa yang berminat untuk mebeli buku ini.

Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz

Respek kat Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. Yang baik jadikan teladan, yang tak baik jadikan sempadan.


Monday, August 26, 2013

Cara membeli hartanah yang sesuai untuk orang muda dalam menjalani kehidupan diMalaysia

Berikut ialah sedikit pendapat aku mengenai cara pembelian hartanah di Malaysia. Ramai dikalangan kita yang kurang ilmu mengenai pembelian hartanah. Bila bercakap mengenai pembelian hartanah, terutamanya di sekitar Lembah Klang, terlintas difikiran mereka harga setiap hartanah mesti melebihi ratusan ribu ringgit. Terlintas di fikiran mereka untuk memiliki rumah landed yang sudah pasti harganya amat tinggi.

Pada aku, di peringkat awal kita mula bekerja, seeloknya kita mula membuat pembelian hartanah yang kecil dahulu seperti apartment dan sebagainya. Elakkan dari menyewa kerana bila kita menyewa, duit kita hangus, kita tidak mendapat sebarang hasil melainkan duduk di kediaman berkenaan semata-mata. Berbanding duduk di rumah sendiri, sepaling kurang kita akan mengurangkan jumlah hutang dengan pihak bank dan juga kita dapat tinggal disitu. Pada aku, rumah kecil pun tak apa asalkan rumah sendiri. Kita bebas untuk membuat apa sahaja di rumah sendiri bermula dari sekecil-kecil renovation sehingga major renovation. Duit kita tidak mengalir keluar, at the end, kita juga yang untung.

Jadi, pada masa muda, mulakan dengan pengurusan duit yang bagus. Bila dah cukup modal untuk membeli rumah, cepat-cepat lah beli. Apartment kecil pun tak apa. Pembelian unit yang kecil di peringkat awal dapat memberikan kita gambaran mengenai cara pembelian tanah yang betul. Kita akan belajar mengenai prosedur pembelian hartanah disamping dapat mengurangkan risiko sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul. Kemudian, urus lagi kewangan dengan baik, cari rezeki yang lebih. Kerja kuat  dan sasarkan untuk membuat pembelian hartanah yang seterusnya. Pembelian kali ini ialah untuk mendapatkan pasif income. Kecil juga pun tak apa. Ulang perkara ini sehingga kita berjaya mengumpul hartanah yang memberikan keuntungan dengan sebanyak mungkin. Sasarkan pembelian rumah impian adalah hasil dari pelaburan rumah-rumah yang kecil tadi. 

Bersusah-susah dahulu adalah perkara yang bagus. Peringkat awal berumahtangga, tinggal saja di apartment memandangkan kos  untuk tinggal di apartment adalah lebih kecil berbanding tinggal di rumah landed terutamanya di sekitar bandar. Anggap itu sebagai satu pengorbanan. Kemudian, bila tiba masa yang sesuai untuk membesarkan anak-anak, boleh mula mencari unit landed. Pada masa itu, kita dah berkemungkinan besar mampu untuk membeli unit yang sebegitu.

Tidak perlu kita berkejar-kejar untuk membeli hartanah yang berharga ratusan ribu ringgit di peringkat awal permulaan kerjaya kerana ia boleh menyekat kemampuan kita untuk memiliki unit yang seterusnya. Kenapa harus kita membeli 1 unit hartanah yang berharga RM350,000 ke atas sedangkan kita mampu untuk membeli 5 unit hartanah sekitar RM70,000 seunit. 



Sunday, August 25, 2013

Ahli Perniagaan Maut Eksiden Konvoi Superbike

Lagi kita digemparkan dengan kehilangan ahli perniagaan melayu akibat kemalangan motosikal berkuasa tinggi. Aku secara personal agak terkilan mendengar berita yang semacam ini kerana, lagi, kita kehilangan orang yang berbakat dalam dunia perniagaan. Jarang anak melayu mempunyai bakat dalam perniagaan, maka kehilangan orang yang sebegini pasti dirasai oleh orang di sekeliling beliau khususnya. Al-fatihah untuk Allahyarham.

Kes kemalangan melibatkan motor berkuasa tinggi ini bukannya sekali, tapi telah banyak kali kita dengar. Tapi, apakan daya, risiko berada di mana-mana. Yang penting ialah macamana cara untuk mengurangkan risiko berkenaan. Lebih berhati-hati dan bersedia dengan segala kemungkinan ialah salah satu cara yang sesuai. Sama juga dalam mana-mana bidang sekali pun. Persediaan yang rapi memungkinkan kita untuk berada di zon yang lebih selamat. Maka, lebihkan bersedia sebelum membuat sesuatu perkara.




Wednesday, August 21, 2013

Mempraktikkan konsep laverage dalam pelaburan hartanah

Setakat pemahaman aku, laverage ni maksudnya lebih kurang macam ni lah. Kita yang kecil niduduk atas seekor gajah yang besar. Kita akan kelihatan gagah dan besar dan orang akan gerun akan kita. 

Dalam pelaburan hartanah, kita menggunakan modal sebanyak 10% dari harga rumah dan selainnya ialah pinjaman dari pihak bank. Kita digalakkan untuk mempraktikkan konsep laverage ini dalam pelaburan hartanah kerana kita akan mampu untuk membeli banyak hartanah. Bilangan hartanah yang banyak dan berkualiti dari segi ROI akan menguntungkan kita.

Pembelian rumah secara tunai akan merugikan kita kerana kita telah menyekat kemampuan kita untuk membeli rumah dalam bilangan yang lebih banyak. Tidak perlu risaukan jumlah hutang yang banyak dengan pihak bank kerana hutang untuk rumah yang memberikan return yang baik merupakan satu hutang yang baik.

Contoh yang mudah, jika mempunyai RM100k tunai. Sekiranya kita membeli apartment secara tunai yang berharga sekitar RM90k, kita hanya mampu membeli satu unit apartment dengan sewa sekitar RM800 sebulan. Tapi jika kita menggunakan konsep laverage, kita mampu untuk membeli apartment yang berharga ~RM90k sebanyak sekitar 5 unit (konsider loan rumah ke 3 sebanyak 70%).  Bayangkan positif cashflow bagi setiap unit ialah ~RM200/month, maka kita akan mendapat ~RM1000 bersih setiap bulan. Bayangkan kenaikan harga pasaran berlaku pada setiap unit yang dibeli. Bayangkan juga kita berjaya membeli kesemua unit ini melebihi 20% murah dari harga pasaran (kes biasa). Bayangkan juga loan kesemua unit ini habis diselesaikan dengan menggunakan duit penyewa sepanjang kita pegang unit berkenaan dan selepas 30 tahun, kita tiada lagi menganggung beban installment dengan bank. Untuk kiraan sewa bersih selepas 30 tahun, katalah ada sedikit kenaikan sewa iaitu RM1000/unit, maka jumlah bersih yang akan diperolehi ialah sekitar RM5000 sebulan. Berbanding dengan cara pembelian tunai seunit rumah tadi, kita masih mengutip sewa sekitar RM1000 sebulan walaupun selepas 30 tahun.

Hebat jugak konsep laverage ni ya.

Monday, August 19, 2013

Kenalpasti apa itu aset dan liabiliti

Aset dan liabiliti ni mudah saja nak dikenalpasti. Aset ialah benda kepunyaan yang memberikan duit masuk ke poket kita. Contoh paling mudah ialah rumah sewa yang memberikan keuntungan kepada kita pada setiap bulan. Contoh lain ialah pemilikan saham di akaun yang mendatangkan keuntungan contohnya Bank Rakyat, ASB, ASN, Tabung Haji, dan sebagainya. 

Liabiliti ialah benda kepunyaan yang mengeluarkan duit dari poket kita. Contoh paling mudah ialah pemilikan kereta sendiri yang memerlukan komitmen kita dari segi installment, maintenance dan sebagainya. Contoh lain liabiliti ialah langganan utiliti harian seperti Astro, internet, suratkhabar, pembelian perabot secara insurans dan banyak lagi yang boleh mengeringkan poket kita. Ya, sesetengah liabiliti ini merupakan keperluan dan kita tiada pilihan melainkan terpaksa mengambilnya juga. Maka, pemilihan liabiliti yang sesuai dengan kemampuan kita merupakan suatu keputusan yang penting dalam menjalani kehidupan seharian.

Sebenarnya bagi aku, aset dan liabiliti ini agak subjektif. Bergantung kepada cara penggunaan individu. Contohnya seperti perkara berikut:

Kereta boleh dikategorikan sebagai aset sekiranya kita membuat bisnes kereta sewa yang boleh mendatangkan keuntungan pada setiap bulan. Tapi berapa kerat dikalangan kita yang sanggup menyewakan kereta sendiri kepada orang lain?

Pemilikan rumah untuk duduk sendiri merupakan liabiliti. Tapi sekiranya kita masih bujang dan sanggup menyewakan bilik lebihan kepada penyewa lain, ia boleh menjadi aset.

Rumah sewa juga boleh menjadi liabiliti sekiranya kita perlu top up duit sendiri pada setiap bulan untuk bayar kat bank disebabkan kadar sewa yang rendah dan instalment bank yang tinggi. Biasanya rumah landed berlaku kes yang semacam ini.

Emas bagi aku bukan merupakan aset kerana ia melibatkan proses jual beli dan tidak berlaku secara kerap. Bagi aku, emas merupakan perniagaan jual beli. Beli pada harga rendah, jual pada harga lebih tinggi. Tiada beza dengan produk lain.

Sewa rumah merupakan liabiliti, tapi sekiranya kita pandai, kita sewakan pula kepada orang lain dengan kadar yang lebih tinggi diatas persetujuan pemilik, ianya akan menjadi aset.

Penting untuk kita mengenali aset dan liabiliti kerana ia memudahkan kita untuk proses ke arah kebebasan kewangan.


PTPTN CCRIS

Bagi aku, ini merupakan satu langkah yang drastik oleh pihak kerajaan untuk mengutip semula duit pinjaman PTPTN. Bagi aku, ada pro & con. Terpulang pada penilaian masing-masing.

Berita terbaru, 21/8/2013, BNM mengumumkan tidak akan melaksanakan perkara seperti di atas.

Harga kereta Vios Baru 2013


Kalau bercakap pasal kereta, kita akan mudah terpengaruh untuk membeli. Ingat pesan Tan Sri Syed Mokhtar, "kurangkan bercakap mengenai kereta mewah..."

Thursday, August 15, 2013

Software saham 188OMS

Aku dah ada akaun CDS. Dah register dengan adik Zamsaham iaitu En. Dn Halim. Aku ibarat kera mendapat bunga. Tak tahu what next??...