Wednesday, August 01, 2012

Sakit Perut yang Amat


Baru-baru ini aku kerap sakit perut. Paling teruk sepanjang hidup aku. Dua tiga bulan lepas, aku dah kena sakit ini sekali. Semalam aku kena lagi. Aku suspek, kesakitan ini berpunca daripada ubat yang aku ambil sebelum turun ke laut sehari sebelum mengalami kesakitan tu.

Kedua-dua jenis sakit yang sama aku alami sehari selepas aku ke Laut. Sakit yang amat. Menyucuk-nyucuk perut aku sehingga menyebabkan aku muntah kesakitan. Aku rasa serik pada masa itu. Cara terbaik ialah aku meniarap sambil menahan kesakitan sehingga tertidur. Namun, aku masih berjaya untuk meneruskan puasa. yehh...

Tapi, minat aku untuk terus ke Laut tidak dapat ditinggalkan. yehhh lagi...

Cerita pasal rumah kat Kepong tu, aku masih tidak berjaya mencari kontraktor untuk uruskan pemasangan meter TNB. Kebanyakan cadangan caj adalah tidak munasabah. Geram betul aku. Tak apa, aku masih mencari. Untuk meter air, rupa-rupanya ia adalah di bawah tanggungan pihak pengurusan perumahan itu dan bukannya SYABAS. Aku dah mintak pihak pengurusan untuk memasang meter air tu. Tak pasti diorang tu dah pasang atau tidak.

2 comments:

  1. La..tak gi jmpe doktor ke utk check ke scan ke? pegi la.. mcm2 penyakit yg ade skrg ni...dah la slalu je ko kene.. nway, get well soon! ;)

    ReplyDelete
  2. thanks Nadot! nati2 lah aku jumpa doktor.. heheh...

    ReplyDelete