Saturday, December 03, 2011

market rumah terkini

Aku tengok harga rumah sekarang melambung-lambung.. boleh tahan.. tu salah satu sebab aku dah lama xmembeli rumah.. tp aku percaya dalam beribu-ribu unit rumah yang dilelong ataupun dijual, mesti ada yang berbaloi untuk dibeli..

tips aku ialah, bandingkan harga tu dgn harga dua tiga tahun lepas, kalau harga lebih kurang dgn harga pada dua tiga tahun lepas, kemungkinan unit tersebut sesuai utk dibeli.. jgn banding dgn harga market sekarang kerana bubble tersebut mungkin akan meletup pada bila-bila masa..

Apa-apa pun, kira lah ROI rumah tersebut.. pastikan ianya melebihi sekurang-kurangnya 8%...

Wednesday, November 16, 2011

Penyewa baru

Syukur aku telah selamat menyelesaikan semua pertukaran sewa bg unit yg aku miliki tu..lega aku ada beberapa kenaikan harga sewa bagi properties berkenaan..yelah harga semua sekarang mahal..penyewa pun paham..diorg pun xde choice..At least boleh la tampung peningkatan penggunaan duit utk keluarga aku.. tu yang best tu..

Aku dalam mood untuk menambah property atau tukar kereta baru..cash yg ada kena betul2 dimanfaatkan..mesti tak boleh diam..kena pastikan jalan yang lebih cerah untuk lebih cepat kearah matlamat yang ditetapkan..


Tuesday, November 01, 2011

Cari Penyewa rumah Kota Damansara

Oh 'nyah' jangan susahkan hidup aku la please. Aku iklan rumah ni untuk muslimah sahaja dan tidak termasuk golongan ko ok! dah le janji pukul 8.30pm, tp ko sampai pukul 10pm. Letih aku tunggu rupanya ko yg datang. Aku mati-mati ingt perempuan yang nak datang tu. Aiseyman dah le aku datang dari jauh, terkejar-kejar takut lewat, rempuh jln jem sbb hujan, sesat pulak tuh aku sbb tersilap exit.. malang nasib aku.. Please la 'nyah ' weh jgn buat lg ok! budushhh...

Sunday, October 30, 2011

Kadar sewa baru

Kadar sewa baru untuk semua unit aku yang dalam proses pertukaran ni menyebabkan aku senyum panjang lebar..hehehehe..ada kenaikan dlm rm100 bagi setiap unit secara purata.. boleh la.. lepas bayar upah pengasuh anak pun dah sgt berbaloi2...jugak buat byr hutang bil2 yang tertunggak...

Thursday, October 27, 2011

Tiada Extra Income laaa

Sengal aku rasa bosan.. duit xberapa nak masuk dalam sebulan dua nih..harap gaji dgn rumah sewa je.. nih la akibat aku menolak banyak projek kecil2 yang dulu aku biasa buat atas alasan nak tumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran.. demn... Tapi kadang2 rasa lega bila tidak diganggu dan dapat rehat lebih terutamanya pada hujung minggu.. itulah pertukaran yang terpaksa dibuat..bila rehat lebih, duit pulak xberapa nak masuk..

Harapnya pertukaran penyewa akan membuka lebih rezeki dengan kadar sewa yang lebih tinggi..harapnya lah..

Wednesday, October 26, 2011

Penyewa lari

bulan nih aku kena uruskan 4 unit rumah untuk tukar penyewa serentak! adus pening2!

Wednesday, October 05, 2011

Strategi bila kenaikan harga barang yang melampau

Tak usah salahkan orang lain yang menyebabkan harga barang naik.
Kita sendiri yang kena cari penyelesaiannya.
Nih antara strategi yang sesuai

1. Beli emas
2. Duduk di rumah selama mungkin. Kurangkan keluar rumah. Kemas rumah, cuci tolilet, Buang sampah, baiki minor setakat yang boleh, pasang kabinet kecil
3. Boikot kedai makan kat luar. Masak sdiri. Asah skill memasak anda.
4. Beli rumah untuk disewakan.
5. Guna kemudahan ditempat kerja dengan sebaiknya. Internet, elektrik etc.
6. Guna kenderaan yang jimat minyak. Guna setakat yang perlu sahaja.
7. Jual apa sahaja barang yang tidak perlu berada didalam rumah.
8. Simpan segala duit dan pendapatan di ASB, ASD atau mana-mana saham amanah yang terjamin dan halal
9. Pegang duit sesikit mungkin di tangan. Cover interest OD anda.
10. Gunakan fasiliti OD (kepada sesiapa yang sempat buat OD)
11. Gunakan kelebihan kad kredit (tuntut ilmu sebelum guna)
12. Buat kerja part time, rebut peluang depan mata
13. Tumpukan perhatian pada kerja anda - untuk naik pangkat
14. Tuntut apa sahaja hutang yang di pinjam oleh org sekeliling anda
15. Jalan kaki sebanyak mungkin
16. Jgn lupa tunaikan tanggungjawab sbg hamba Allah


Tuesday, October 04, 2011

Cari Makan

Masih kenyataan tidak berasas..

Di Malaysia ni senang saja nak hidup. Kena usaha lebih insyaAllah ada rezeki yang datang. Ada banyak peluang untuk buat duit cuma kita kena usaha utk dpatkannya. Doa juga penting jgn lupa..

Thursday, September 29, 2011

Harga rumah dan Emas


Kat sini aku nak buat kenyataan yang tidak berasas..haha



Harga rumah sekarang tengah melambung kaw2! sape-sape nak beli rumah jangan banding dengan harga market sekarang..sila banding dengan harga market dua tiga tahun lepas..klu harga tu masih low dari harga dua tiga tahun lepas mudah-mudahan selamat..x rugi..

Harga emas sekarang tengah jatuh kaw2! harga turun sama paras dengan harga bulan Julai 2011. Sape yg beli sekarang boleh save masa dlm dua bulan.. ejen emas utk beberapa company tgh sorok emas..yelah xkan nak jual sekarang ye x..rugi oo.. tp ejen public gold masih lg boleh lock emas utk customer dia..aku xterkecuali nak membeli jugak lah sikit..utk main2...

Untuk rekod, harga hari ini, satu dinar bersamaan RM746.. dua tahun lepas aku beli satu dinar bersamaan rm530. Cepat betul naik ya.



Monday, September 26, 2011

Rumah Terbuka

Bulan ni aku sibuk menghadiri rumah terbuka. Boleh dikatakan pada setiap hujung minggu ada saja jemputan dari kawan-kawan. Anyway, terima kasih kawan-kawan sebab menganjurkan event berkenaan. Seronok gak bila boleh dapat berkumpul dgn kawan-kawan lama. Kongsi-kongsi cerita. Yelah sbb lama xjumpa kan.

Xbanyak update. Sekarang orang cakap harga emas jatuh gila-gila. Tp aku xtahu samada perlu beli ke tidak sbb sbnrnya aku xberapa minat melabur dalam emas ni. Agak susah xtahu kat mana untuk dirujuk sbb xpandai baca benda-benda ni. hmm..

Thursday, September 08, 2011

Salam Aidilfitri

Salam aidilfitri aku tujukan kepada semua umat islam. Maaf zahir dan batin sekiranya ada salah dan silap.

Aku dah kembali ke tanah air seminggu sebelum aidilfitri. Dah habis cuti dan rehat2. Sekarang masa untuk sambung bekerja.

Aku nk mencoret sikit kat sini. Sepanjang cuti raya lepas, aku jumpa bnyk kawan lama. Hebat-hebat belaka. Kereta besar dan baru. Wah.. bagusnya. Kadang2 ada terdetik dalam hati. Kenapa aku xbuat macam mereka.

Tapi bila difikirkan, installment untuk kereta besar tu sahaja dah mencecah ribuan ringgit setiap bulan. Much better klu aku bayar installment rumah. Then kutip duit sewa yang pastinya melebihi installment tersebut.

So, Mat Utie pleaseeee...jgn tergoda dgn keindahan kereta2 tersebut..biarkan kereta tersebut dengan labunya..aku dengan labu aku..kita tgk siapa yang kenaaa..hehe

Dah jadi trend org kita. Pada setiap sambutan raya ialah masa untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Kereta adalah item utama untuk mengukur kejayaan orang itu. waaah.. aku tggu tahun depan mesti boleh tgk lagi bnyk yg buat mcm tu..

Mungkin ini org kata ayat org yg jeles. Klu aku sendiri ada kereta besar pun akan buat mcm tu. Mungkin betul pandapat ini. Atau memang diorg ni tiada niat untuk menunjuk-nunjuk. Mungkin lah. Hnya kita dpat tahu bila kita berkomunikasi dengan orang tersebut.

hmmm...

Wednesday, August 10, 2011

Apakah kos yang terlibat dalam pembelian hartanah lelong


Dalam kes ini penerangan akan dibuat melalui kes studi

Untuk hartanah bernilai rm60k, jumlah duit tunai selamat yang diperlukan ialah sebanyak rm15k. Kenapa rm15k?
Katakanlah kita memenangi hartanah tersebut pada reserve price (rm60k) tanpa sebarang kenaikan harga:
Downpayment = rm6,000
Lawyer untuk urusan tukar nama ~ rm2,000
Lawyer untuk urusan loan bank ~ rm2,000
Panel penilai harga rumah (evaluer) ~ rm 500
Pembaikian (cat, lampu, kipas, tombol, wiring, piping) ~ rm1,000
Bil Tertunggak (maintenance, api, air, cukai pintu/cukai tanah, pembentungan ) ~ rm3,000
Permasangan meter ( api dan air) ~ rm1,000
Pemasangan grill ~ rm200 ~rm1,000

Maka jumlahnya lebih kurang ~rm15,000. Kadar diatas ialah berdasarkan pengalaman yang biasa aku jumpa dan alami. Aku tak pasti kalau kes orang lain macam mana. Untuk makluman, biasanya rumah yang dilelong ialah kerana pemilik tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan. Sekiranya ansuran bulanan (pembayaran yang paling penting) pun dia tak mampu bayar, macamana pula dengan maintenance, cukai pintu dan sebagainya. Harus diingat biasanya pemilik merupakan orang yang mempunyai masalah kewangan dan jangan berharap sangat segala bil lain beliau telah jelaskan. Peratusannya amatlah rendah. Hati-hati lah.

Tuesday, August 09, 2011

Cara-cara membeli hartanah lelong


Ramai masih tertanya-tanya macamana untuk membeli hartanah melalui lelongan. Sebenarnya prosedur adalah jelas melalui brochure yang telah dikeluarkan oleh pihak pelelong. Namun, aku faham, ramai yang bertanyakan ini adalah untuk lebih jelas dan meyakinkan memandangkan hal ini merupakan keputusan yang besar dalam hidup. Baiklah aku cuba huraikan sebaik boleh mengenai perkara ini.

1. Kenal pasti cash flow anda - Hal ini penting untuk memastikan anda tidak akan mempunyai masalah dikemudian hari. Sila pastikan anda mempunyai kesihatan kewangan yang bagus terutamanya untuk memohon pinjaman dari pihak bank. Cara paling senang ialah pergi ke bank dan jumpa pegawai loan perumahan untuk mengirakan berapa loan rumah yang anda mampu ambil. Harus diingat anda juga harus mempunyai cash sekurang-kurangnya rm15k untuk tahap selamat bagi sebuah apartment bernilai rm60k. Kenapa rm15k?

2. Cari listing - Setelah kenalpasti cash flow anda, sila lah buat budget mengenai berapa harga hartanah yang anda mampu beli. Kemudian dapatkan senarai pelelong. Cara mudah dan cepat ialah melalui internet. Di sebelah kanan blog ini terdapat beberapa list pelelong yang agak terkenal di Malaysia.

3. Kenalpasti hartanah anda - Terdapat beratus-ratus, malah beribu-ribu hartanah yang dilelong pada setiap bulan. Sila buat penapisan/screening yang sebetul-betulnya. Study lah. Ambil masa kat sini. Lama sikit pun tak apa. Jangan buat silap selepas membeli. Sebelum membeli dapatkan seberapa banyak ilmu mengenai hartanah yang hendak dibeli itu. Jangan risau akan terlepas unit tersebut kerana masih ada beribu-ribu unit untuk dilelong pada masa hadapan. Sila buat kenal pasti sekurang-kurangnya 5 unit untuk dilawati. Lagi banyak lagi bagus. Disini biasanya anda akan hadapi kesukaran untuk memfailkan maklumat hartanah itu. Sila gunakan borang yang saya sediakan ini bagi memudahkan urusan untuk mencatatkan maklumat hartanah tersebut

4. Melawat unit hartanah yang dikenal pasti - Sila turun padang untuk mengenalpasti unit tersebut secara fizikal. Jangan hanya melihat pada gambar. Sediakan kertas/borang untuk mencatat apa sahaja mengenai unit hartanah tersebut. Sekiranya unit tersebut dihuni, jangan segan atau malu untuk ketuk pintu dan bertanyakan mengenai lelongan ini. Sila bertanyakan dengan sopan. Anda berkemungkinan berpeluang untuk melihat bahagian dalam unit tersebut. Bila dah sembang tu boleh tanya status setelah unit dijual. Adakah penghuni setuju untuk keluar atau macamana? Boleh juga bertanyakan hal-hal lain macam contoh berapa bil maintenance tertunggak?berapa cukai pintu tertunggak? bil api? bil air? bil pembentungan?
Sekiranya tiada orang tinggal kat situ, sila bertanyakan jiran sebelah atau siapa sahaja yang lalu lalang kat situ. Kalau tak kunci sila lah masuk tp jangan usik apa2 kerana ianya bukan hak anda! hormati hak orang lain. Cuba dapatkan maklumat mengenai unit tersebut dengan melihat post box mengenai bil-bil tertunggak itu. Dan jangan lupa cuba buat anggaran harga pembaikan yang perlu dilakukan.

5. Dapatkan maklumat pengesahan - Bila dah puas hati secara fizikal mengenai hartanah tersebut, sila buat semakan mengenai unit tersebut dengan pihak pelelong. Tanyakan berapa harga market, sudah berapa kali lelong, maintenance tertunggak bank cover ke tak. Kemudian dapatkan maklumat dari pejabat tanah mengenai Kaveat (yang ni susah sikit nak dapat kena rajin cari kontek number pejabat tanah yang terlibat tu lah) boleh tnyakan juga berapa cukai pintu/cukai tanah yang tertunggak.

6. Buat perbandingan - Sila buat perbandingan bagi semua hartanah yang telah disemak itu. Paling senang ialah dengan membandingkan ROI. Cuba dapatkan ROI yang paling tinggi. ROI asas ialah 8% dan sekiranya semua ROI itu kurang dari 8%. Lupakan saja, baik letak saja duit tu di ASB xpayah pening kepala.

7. Sediakan dokumen yang berkaitan - Dokumen yang diperlukan ialah seperti yang tertera oleh pelelong. Biasanya ialah salinan Kad Pengenalan dan bank draft atas nama bank pelelong (10%/5% dari harga reserve bergantung kepada pelelong). Kalau tak sempat untuk buat bank draft, wang tunai juga diterima.

8. Hadir ke acara lelongan - Sila hadir pada masa acara lelongan diadakan. Sila daftar kalau boleh pada 10 minit sebelum lelongan bermula. Semasa daftar, anda dikehendaki menyerahkan dokumen yang diperlukan. Daftar secepat mungkin, elakkan dari diperhatikan orang. Cakap perlahan-lahan. Kemudian, sila jangan bercakap dengan sesiapa yang tidak dikenali di sekeliling walau apa pun berlaku. Kalau ada org tegur just senyum dan diam. Setelah daftar, anda akan diberikan satu nombor giliran yang akan digunakan untuk membida. Kemudian, cuba jauhkan diri dari sesiapa yang tidak dikenali untuk mengelakkan dari ditegur.
Sebelum acara lelongan berjalan, sila tetapkan dalam hati berapa jumlah yang akan dibida berdasarkan pengiraan yang telah dilakukan. Jangan cuba ubah fikiran.
Semasa acara lelongan sedang dijalankan, tunggu nombor giliran anda dipanggil. Anda akan bernasib baik sekiranya tiada pembida lain dan anda akan mendapat harga reserve. Sekiranya ada pembida lain anda harus melawan pembida tersebut sehinggalah sampai ke limit yang anda telah tetapkan. Angkat tangan dengan cepat selagi tidak sampai limit anda. Jangan sesekali nampak tak konfiden. Dan yang penting jangan lebih dari limit anda. Jangan emosional. Jangan termakan pujuk rayu pelelong. Kalah tak apa, masih ada beribu-ribu unit menanti untuk dilelong. Anda tidak rugi apa-apa.

9. Urusan setelah selesai lelongan - Sekiranya anda tidak memenangi unit tersebut, dapatkan semula wang draft anda. Disini anda tidak akan di kenakan apa-apa caj. Sekiranya anda memenangi unit itu, anda akan dikenakan bayaran (biasanya rm100) untuk processing fees. Dan anda juga dikehendaki membayar 5%/10% dari perbezaan harga lelong yang telah anda bida tadi (contohnya kenaikan rm10k, maka anda dikehendaki membayar rm250/rm500 utk 5%/10%, respectively) kemudian anda diberikan tempoh selama 90/120 hari untuk menyelesaikan segala pembayaran kepada pihak pelelong. Disini anda dikehendaki memohon pinjaman dari pihak bank dan juga melantik peguam anda bagi menguruskan segala dokumen yang berkaitan.

Setakat ini yang boleh dikongsi dan artikel ini akan di update dari semasa ke semasa.

Tuesday, August 02, 2011

Mengapa melabur dalam hartanah


Tidak semua orang berminat untuk melabur dalam hartanah. Masing-masing ada minat tersendiri. Namun bagi aku, aku amat menyukai hartanah atas beberapa sebab yang aku nak huraikan kat bawah ni.

1. Keuntungan semasa beli - Dalam hartanah, amat mudah bagi kita untuk mendapatkan harga di bawah harga pasaran. Kebanyakan rumah dijual dibawah harga pasaran kerana isu kompetetif. Penjual berlumba-lumba untuk mendapatkan pembeli bagi mendapatkan duit dan terpaksa menurunkan sedikit harga rumah berbanding harga pasaran. Yang paling seronok bila kita terjumpa penjual terdesak yang memerlukan wang dengan kadar yang segera. Dan yang paling mudah ialah dengan membeli hartanah di dalam acara lelongan. Buat homework sikit dan kalau sesuai boleh terus beli.

2. Keuntungan semasa memegang hak/Sewa - Sepanjang tempoh kita berhak keatas hartanah tersebut, kita boleh mengutip hasil dari sewaan. Cuba letakkan harga yang sama dengan pasaran sekitar dan tidak perlu untuk letak harga yang murah bagi menarik perhatian penyewa. Ianya penting untuk memastikan harga pasaran hartanah kita akan terus melonjak. Kalau berani, letakkan sewa lebih sedikit dari harga pasaran. Yang penting bukan harga tapi attitude penyewa berkenaan. Kalau penyewa bermasalah, harga murah pun dia akan sentiasa ada masalah dengan pembayarannya. Elakkan dari peyewa bermasalah.

3. Insurans - Sepanjang kita memegang hak bagi sesuatu hartanah dan sekiranya kita membuat loan dgn pihak bank, pastikan kita mengambil MRTA yang bertindak sebagai insurans sekiranya kita mengalami musibah yang menyebabkan cacat kekal ataupun kematian. Cuba bayangkan kita mempunyai 20 hartanah yg mana hutang masih belum dijelaskan, tiba-tiba kita ditimpa kemalangan yang menyebabkan kita tidak dapat bekerja lagi dan hilang pendapatan utama. Setidak-tidaknya kita akan dapat hartanah tersebut secara percuma dan paling kurang masih boleh menampung keperluan kita selepas itu.

4. Keuntungan semasa jual - Kebanyakan harga hartanah akan meningkat tahun demi tahun bergantung kepada lokasi dan keadaan. Pada masa yang sama hutang kita dengan pihak bank juga dah berkurang. Hutang tu pun dibayar menggunakan duit penyewa dan bukannya duit kita sendiri. Rata-rata penjual rumah akan memperolehi duit yang banyak sekiranya dapat menjual hartanah mereka. Ianya terbalik dan amat salah sekiranya kita menyamakan proses penjualan rumah dengan penjualan kereta yang kita dah maklum dan redha dengan susut nilai nya..

5. Jumlah modal yang tidak banyak - Untuk pembelian rumah, kita hanya perlukan 10% dari harga unit tersebut ditambah dengan kos lain-lain termasuk khidmat guaman, jurunilai, baikpulih dan sebagainya. Namun ianya masih kecil kalau nak dibandingkan dengan harga sebenar yang kita dapat manfaatkan. Disini, ramai yang menghuraikan dari segi konsep laverage. Secara purata, untuk sebuah rumah bernilai rm100K, tahap cash selamat yang diperlukan ialah sekurang-kurangnya rm20k.

6. Boleh kawa - Keuntungan pelaburan hartanah tersebut sepenuhnya dikawal oleh kita. Kita lah yang menentukan harga sewa dan harga jual. Tidak seperti pelaburan lain yang kita menyerahkan sepenuhnya untuk diurus oleh individu tertentu yang diluar dari kawalan kita.

7. Pasif income yang baik - Ianya merupakan pasif income yang tidak banyak memerlukan masa kita untuk menjaganya. Kita tidak perlu turun untuk melawat unit kita setiap hari seperti perniagaan lain. Paling teruk pun masa proses pertukaran penyewa. Yang lain rata-ratanya tuan rumah hanya perlu menghantar satu msg untuk follow up duit sewa pada setiap hujung bulan.

8. Fizikal - Pelaburan hartanah merupakan satu-satunya pelaburan yang boleh menyediakan kita tempat berteduh. Masih belum ada pelaburan lain yang membenarkan kita masuk untuk berteduh didalamnya.

9. Turun temurun - Kebanyakan orang kaya ialah hasil dari pelaburan hartanah sejak turun temurun. Tidak kira apa pekerjaan orang kaya berkenaan beliau tidak lari dari memiliki hartanah yang menyebabkan beliau terus kaya. Dan selagi ada orang, selagi itulah hartanah akan ada permintaan.

10. Mudah dan cepat - contohnya bila kita membeli hartanah lelong, kita boleh terus ambil alih once kita menang lelongan tersebut. Pagi ini kita menang, pagi tu juga kita boleh pergi uruskan rumah berkenaan. (Kalau ikutkan law, tak boleh sebab ianya masih milik bank, tapi mana ada bank nak sewakan unit tersebut bila kita dh menang). Terus boleh kutip sewa dan deposit. Bulan depan dapat dut lg dan seterusnya sampai ke bila2.

11. Sosial - Dari segi sosial, ianya melatih kita untuk bersosial dan bergaul dengan sesiapa sahaja yang kita tidak pernah kenal. Tidak mustahil suatu hari kita akan menjadi kawan baik kepada hartawan hartanah pada memandangkan kita mempunyai hobi yang sama. Mana tahu ada anak hartawan tersebut mahu sewa unit kita. Semua ini membuka peluang untuk kita. Kita juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai hartanah-hartanah tertentu. Menerusi kajian kita, semestinya kita akan tahu selok belok mengenai hartanah tersebut dan boleh menceritakan kepada orang lain di kemudian hari.

Saturday, July 30, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan (2011) kepada semua!



Selamat menyambut kedatangan ramadhan aku memohon ampun maaf setiap keterlajuran dan segala-galanya kepada semua.. Semoga kita dapat melipat gandakan amalan dan ibadat untuk mendapat ganjaran seperti yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t..amin...


Wednesday, July 20, 2011

Dilema Tuan Rumah

Aiseyman.. nih lah dilema tuan rumah.. penyewa yg teruk..dah le bayaran tertunggak.. overnight plak tuh..siap rosakkan rumah.. adoi.. kepada landlord tu hati2 lah masa memilih penyewa..pglmn aku, sblm sewa cakap bukan main manis, smpi masa utk byr sewa, mcm2 alasan.. adoi2!



Tuesday, July 12, 2011

Sosilawati Jutawan Hartanah

Wah, aku amat mengagumi beliau dari segi bisnes hartanah. Namun sayangnya beliau pergi pun kerana urusan hartanah itu. Bagi aku, bumi Malaysia telah hilang seorang bisneswoman melayu yang berjaya. Bukan senang untuk mencapai tahap berkenaan.

Anggaran harta Sosilawati:-
> Mempunyai 300 rangkaian dan cawangan perniagaan kosmetik Nouvelle Visages di seluruh negara serta Brunei, Singapura dan Thailand dianggarkan bernilai RM11.4 juta
> Bangunan Nouvelle Beauty Centre
di Kampung Baru, Kuala Lumpur bernilai hampir RM1.5 juta manakala Wisma Nouvelle yang baru dibangunkan di Cyberjaya pula bernilai RM20 juta
> Memiliki hampir 50 rumah yang disewakan dan dianggarkan bernilai RM20 juta
> Harta dalam bidang hartanah dan pembangunan bernilai kira-kira RM100 juta
> Memiliki beberapa butik pengantin di sekitar Kuala Lumpur bernilai RM1 juta
> Turut menceburi bidang automobil (jual beli kereta) secara kecil-kecilan RM1 juta
> Rumah banglo di Taman Harmonis, Gombak bernilai RM1 juta
JUMLAH KESELURUHAN: RM155.9 juta
- Metro

Friday, July 08, 2011

Stesen MRT Sungai Buloh Kajang

Besar harapan aku projek ini akan siap dgn jayanya seperti yg dirancang.. insyaAllah harga unit aku yg kat Kota Damansara, Subang Bestari dan Bukit Subang akan naik mendadak setelah siapnya projek ini.. utk setakat nih, unit tersebut akan disimpan untuk menjana pendapatan bagi jangkamasa panjang..yelah skrg pun dgn positive cashflow yang tggi, tiada masalah utk memerlihara pasif income tersebut..hehehhh(gelak jahat)...

Tuesday, July 05, 2011

Laut Telan Kampung


OMAR menunjukkan geran yang tanahnya sudah dihakis dan ditenggelami laut di Kampung Pulau Pak Amat.KOTA BHARU: "Hanya geran tanah ini yang menjadi bukti satu ketika dulu, kira-kira dua kilometer dalam Laut China Selatan sekarang, ada satu penempatan dinamakan Kampung Pulau Pak Amat.

"Di penempatan itulah juga saya dilahir serta dibesarkan, namun kini perkampungan itu semua sudah hilang dan hanya tinggal sebagai sejarah, bagaikan cerita dongeng, 'ditelan' laut," kata Omar Senik, 82.


Yg nih datuk sedara aku..sian kampung diorg mmg dh kena telan laut..aku kecik2 dulu selalu balik kampung. Seronok dapat main kat sana sebab dekat dgn laut. Pagi2 bangun kejut adik2 terus ke pantai nk tgk sun rise. Lagi seronok bila dapat berkumpul dgn saudara mara kat kampung. Kat kampung tu macam2 aktiviti aku bleh buat dari mandi laut, memancing dsb. Sekarang kampung dah xde, semua dah teruk kena hakis dua tiga tahun ni.

Sebenarnya masih ada inisiatif dari pihak kerajaan klu nak selamatkan kampung ni dari dulu lg. Sepatutnya boleh buat benteng seperti yg telah dibuat oleh di kampung Sabak(kampung jiran). Tapi apakan daya kerajaan negeri xboleh buat apa-apa untuk menyelamatkan keadaan.

"Kalau takut dilambung ombak!"

Sunday, June 12, 2011

Kepentingan menetapkan matlamat

Baru-baru ini aku ada terbaca satu artikel mengenai kepentingan menetapkan matlamat. Ya betul aku setuju dgn apa yang diperjelaskan. Kenapa masa zaman aku belajar dulu aku boleh buat. Aku boleh letakkan matlamat dan berusaha kearah matlamat itu. Teringat zaman belajar dulu aku sanggup bangun pukul 4am untuk menelaah pelajaran. Aku sanggup memenuhi masa aku dengan melakukan ulangkaji. Aku menyesal sekiranya aku tidur terlalu lama. Aku sanggup berjumpa cikgu dan pensyarah demi bertanyakan soalan mengenai perkara yang aku tidak faham. Aku sanggup tidak poteng kelas demi mendapatkan ilmu. Dan aku jugak sanggup masuk ke kuliah lain demi untuk memahami lebih subjek yang diajar! Aku jugak sanggup bersujud sembahyang hajat, doa mintak dengan Allah untuk berikan kejayaan kepada diri dan rakan-rakan seperjuangan. Semua tu semata-mata untuk cemerlang dalam peperiksaan dan pelajaran. Dan hasilnya aku dapat apa yang aku nak.

Sekarang aku dialam pekerjaan. Keadan amat berbeza. Tiada lagi matlamat yang sebegitu. Aku boleh hanyut dibuai kelekaan. Semuanya bergantung kepada diri aku sendiri. Adoi..susah jugak macam nih. Tu sebab aku kena tetapkan matlamat. Aku perjelaskan matlamat aku dan pemerkan dimana-mana tempat yang aku mudah lihat. Semua tu untuk mengingatkan aku mengenai matlamat aku supaya tidak leka. Bukan untuk berlagak. Tp untuk terus memotivasikan diri ini yang sering terlupa. InsyaAllah akan aku ulang usaha yang sepertizaman remaja dulu.

InsyaAllah matlamat tersebut boleh dicapai! aminnn...



Thursday, June 09, 2011

Link utk PhD candidates

Aku nk save satu link yg menarik utk PhD Candidates kat sini utk rujukan di kemudian hari...


Friday, June 03, 2011

Summer program kat Jepun

Sekarang aku kat Jepun..menghadiri Summer Program kat Tokyo Institute of Technology, dekat OOkayama...3 bulan la nt aku kat sini..xde ape yg menarik melainkan terdapat kedai jual alatan pancing 2nd hand yg harganya agak murah..aku nak gi shopping nt lahhh..hehehh

Wednesday, May 25, 2011

Dunia ini penuh perangkap

Kena hati2 dalam setiap tindakan seharian. Banyak org cari duit dengan macam2 cara. Sanggup menipu demi untuk mendapatkan duit. Kita sebagai orang awam seringkali termakan dengan segala pujuk rayu dan ayat2 manis dari penjual2 yang macam ni.

Aku xpandai sangat nak kongsi cara2 untuk elakkan dari terkena. Just untuk peringatan diri aku..

1. Hati2 sebelum menurunkan sebarang tandatangan terhadap sebarang kontrak pembelian. Cuba tangguhkan selama mungkin. Dapatkan pendapat dari ramai org sekeliling. Fikir banyak kali.

2. Hati2 sebelum membuat sebarang bayaran. Juga tangguhkan selama mungkin. Fikir banyak kali. Buat kira2. Tgk pro and con. Buat search dalam internet. Tnya pendapat dalam forum. Tnya dalam facebook. Mungkin ada expert yg akan jawab utk kita. Inilah masa utk bersosial.

3. Pembelian handphone pun mcm tu jugak, biasanya bila kita dh pergi ke kedai handphone, kita akan dipujuk oleh salesman berkenaan dan amat susah untuk melawat kedai lain. Cara paling senang, buat search harga dlm internet. Dah dapat anggaran harga, then baru lah ke kedai telefon utk window shopping. Aku pernah terkena sekali. Terbeli handphone di kedai dgn harga rm400++. Bila balik, aku buat search, harga online ialah rm300 sahaja. Aku rugi bnyk. Bodoh nya Mat Utie..

Kena ingat, pembelian yg kita buat tu ialah sama ada kita yang mencarinya atau salesman yang mendekati kita. Sekiranya kita yang mencari, peratusan ditipu adalah kurang. Tapi, sekiranya salesman yang mendekati kita, chance untuk ditipu adalah amat tinggi. Elakkan dari melayan salesman yang mendekati kita. Pada pengamatan aku, biasanya pembelian mcm ni adalah disebabkan termakan pujuk dan bukannya KEPERLUAN!!! lari sejauh mungkin dari perkara ni.. ini kerana biasanya kita akan bergantung 100% pada kata-katanya yg belum tentu tepat..kita mungkin DITIPU!!

kadang2 kita xsampai hati utk letak ganggang telefon atau buat xtahu semasa didekati salesman ini, tapi just cakap kat diorg "SAYA XMINAT! Sekarang tgh rushing dan jgn ganggu saya!". Kena keras. Klu buat gini adalah jauh lebih baik dari kena tarik dgn diorg untuk perbincangan yang berjela2 yang merugikan masa, tenaga dan duit. Sedangkan kita masih ada benda yang boleh dibuat untuk mendatangkan keuntungan pada masa berkenaan.

Hati-hati lah..

Pelican Boat


bot idaman RM8k..jln2 pusing sungai..

Monday, May 09, 2011

Urus rumah lelong

Kitorg dah slmt urus rumah lelong tu..siap wiring dgn piping, dgn cuci skali..dan dah siap sewakan jugak dlm masa satu hari iklan di mudah.my pada kadar rm480/month. Tq mudah.

Berikut antara gambar unit berkenaan selepas baikpulih..tp aku xpuas hati sgt sbb dinding umah tu kotor gak xsempat nak cuci..klu ikut hati aku nak cat baru je tp masa dan tenaga tu limited..aisehh



Wednesday, April 27, 2011

Kisah Menang Lelong dan Reseller P1Wimax yang Penipu!

Alhamdulillah lelong yg 25/4 hari tuh aku dpt unit yg di inginkan tu dgn harga Reserve Price (RP). Unit nih kiranya unit ke 7 lah dlm hidup aku..wlpn yg nih sepenuhnya aku gunakan nama abg ipar aku, namun segala perbelanjaan untuk unit ini adalah dibawah tanggungan aku.

Yg nih lelongan kali ke10 berdasarkan apa yg diberitahu oleh pelelong. Market ada lah dlm rm65k. RP tu aku menang RM27.5k. Unit nih sangat lah kotor, debu tebal, barang bersepah dlm rumah. Refer gambar dibawah. Xsempat nak cuci lg aku agak sibut dgn urusan kerja. Abg ipar aku pun ada kat Ipoh. Tp yg cantiknya ialah unit ini telah dilengkapi penuh dgn tiles dari ruang tamu hinggalah ke bahagian yard. Aku percaya lepas aku cuci unit nih, berkilat lah nanti..xsabar aku nak cuci rumah nih..

Tadi baru lepas uruskan meter air, InsyaAllah Jumaat nih siap lah meter air tu. Untuk elektrik plak, klu nak apply meter baru kena sediakan rm500++, klu nak hidupkan meter lama, just bayar tunggakan RM300++ tp atas nama owner lama lah..yg mana pilihan kalbu..alamak..xtahu yg mana nk pilih..

Aku nk crita sikit kes P1wimax aku nih. Aku ialah pelanggan tetap yang xpernah miss bayar bill wimax nih sejak 2009. Baru2 nih aku didekati reseller wimax nih. Dia promote kat aku utk upgrade. Aku ckp xnak tp dia explain jugak. Dia ckp skrg tgh promosi, just bayar rm100, pastu 3 bulan xpayah bayar(yg sepatutnya aku kena bayar rm99/month), pastu bila sampai bulan ke 4, downgrade lah ke pakej lama iaitu RM49/month...dlm hati aku not bad...aku subscribe lah..bermula kisah sedih...

Bulan kedua aku guna pakej tu, tiba2 bill sampai, aku kena bayar rm172. Apehal pulakkk..aku xpuas hati aku pegi direct ke kaunter Wimax dekat PJ. Bila aku tnya, rupa2nya pekej yg aku dpt tu xde langsung dlm sistem dia. Langsung xsama dgn apa yg dia cakap. Nak xnak aku kena bayar jugak. Geram betul aku..aku call reseller tu xdpt, msg xbalas..celaka betullll

Skrg nih org kat customer service tu mintak aku buat komplen. Tu je, aku balik, aku terus buat komplen. Aku nk tgk ape yg diorg boleh buat. Klu x aku nak terminate je, pastu aku akan band Wimax dlm hidup aku, dlm hidup anak2 aku..aku xkan guna lg..lantak lah..puas hati aku..



Sunday, April 24, 2011

Nik Muhammad Naseem

Anak aku yg kedua telah selamat dilahirkan pada 21/04/2011, 0117am, di Hospital Serdang, seberat 3.13kg. Aku namakan anak ni Nik Muhammad Naseem, xtahu kenapa aku minat sgt nama ni..bg aku Naseem tu ada makna yg agak bagus 'Angin yang sepoi2'. Lg satu nama tu agak commercial lah klu nak buat bisnes ke apa nt. Nick name boleh jd 'Nas', mcm Nas Ahmad tu..cehhh..

Mcm nama aku, klu kat Chester Properties tu, ramai senior suruh aku letak nama commercial..nama aku nih x commercial sgt ke..haha..adoi le..

Utk anak ke dua nih, aku dgn wife berpantang ka KL lah..kat umah sendiri..soronok bini aku tu berpantang kat sini..kali ni better than anak yg sulung tu(Nik Muhammad Haziq)lah..

Better sebab kat umah sendiri, kita bebas nak buat apa2..penuh dgn privacy..nk pergi mandi ke apa ke..xde org kat sekeliling..xnak pki baju ke apa, lantak lah sbb umah sendiri..

Lg satu. klu kat kampung, pantang larang tu bnyk sgt, nak kena melayan arahan org tua tuh penat lah..bg aku benda yg remeh tu xpyh la nak susahkan diri..klu xde sebab dari segi saintifik dan agama, buat apa perlu kita layan..klu kat sini, anak aku tu xmandi satu hari pun, xde sape kisah..

Klu kat umah sendiri, bnyk kesenangan jugak lah, umah kat sini agak moden dgn susunan bilik yg sistematik..air pun laju xde mslh..brg2 keperluan pun senang dapat..klu kat kampung, adoi susahnya..bilik mandi dgn tempat rehat pun jauh..air pulak kdg2 laju, kdg2 xde lgsg..panas pulak tu klu tgh hari..berpeluh2 la..

Kelemahan kat sini ialah susah dapat tukang urut je lah..tuh nak kena balik kampung gak dlm seminggu..tgk lah dlm mggu depan..

Tgh hari nt ialah masa untuk aku mencuba nasib..one more property to go..tgk lah dapat ke x..klu ada rezeki xkemana la tuu..

Wednesday, April 20, 2011

Indahnya Financial Independence

Pagi nih wife aku dh nak bersalin..kitorg dh pegi ke spital Serdang, dia suh balik so kitorg tggu kat rumah jelah..sementara nih aku tulis sikit lah kat sini..


Financial Independence..tu lah tajuk buku yg aku baca skrg nih..seperti gambar kat bawah..bagus buku nih..aku suka betul baca..1st time buku yg aku jumpa ditulis dalam bentuk perbincangan yang agak mudah untuk difahami..bnyk benda baru yg aku pelajari dari buku ni yg xde kat buku lain..walaupun ianya diterbitkan pada tahun 2000, namun aku dapat merasakan ianya masih boleh digunapakai pada masa sekarang ni..


Lepas baca buku ni, aku terbayangkan indahnya hidup bila dah bebas kewangan..bayangkan kita duduk dirumah sendiri yg sudah habis dibayar..dividen hasil pelaburan saham sahaja dah mencukupi untuk menyara hidup..kereta mewah tu pun dah habis dibayar..rumah 20+ buah yg separuhnya dah habis dibayar..bersih bulanan hasil goyang kaki sahaja melebihi 5 angka..apa lagi yg nak atas dunia nih..cukup lah..masa utk berbakti kepada masyarakat..masa untuk berehat-rehat..masa untuk bercuti..


InsyaAllah aku akan usaha kearah itu..aku macam dapat melihat cahaya dihujung terowong..ohh..

Wednesday, April 06, 2011

Alam Idaman Service Apartment

Uii..aku da hantar anak sulung aku tuh balik kampung laa..tgh tggu wife aku nak bersalin anak kedua plak..bg mak aku jaga yg sulung so senang sikit aku nak urus kat sini buat sementara..

2 3 hari nih, bizi sangat2..cek aku yg dah siap tu pun belum sempat pegi collect..haii, xnak duit ke aku neeiyhh..

Rumah lelong nih, dah bnyk abg ipar aku send, tp satu pun belum sempat pergi tgk..adeii..

Cerita mggu lepas, aku ada jaga satu booth nih..Alam Idaman Service Apartment, Shah Alam..perhh, yg nih mmg terbaik utk investment..tp skala besar sikit lah..aku xmampu dgn slip gaji aku yg ciput tu..xpe lah, next time aku beli..kepada pembeli2 unit tersebut, tahniah aku ucapkan kerana anda telah memilih jalan yang betul..apartment freehold, pegangan non bumi tp dpt bumi diskaun..downpayment serendah rm3k..mmg berbaloi2..siap2 je nanti, nak sewakan atau nak jual pun untung dua2..rugi betul aku xbeli..ditambah pulak lokasi terbaik..mmg menyesal xbeli lah..

Kesimpulannya, unit kat Alam Idaman nih dah selamat terjual semuanya..tamat cerita..ada org nak beli?? sila beratur dan beli dari 1st owner lah..anda dah melepas..

Monday, March 14, 2011

Auction Unit VS Subsale Unit

Xjadi beli dekat Ampang hari tu..biar lah, xde rezeki lah tu..aku pun malas nak folow up klu org xbersungguh2 nak jual utk kita..tp ujung mggu baru nih aku dah riki satu lagi unit kat satu tempat nih..dgn abg ipar aku, unit cantik..akan dilelong nanti..menarik gak unit nih..masuk je la..menang kalah belakang kira..so, one more cash buying is now standby!!hehe

Kat sini aku nak list down beberapa kelebihan dan keburukan unit Lelong dan subsale

Lelong/Auction
a. Kita boleh dapat unit berkenaan direct selepas menang. Xperlu tggu loan disburse semua. KLu ikutkan masih lagi kepunyaan bank. Tp mana la ada bank nak gi uruskan lepas kita dah menang. Diorg xambil tahu lgs pasa unit tu. Diorg asalkan dpt duit kita, setel masalah. 3 bulan tu amat penting disebabkan pada tempoh itu sebenarnya kita dah boleh kutip duit sewa selama 3 bulan + deposit 2 bulan+ deposit api air. Klu sewa RM1k sebulan, dah berapa riban tuu..

b. Ada risiko bil tertunggak,99% ada!! (maintenance(yg ni ada yg bank cover, tp sometimes kita kena dahulukan), cukai pintu/cukai tanah, bil api&air, bil indah water etc)
c. Tiada risiko ditipu penjual(bank)
d. Boleh dapat bawah market value. Xde la over market klu kita dpt RP.Yg over market bila kita dah start bid xingt dunia.
e. Unit yg kita dapat berisiko utk dibaiki. 99% kemungkinan kena dibaiki
f. Terdapat risiko loan xlepas dan duit deposit burn
g. Boleh menggunakan khidmat ejen (ada yg free ada yg kena bayar)
h. Terdapat risiko kaveat dimana ianya telah di 'LOCK' oleh pemilik
i. Ada risiko owner/penyewa tak mahu pindah

subsale
a. Boleh diduduki selepas loan disburse (ada special case, owner bg pembali duduk sebelum bayar habis)
b. Dijamin tida bil tertunggak
c. Ada risiko ditipu penjual(pemilik rumah/ejen yang menyamar)
d. walaupun dapat harga bawah market value, tp biasanya tak jauh sgt bezanya
e. Biasanya cuci kaki la, boleh terus diduduki
f. masih ada risiko deposit burn bila loan xlepas, tp kena buat term tu masa bayar ernest deposit
g. Pembeli tidak dikenakan bayaran oleh ejen
h. tiada risiko kaveat

hmm..stkt nih yg terfikir lah..klu ada apa2 yg boleh ditambah nt aku edit le artikel nih..

Friday, March 11, 2011

Projects by CB Land Sdn Bhd

Assalamualaikum,

Current project

Calling for good investment. Ada dua projek kat sini.

1. Avenue Crest - Commercial Project
Office Suite at Section 22, Shah Alam
Near all amenities, highways, Future Shah Alam Central,KTM, Universities and Colleges
Price starting from RM230K and above,
Size 560sf and above
Freehold
Date completed:2014
Project by CDB Land Sdn Bhd
This month promotion :
1. Pay 5k as deposit
2. 10% rebate for early bird (via credit note)-limited period only
3.15/85 financing scheme (Ambank-panel bank)
4. 85% loan for local purchaser
5. Free legal fees for SPA within 14 days
6. DIBS(Developer interest bearing scheme)
7. Free maintenance fees for 2 years (From the date of VP)


2. Alam Idaman
Service Apartment
Freehold
Project by CDB Land Sdn Bhd
Shah Alam, Section 22
Date completed: June 2013
For bumi purchaser, special discount 7%.
For all purchaser(including bumi), RM10k discount + 5% discount from the balance
Booking fees only RM1k
RHB Bank (Panel bank) offer BLR-2.2%
Loan 90%
Price staring from RM271,080-RM354,800
Size starting from 807sqf-1023sqf
Only several unit left



Please advise me if you keen for this properties and I will make the necessary arrangement

Kind Regards

Mohd Sayuti(B15)
0136297046
Specialised on the subsales and properties from varieties of properties

Wednesday, March 09, 2011

SKIM RUMAH PERTAMA

Skim rumah pertamaku yg telah diumum oleh PM mendapat sambutan yg mengujakan bagi individu yang belum pernah membeli rumah. Secara peribadi, aku nampak skim ni agak bagus untuk mereka yang kekurangan modal..tapi tu lah, kena beringat, nanti bayaran bulanan/installment akan jadi lebih tinggi dari prosedur biasa lah. Harus diingat juga, kemungkinan rumah akan dilelong akan jadi lebih tinggi disebabkan tiada cagaran dari pembeli. Let see lah nanti mcmana.




Semalam aku ada riki sau rumah dekat Ampang, lokasi menarik, dekat LRT Tmn Cahaya, dlm 100meter je. Tapi, shop lot. Last price RM56k, Sewa RM600-RM650/month. Gila sifir aku menjadi, kali nih mmg kena beli. Sifir aku simple. Rumah berharga 100k, sewa mesti seribu dan ke atas, kompem untung. Klu 56k, sewa rm560 dan ke atas lah, kompem untung. So ape lg, rembat le nii..

Tuesday, March 08, 2011

25 Ways to Waste Your Money

Sekadar untuk notes, aku suka baca nih.. cara nak elak bocor duit yg kita tidak sedari..

http://finance.yahoo.com/banking-budgeting/article/112202/25-ways-to-waste-your-money?mod=bb-budgeting

Passport aku ilang plak nih, pening betul kepala, nak gi Jepun bulan 6 nt..adooii..

Friday, March 04, 2011

Loan ASB

Aiseh..gatal tgn nak menulis la plak..td aku baru je lepas apply loan ASB..nak mintak bnyk2 tp hati xkental..last2 mintak rm120k je dlu..test market..esok-esok dah nampak jalan, top up lah sikit lg..sedikit info lah..BLR minus 1.65..quite good offer, 3 years lock period, pastu daily interest rate..hm..tgk lah, boleh lepas ke x loan nih..officer tu cakap senang lepas, klu plg teruk pun dia mintak advance bayaran selama 3 bulan..mcm downpayment rumah lah kiranya..hmm..plan aku, tahun pertama nih aku gunakan fasiliti OD lah utk bayar, pastu, tahun berikutnya pki dividen ASB lah..so, Loan ASB bayar diri sendiri lah kiranya..at last, loan habis dibayar dan pd masa tu boleh dapat duit free..yesss..hehe

Monday, February 28, 2011

Amal Jariah

Wahh..hari nih tercapai niat aku untuk belanja kawan2 ofis makan. Utk luch tgh hari td, aku ada belanja semua ofismate aku dlm 15 org. Nasi Briyani Gam. Xtahu lah betul ke x nasi tuh. Hahahaha.. Seronok gak bukan selalu buat mcm nih..

Last month, aku ada buat majlis gak kat taska anak aku, sempena ucapan terima kasih kat cikgu2 yg telah selama ini mengajar dan mendidik Haziq tu..hehe.. yelah, kitorg pun dh terpaksa pindah..kali nih, cari nursery lain plak lah..susah gak nak dpt nursery yg lebih kurg mcm tu...cikgu dia rajin2 semua jaga baby..hmmm

Aku pernah dengar dari kawan aku..pagar untuk kejayaan dalam dunia perniagaan ialah Amal jariah..aku 100% setuju dgn kata-kata tu..yelah, org dengki kat kita ada di sekeliling..skali skala kita bt amal jariah, sejuk gak hati diorg..

Even, dalam game Cash Flow 101 dan 202, kita akan murah rezeki sekiranya kita ada membuat donation..

Bila dah makin senang, sekarang aku nampak, kenapa banyak badan individu yang sanggup buat amal jariah tanpa sebarang balasan. Diorg duit bersepah dah tak fikir untuk jadi kedekut. Even tiada potongan cukai.Duit juta-juta habis tu biasa je.. Kadang2, niat yg suci selalu disalah tafsir. Bila dah financial free, duit habis pun xkisah,..bulan depan duit masuk lagi..kaki tetap goyang..seronokkk...tambah2 kalau dapat membantu dari segi pembangunan agama, bangsa dan negara..ceewaaahhh..haha

Wednesday, February 23, 2011

Motor oh motor / ASB / Rumah sewa

Dah lama xbuat maintenance untuk motor Kriss AEH 1680 ni. Sedikit kisah mengenai motor nih. Ianya ialah hasil peninggalan arwah Cikgu Lan merangkap abg ipar ku. Setelah kematian beliau, kakak ipar aku menghadiahkan motor berkenaan kepada isteriku dan telah diguna pakai oleh aku semenjak perkahwinan kami pada Jun 2008.

Hari nih aku ada buat maintenance. Tukar tayar tubeless, sport rim dan bateri. kos terlibat ialah RM350. Pembaikan tersebut dibuat setelah mengambil kira kos dan keselamatan untuk menggunakannya. Klu ikutkan hati mahu saja aku beli motor baru. Honda Dream harganya baru RM3800. Bukan xmampu untuk bayar cash, tp memikirkan mengenai keperluan, aku teruskan dgn hanya membuat pembaikian kecil dgn kos yg sederhana. Lagipun, motor masih elok. Tiada apa masalah, cuma nampak buruk je lah. Bagi aku, ianya merupakan satu lagi pengorbanan. Aku berkorban keselesaan untuk merasai motor yg lebih baik demi untuk masa depan keluarga dan anak.

Hari ini jugak aku telah membuat simpanan di ASB berjumlah 3X,XXX.00. Antara transfer yg terbesar pernah aku buat. Tu pun masih ada baki didalam akaun semasa aku untuk kegunaan harian berjumlah 7,XXX.XX. Ini lah kelebihan menggunakan Overdraft. Aku menjangkakan pada awal tahun depan dividen ASB aku xlari dari 5,XXX.00. Then ianya sgt berbaloi-baloi.Duit free.

Malam nih, aku plan untuk pergi kutip duit sewa. Terus saja duit tu aku transfer pada mak abah lah. Inilah kelebihan unit sewa. At least dah tertunai satu tgjwb kepada mak dah abah. Cuba bayangkan kalau xde hasil duit sewa tu. penat jugak lah..

Sunday, February 20, 2011

Limpahan Rezeki

Dua tiga menjak ni aku tak tahu kenapa aku dapat merasakan limpahan rezeki yang mencurah-curah. Mungkin sebab aku xpernah merasai pendapatan yang sebegini. Mungkin bagi orang lain ianya adalah sangat sedikit. Tak tahu lah.Mungkin juga ujian bagi aku.

Baru-baru ini aku telah mendapat backdated gaji untuk 7 bulan. lepas tu aku telah mendapat hasil dari pelaburan kompeni yang berjumlah yang agak besar..lebih besar dari gaji aku sekarang lah kiranya(Total yg nih dlm 3 kali gaji lah). Sekali dengan modal plak tu. Lepas tu claim pengajaran tutorial semester lepas juga telah release(yg nih bernilai sekali gaji). Lepas tu pada masa yang sama aku jugak dapat bayaran sewa satu unit nih yang telah tertunggak selama 6 bulan dari penyewa aku (separuh gaji). Jugak aku telah mendapat tuntutan claim conference ke Bandung 2 bulan lepas(yg nih dlm rm500 je). Lagi yang akan masuk gaji pada minggu nih jugak. Lagi minggu nih jugak aku mungkin akan dapat release payment dari unit jualan aku di Kota Damansara tu, xbanyak mana ada dlm sekali gaji aku je.Ada lagi yang pending, hutng adik aku is incoming, pun dalam sekali gaji aku. Pastu ada 1 lagi pending yang incoming shortly investment aku dlm satu kompeni kawan aku nih. Dua kali gaji nilainya. hmm, bg aku agak bnyk lah..pastu hasil sewaan unit di Kota Damansara tu, dah dapat peyment dari penyewa semalam. Fuhh..best betul rsnya bila duit masuk dari bnyk portfolio..

Lagi berita dari kampung, mak aku telah mendapat durian runtuh hasil dari ambilan tanah dari pihak korporat. Tanah dari peninggalan arwah Tok Ayah Kob dulu. Masih ada hasil sampai sekarang. Adik beradik mak aku semua dapat, sepupu sepapat dapat lagi bnyk, depend pada jumlah adik beradik diorg. Lagi sikit adik-beradik, lagi bnyk dapat duit. Fuhh, Tok Ayah Kob, aku sgt mengkagumi beliau. You are my IDOL.

Tuesday, February 15, 2011

Status Terkini

Secara rasminya aku dah duduk kat kondo Petaling Indah ni bermula pada 13 Feb 2011.

Apartment Kota Damansara telah selamat disewakan dgn harga rm560 selepas diskaun. Aku sewakan bilik. Ok lah tu dgn installment serendah rm273/month. Berbaloi-baloi lah..

Sunday, February 06, 2011

Petaling Indah Condo

Petaling Indah Condomunium terletak berdekatan dengan TBS(Terminal Bas Selatan) dimana kalau dari Kuala Lumpur ke Seremban, ambil exit pertama selepas exit Desa Petaling dan sentiasa himpit ke kiri di sebabkan terdapat 2 exit lagi di dalam exit tersebut. Lokasi kondo ini agak isolated disebabkan ianya dikelilingi oleh highway termasuk MRRT, Highway sungai Besi dan PLUS.

Keadaan kondo berkenaan agak sedikit usang disebabkan usianya dah mencecah 20 tahun. Status bagi kondo ini ialah Leasehold berbaki 80++tahun. Namun, kelebihan kondo ini ialah dari segi Lokasi. Maintenance juga tidak kurang hebat dengan kawalan yang agak ketat dari security officer yang bertugas. Bayaran maintenance mencecah RM130/month termasuk sinking fund dll. Cukai pintu dalam RM183 untuk 1/2 tahun.

Harga yang ditawarkan dalam lingkungan RM115k - RM150K pada tahun 2010 bergantung kepada keadaan rumah termasuk lah saiz, bilangan bilik tidur, parking lot dan Facing swimming pool.Dua puluh tahun dahulu harga yang dibuka serendah RM80k sahaja. Harga sewa pula bermula pada RM550-RM950 juga bergantung kepada keadaan unit tersebut.

Alhamdulillah loan wife aku dah pun lulus. SnP telahpun selamat ditandatangani pada 5/2/2011. Special arrangement telah dibuat dengan pemilik unit berkenaan dimana kami telah dibenarkan untuk memasuki unit berkenaan dengan kedar segera memandangkan ianya tidak dihuni sesiapa mada masa ini.

Untuk unit yang aku tinggal sekarang di Kota Damansara, aku dalam usaha untuk menyewakannya. Aku cuba dapatkan sewa dengan kadar RM600/month memandangkan unit berkenaan aku tinggalkan dalam keadaan fully Furnished. Harap aku dapat mencari penyewa dengan kadar segera kerana masa itu emas. haha..lagi lama unit berkenaan kosong, lagi rugi lah aku.

Tuesday, January 25, 2011

Membeli rumah dengan tidak menggunakan duit??

Hari ni aku hangin betul dgn client aku sorang nih..aku hilang sabar..babi kaaauuuuu!!!! 4 bulan lepas aku iklan rumah di Kota Damansara ni, dia call aku beriya2 nak bayar sedangkan orang lain dah janji kat aku nak bayar, xpelah sebab ko nak bayar dulu..1st come 1st serve lah..jumpa je mamat nih, aku belanja minum air kat KFC, xde hal..entertaint client..sekali bincang punya bincang, dia cakap dia xde duit nak bayar, aku mintak ejas jugak seribu pun xpe lah..

Tiba esoknya dia nak bayar, bawak bini skali, kereta besar nak mampus..bini dia cikgu, pakai kemain 'jangok', muka kerek gila,..jeling aku pun tidak, mentang2 la aku pakai selekeh..sekali dia cakap nak tengok rumah dulu baru bayar,skrg baru nak cakap! klu tenant xde kat rumah tu mcmana??, aku dah la xarrange ape2 pun..(1X babi! dalam hati aku)semalam bariya2 nak bayar..ok aku bawak tgk rumah, rumah memang cantik mmg dah ramai org tengok.. sekali dia cakap jadi, aku collect 1k deposit..adusss..1k je..

Pastu apply loan, sekali loan kena rijek..hantar lagi, bnyk bank hantar tp semua kena rijek..combine loan pun kena rijek gakk..harga rumah 66k je pun..bank bg alasan komitmen tinggi, bnyk hutang laa tu..ape punya manusia laaaa, kerja cikgu pun loan 60k pun xlepas..kepada cikgu2 yang berlagak kat luar sana, sila ambil iktibar...aku memang fuck org yg mcm nih..

Disebabkan dia xde duit nih, aku kena maki dengan owner rumah dia cakap aku lambat..boss aku pun dah bising urusan ni xselesai2 lagi..last2 skali memang xboleh pergi dgn dia nih, terpaksa kensel pembelian..terpaksa aku return balik duit 1k dia tu..letih aku ulang alik jauh dari Shah Alam semua ke Petaling Jaya, ke Kota Damansara(1X lagi babi!)

Pastu si pembeli nih dok asyik call aku mintak balik duit dia..mmg la aku cakap kompeni tengah proses sabar laaa!! dia dah start hangin ingt aku nak bawa lari duit dia..memang babi laahhh..dah kompeni tengah proses aku nak buat ape babi!!!aku folow up je lah yg boleh..mmg aku folow up pun ko tggu je lahhhh...

Petang tadi aku dah return duit dia, aku lewat 5 minit je dia dok call2 aku bnyk kali, ingt aku nak lari ke ape..memang babii kauu! Aku tobat dah aku xnak layan org yg xde duit lepas nih..kalau nak beli rumah, kalau xde duit, bukan dengan aku..aku dah serik..duit xde, berlagak, pastu dok syak wasangka kat orang..ingt aku nak sgt ke duit ko yg ciput tu..pahit Lepeeeeerrr!!!

Nasib baik la aku da jual unit tu kat org lain, org lain xnego pun harga tu beb! 67k xpe sila datang saya bayar sekarang! dan memang aku datang collect dia bayar cash,3k.. kerja bukan pegawai pun, tp xsombong..duit bnyk..mcmana boleh jadi situasi mcm ni boleh fikir sendiri lah pengurusan kewangan masing2..aku nih nak beli rumah sampai ikat perut, simpan duit..xboleh ke berkorban sikit..haisss...

Kesimpulannya, klu xde duit jangan nak beli rumah lahhh..susahkan orang sekeliling je..uruskan duit dulu dengan baik, baru fikir nak invest!

cerita lain pulak, baru2 ni aku dijemput oleh boss untuk menghadiri dinner..best, aku bukan kuar duit pun, semua ditanggung beres..1st time aku dinner kat The Mines Cruise..kat atas kapal..dalam tasik pun ape ade hall...kos utk satu kepala je dah rm150 lebih..sape nak bagi..hehe..best..


P/S: Kepada pembeli rumah yang gagal tu, F**K YOU!

Wednesday, January 19, 2011

Buku Pengurusan kewangan



Dua tiga menjak ni aku ada baca beberapa buku yg dipinjam dari library UM lah(nak beli xmampu). Tak tahu kenapa aku suka sgt baca buku pengurusan kewangan. Banyak ilmu yg aku dapat hasil dari pembacaan ni. Sebenarnya,kalau nak difikirkan, kebanyakan buku ni akan ajar kita benda yang sama iaitu berjimat cermat. Tapi, worth sebenarnya kalau kita baca buku macam ni dari penulis yang berlainan. Maksud aku, baca je buku yg kita belum pernah baca. Sangat berbaloi. Penulis ni mempunyai banyak ilmu yang telah dipelajari bertahun-tahun. Dan kenapa tidak utk kita dapatkan ilmu itu dalam masa yg sangat singkat.

Setiap penulis juga mempunyai cara yang berbeza untuk menyampaikan ilmu mereka, ada yang mudah difahami dan ada juga yang agak susah untuk difahami. Ada yang kelakar dan macam lagi lah. Seronok aku baca, tambah-tambah kalau kita dapat aplikasi apa yang diterangkan oleh mereka ni. Bukan sekadar baca.

Part yang aku paling suka ialah "Financial Idiot" yang aku boleh nampak siapa di kalangan aku yang tergolong dalam golongan ini. hahahaha. Orang macam ni akan menggali tiada penghujung. Ramai yang macam ni. hmm..no komen.

Secara keseluruhan, buku ni menceritakan macamana penggunaan wang yang efektif di samping meningkatkan pendapatan. Penulis juga menerangkan beberapa tips yang sangat berguna bagi mengelakkan poket bocor yang dapat menjimatkan kita ribuan ringgit dari pelbagai urusan kehidupan kita.