Monday, July 29, 2013

Menstruktur semula kewangan -Tinggal dalam Bot

Sebuah keluarga menjual kediaman empat bilik mereka untuk hidup di bot yang sempit kerana tidak mampu lagi menampung kos hidup. 
Kini keluarga Duncan Lawrence dapat menjimatkan STG8,000 (RM39,200) setahun untuk bil dan perbelanjaan rumah. 
Selepas hartanah mereka dibeli pada harga RM1.2 juta, mereka berpindah ke bot sepanjang 20 meter yang berharga RM392,102 di Stratford-upon-Avon, Warwickshire.

Debra, ibu kepada Jake, 7, dan Phoebe, 12, berkata: “Ia peralihan yang besar tetapi kami tidak mahu terperangkap dan berasa bosan dalam hidup.

“Saya tidak mahu menggadai janji - ia bebanan yang besar perlu kami pikul. Bot ini membebaskan kami daripada beban kewangan.”

Malah, Debra juga tidak lagi bergelar suri rumah. Kerja menguruskanrumah’ kini terletak di bahu suaminya, Duncan, 41, bekas pemandu lori apabila Debra keluar bekerja di sebuah kafe.

“Pada masa lalu, saya selalu ditinggalkan sendirian di rumah ketika Duncan bekerja. Kini dia punya lebih banyak masa bersama anak-anak.”

Tetapi Debra mengakui keadaan itu tidak sesuai untuk semua orang.

“Kami seperti beku apabila tiba musim sejuk dan jika anda jenis orang yang selesa dengan keadaan kediaman biasa, anda mungkin tidak sesuai untuk tinggal dalam bot seperti kami.”

Debra yang suka membeli-belah, kini perlu berkongsi almari pakaian dengan suaminya.

“Saya selalu keluar membeli pakaian - saya tidak suka memakai pakaian yang sama dua kali.

“Tetapi kini saya boleh berjimat cermat kerana tiada ruang lagi untuk menempat­kan semua barangan dalam bot.”

Ruang yang sempit itu juga perlu dikongsi dengan anak mereka.

“Mereka kini terpaksa berkongsi bilik dan ia membuatkan saya rasa bersalah, tetapi keadaan itu tidaklah teruk sangat.”

Malah, pasangan itu berkata kehidupan dalam bot menjadikan hubungan antara mereka lebih erat.

Duncan berkata: “Dulu Saya perlu bekerja 60 jam seminggu di jalan raya dan jarang dapat menghabiskan masa dengan isteri dan anak-anak. Bukan itu saja, pada akhir bulan bila saya membayar bil, saya selalu tidak cukup wang.

“Saya bosan menjadi hamba duit dan tiada kehidupan.”

Keadaan menjadi genting pada Februari lalu apabila beribu-ribu warga Britain perlu membayar bil yang ting­gi ekoran musim sejuk melampau.

Duncan yang sebelum ini berpendapatan RM127,434 setahun berkata: “Saya perlu membayar RM7,842 untuk bil elektrik selama enam bulan. Jika saya tidak bekerja keras, saya tahu saya tidak akan mampu untuk menampung hidup kami.”

Tambahan pula, gadai janji untuk kediaman empat bilik mereka di Quinton, barat Midlands memerlukannya membayar ansuran bulanan sebanyak RM1,812, selain cukai majlis perbandaran sebanyak RM9,802 setahun dan bil air sebanyak RM930 untuk tiga bulan.

Kemudian bayaran insurans untuk dua kereta Volkswagen Beetle dan Nissan Qashqai sebanyak RM3,919 setahun.

Kini Duncan melihat beban bayaran bilnya berkurangan daripada RM53,888 setahun kepada RM14,696 sahaja.

Dia membelanjakan RM294 sebulan untuk minyak diesel bagi meng­gerakkan enjin bot itu dan membekalkan alat pemanas.

Sementara itu, bil elektrik pula hanya RM245 sebulan.

Bayaran insurans ialah RM1,764 setahun dan bayaran termahal ialah untuk lesen bot iaitu RM4,213.

Yang menguntungkan Duncan tidak perlu membayar cukai majlis perbandaran kerana botnya tidak ditambat di tempat yang sama. Dia juga terkecuali daripada membayar bil air.

Keluarga itu juga sudah menjual kedua-dua kereta mereka untuk membeli kereta yang lebih murah dan hanya perlu membayar RM1,468 setahun berbanding RM3,919 sebelum ini.

“Semua orang menyang­ka kami gila bila kami beritahu yang kami akan menjual rumah dan tinggal dalam bot.

“Tetapi ia perkara terbaik yang pernah kami lakukan. Kami sukakannya dan sepatutnya sudah lama berbuat demikian.”

MU : Sebuah kes stadi yang menarik untuk kita jadikan pedoman




squeaky wheel gets the oil

Aku suka pepatah ini kerana ianya amat berguna dalam urusan seharian bagi melancarkan sesuatu perkara seperti yang kita inginkan. Pepatah ini bermaksud lebih kurang macam ni lah, "siapa yang kuat komplen, dia akan mendapat apa yang di inginkan.

Aku memerhatikan  fenomena ini di sekitar tempat kerja. Ada benarnya. Fenomena kerja di Malaysia kita ini, sebenarnya sentiasa kena bersuara untuk memastikan kerja kita berjalan dengan lancar. Kerana, orang kita ini ada sesuatu yang 'special'.  Maka, untuk memastikan sesuatu urusan kita berjalan dengan baik, kena lah selalu rajin update dan bertanya khabar tanpa segan silu. 

Satu masalah orang melayu kita ialah, kita tidak suka menyusahkan orang dan yang akan menjadi susah
 ialah diri kita sendiri. Kita terlalu mudah bertolak ansur mengenai sesuatu yang merugikan diri. Kadang-kadang kita perlu berbuat bising bagi memastikan pekerja yang terlibat mendapat pengajaran dari kesilapan mereka.

Aku tak mahu ulas panjang, cukup sekadar "buat bising lah, anda akan dapat habuan anda!" heheh...

Sunday, July 28, 2013

Penyakit susah bayar sewa

Ada segelintir orang kita ni liat sungguh untuk membayar sewa. Dari pemerhatian aku, benda ni ialah penyakit yang terhasil dari sikap dan pengurusan kewangan yang teruk. Juga hasil dari sikap malas yang terlampau. Ada beberapa kes yang terkecuali ialah penghuni berkenaan tidak mampu disebabkan masalah kesihatan. 

Pandangan aku sebagai tuan rumah, susah nak berkompromi dengan golongan ini. Aku menyokong tindakan Datuk Bandar KL ini untuk mengambil tindakan mahkamah dan usir sahaja golongan yang bermasalah ini (tidak termasuk yang terkecuali ini). Ramai lagi orang lain yang layak namun tidak diberikan peluang yang sebegini.  Beri sahaja pada orang lain yang lebih tahu menghargai



p/s: nk bg aku pon nyiru aku tadahkan..heheh



Thursday, July 25, 2013

Study Stock - Jaya Tiasa Holding Berhad

    Dikhabarkan Jaya Tiasa ini sekarang berada sangat jauh di bawah paras harga market. Aku dapat maklumat ini dari KC Lau tips. Dia hantar melalui e-mel dan sangat rekemen pembelian stok ini untuk jangkamasa yang panjang. Dikatakan bisnes utama syarikat ini ialah balak, kemudian tanam Kepala sawit dan baru-baru ini investor utama telah menarik balik modal mereka manjadikan harga saham ini jatuh mendadak. Kelapa sawit mereka belum masak sepenuhnya. Sila study lebih sebelum pembelian dibuat.

Berdasarkan pembacaan aku mengenai saham, saham jenis sebegini sepatutnya menjadi target utama kita iaitu saham yang jatuh dari intrinsik value.

macam ada benarnya kata-kata mereka ini.Link

Anyaman Residence, Sungai Besi

Kepada sesiapa yang mampu, boleh lah kot beli untuk investment. Kawasan ni boleh dikatakan sdekat dengan Bukit Jalil yang dikatakan akan meletup dalam masa lima tahun ini oleh Penganalisis Hartanah Ho Chin Soon. Yang paling penting ialah ianya sangat dekat dengan Terminal Bersepadu Selatan, Malah perumahan paling dekat dengan TBS. Jalan kaki perlukan lima minit sahaja. Tak ubah sepeti Vista angkasa sekarang ini yang sangat dekat dengan stesen LRT Universiti. Senang dapat sewa ni. Tapi jangan lupa untuk buat kira-kira. Make sure untung ya. Kalau tak untung, tak payah gatal-gatal. heheh
http://www.anyamanresidence.com/index.html
Kemungkinan besar untuk mendapat sewa yang tinggi adalah tinggi. Nasib baik aku tak mampu untuk membeli ini, kalau tak, aku akan konsider unit di sini.

Kesabaran seorang Pelabur

Dalam kehidupan seharian, kita seringkali digoda untuk membeli sesuatu barangan yang tidak perlu. Lebih-lebih lagi bila kita mempunyai kewangan yang agak kukuh dan duit lebih. Ditambah pula dengan kenaikan gaji dan bonus yang banyak. Sebagai seorang pelabur yang bijak, kita tidak sepatutnya terpengaruh dengan godaan-godaan yang sedemikian rupa. 

Dekat-dekat musim perayaan ini, lagi lah, bermacam-macam pakej dan tawaran yang menarik timbul seperti contoh yang paling ketara ialah jualan kereta berjenama yang murah dari harga kebiasaan. Terkadang, aku merasa jeles jugak bila melihat orang sekeliling memakai kereta berjenama mahal. 

Tapi bila fikir-fikirkan semula, kalau beli kereta berkenaan, berapa agaknya kos yang terpaksa dikeluarkan. Dengan downpaymentnya, insuransnya, maintenancenya, minyaknya, installmentnya dan lain-lain lagi termasuk accessori. Fuhh tak larat beb. Orang yang kedekut macam aku akan kata dalam hati "nasib baik aku tak bela kereta yang semacam itu". hahah

Maka, kesabaran disini sangat penting. Sabar dan menahan diri dari terlibat dalam pembelian yang sdemikian rupa. Ya, aku pun suatu hari nanti ada niat nak pakai kereta besar atau berjenama ini. Cuma, masa belum sampai. Pada tahap ini, kena lebih tingkatkan pendapatan, elakkan kebocoran. Yeahh...

P/s: Senyum melihat gelagat orang sekeliling




Tuesday, July 23, 2013

Stock - Green Packet


Saham Green Packet atau produk utamanya P1 Wimax ni nampaknya jatuh merudum dalam 5 tahun ni. Iktibar untuk semua, barang berkaitan internet atau IT ni lebih pada bersifat meletup secara sementara. Juga banyak persaingan. Susah dijangka. Aku juga merupakan salah satu pelanggan P1 satu ketika dahulu, namun produk mereka bagi aku, agak tidak memuaskan hati. Berbanding dengan pakej lain aku lagi prefer celcom.


Monday, July 22, 2013

Tips menang bid rumah lelong - beli musim perayaan

Tip masuk bid rumah lelong pada musim perayaan ini aku terbaca buku Renesial Leong di LCCT hari tu masa tengah pusing-pusing kedai buku. Ingat sampai ke hari ini. 

Pembelian rumah melaui lelong pada musim perayaan memungkinkan kita untuk memenangi hartanah tersebut memandangkan orang ramai tengah sibuk dan sudah balik ke kampung masing-masing. Lagi dekat musim perayaan lagi bagus. Jika ada dua orang yang berhajat untuk masuk bid rumah yang kita aim, mungkin dua-dua orang tersebut terpaksa kensel sebab terpaksa balik kampung. Jadi chance untuk kita memenangi hartanah tersebut adalah lebih tinggi. 

Cuma, kita la kena sabar lebih. Mungkin terpaksa balik ke kampung untuk beraya lebih lewat dari orang lain. 


Sunday, July 21, 2013

Cara kenalpasti lokasi hartanah yang baik melalui Restoran McDonalds

Kita semua tahu yang McDonalds ini buat duit melalui property. Sefaham aku, mereka buat duit melalui fast food, bila dah untung mereka beli hartanah yang berpotensi untuk jadikan next restoran. Lama kelamaan jadi banyak lah restoran diorang ni dan makin kaya lah. Tapi, macamana mereka kenalpasti lokasi yang baik?? 

Aku pun tak tahu apa sistem yang diorang ni gunakan, tapi yang pasti, mereka ada membuat analisis mengenai potensi sesuatu kawasan yang akan naik bagi memastikan perniagaan mereka tetap mendapat sambutan dari orang ramai. Bagi kita sebagai property investor, aku rasa tak perlu kita tahu mengenai cara dan analisis yang mereka gunakan. Apa yang perlu kita buat ialah, ikut saja mereka. Di mana mereka buka restoran mereka ni, kita pun cari lah property yang berdekatan dengan secepat mungkin kerana kawasan berkenaan sangat berpotensi untuk naik. 


Contoh yang paling ketara aku nampak ialah di Kota Damansara. Suatu ketika dahulu di Kota Damansara, bersepah rumah lelong dan tiada sambutan walaupun Restoran McDonalds ni dah ada pada masa tu. Tapi sekarang, harga rumah di kawasan berkenaan pun dah tak masuk akal. Even di Damansara Damai pun sama. Maka, petanda Restoran McDonalds ini jangan lah diabaikan oleh property investor yang bijak. 

Kajian Kes Stadi pembelian Stock- SHELL

Tengah ralit-ralit stadi Stock market tiba-tiba terjumpa link SHELL. Tak tahu kenapa aku rasa pembelian stock SHELL pada waktu sekarang ialah merupakan antara masa yang cantik. Kena kaji lebih untuk mengenalpasti pintu masuk yang sesuai. Untuk live chart SHELL boleh refer sini.

Harga nya mahal tapi aku rasa ianya memang dah jatuh dari intrinsik value. Maknanya bawah harga pasaran. Yang penting ialah peratus kenaikan kelak dan bukannya murah atau mahal itu.

Chart SHELL untuk 5 tahun.
Posting ini ialah untuk kes stadi sahaja untuk kajian aku di masa hadapan.

Thursday, July 18, 2013

Cara nak buat duit free dengan ASB Loan

Dah banyak kali aku buat kira-kira mengenai perkara ini. Mulanya aku tak percaya kita boleh buat duit free dengan ASB loan ni, tapi bila aku memikirkan nya banyak kali dan buat kira-kira, memang kita kan dapat duit free. Mudah saja caranya.

Sebagai contoh:
Untuk maksimumkan duit free ini atau dengan kata lain, buat loan ASB sebanyak RM200k, mula-mula kita kena ada reserve duit gaji (atau mampu bayar installment ASB loan ini setiap bulan)  sebanyak rm1,068 pada setiap bulan untuk tahun pertama sahaja (loan ASB selama 30 tahun). Untuk tahun kedua, kita akan dapat dividen ASB tadi (~8% atau ~RM16k), maka gunakan duit dividen ini untuk bayar installment pada tahun kedua. Untuk tahun ketiga, guna dividen tahun kedua untuk bayar installment dan begitu lah seterusnya sehingga loan habis dibayar. 

Lepas 30 tahun, nah, kita akan dapat sekelepuk RM200k tadi. Duit free kat sini ialah bersamaan RM200k-13k (modal tahun pertama) = 187k. Duit free ini secara purata, kalau kita bahagikan selama 30tahun, maka ianya bersamaan ~RM520 sebulan, dan yang penting, duit ini FREE. Siapa nak bagi beb? Cepat-cepat lah buat benda ini dan jangan tangguh-tangguh. 

Kita akan fikir, bank akan untung kalau kita buat loan ASB ini. Tapi kita juga kena ingat, kita juga tak akan untung kalau kita tak buat loan ini. Maka keuntungan bank tak perlu dipertikaikan. Sepatutnya kita yang perlu berterima kasih kepada pihak bank kerana membuka peluang ini kepada kita.






Lagi satu, loan ASB ini bertindak sebagai insurans dimana ianya di lindungi skim insurans. Sekiranya berlaku apa-apa terhadap kita contohnya ialah cacat kekal atau kematian, duit berkenaan akan dibiaya oleh syarikat insurans dan pewaris kita akan mendapat duit berkenaan dengan penuh tanpa perlu membayar baki yang tinggal. Even insurans kesihatan kita pun tidak dapat menandingi dan memberikan jumlah yang sebanyak ini sekiranya kita meninggal.

Sefaham aku, hanya tahu ada 3 bank di Malaysia yang memberikan loan ASB ini, iaitu Maybank, CIMB dan RHB bank.

Juga maklumat baru yang aku perolehi, sebenarnya kuota unit ASB bagi setiap individu akan ditambah pada setiap tahun sebanyak ~RM20k. No wonder ada orang boleh simpan duit dalam ASB sebanyak RM400k.

Tak perlu risau mengenai kelulusan kerana loan ini, pihak bank senang meluluskan kerana mereka ada jaminan dimana sekiranya kita tidak mampu membayar loan ini, mereka akan menjualkan unit kita ini. Bank akan mengambil hak mereka dan bakinya akan diserahkan kepada kita. Maka, jangan risau mengenai ini. Juga, kita jangan lah guna duit dividen tu untuk berjoli. heheh.. kena  ada disiplin..

p/s: kuat aku promote ASB loan ni.. macam bank ada bg insentive je utk aku..heheh

Wednesday, July 17, 2013

Kelas Fenomena Saham 2013- oleh Zamsaham

Kelas selama dua jam ini aku rasa sangat bermanfaat bagi beginner macam aku ni. Banyak tips dan tunjuk ajar oleh En. Zam diberikan. Tips yang bagi aku amat bagus dan kena dengan apa yang aku baca setakat ini. Beliau juga berkongsi tips dan cara mudah untuk menilai suatu saham yang ingin dibeli. Bila nak masuk dan bila nak exit.

Zamsaham juga mengajar macamana membaca saham dari suratkhabar yang sebelum ini aku tak pernah tahu macamana nak membaca benda alah ini. Sekarang ni dah boleh baca sikit-sikit lah. heheh.. juga beliau mengajar macamana mengira peratus keuntungan hasil dari pelaburan kita. Peratus keuntungan = (jual -beli)/beli x 100.

Dari kelas ini, apa yang penting ialah penyampaian dan kesedaran mengenai market analisis secara keseluruhan yang mana pada waktu sekarang ini ialah antara masa yang sesuai untuk menceburi pasaran saham di sebabkan kitaran ekonomi dunia yang sedang berlaku.

Nota saham aku

Beliau juga mengajar sedikit teknikal analisis mengenai MA2, MA4 dan bolinger band untuk mengenalpasti waktu masuk dan keluar yang betul. 

Tuesday, July 16, 2013

Kelas ZAMSAHAM

Hari ini ada kelas Zamsaham. Fenomena Saham 2013. Harga RM50, kelas dua jam. Lepas tu dapat register akaun CDS free under dia. Kena bawa paper the Star, calculator, etc. Dah lama tak buat kira-kira ni. Harap dapat ilmu yang sangat berguna. Aku cuba update bila balik nanti. http://www.zamsaham.com/

Sunday, July 14, 2013

Cubaan berniaga barangan pancing


Aku biasa menjual barang melalui pengiklanan online terutamanya mudah.my. Biasanya aku jual barang persendirian namun kali ini aku mencuba untuk menjual barang dari supplier. Disebabkan minat aku ni lebih kepada aktiviti memancing, maka aku memilih produk 'reel' keluaran dari Daiwa. Baru-baru ini aku buat keputusan untuk meng 'order' barang dari dealer. Ada minimum amount yang aku kena order, kalau tak, tak dibenarkan beli. Jadi nak tak nak, aku beli 1 lot barang ni untuk cubaan pertama jualan aku ni.

Bila dah order, dah bayar semua, barang pun dah sampai. Kira punya kira, maka aku pun cuba lah nak jual. Aku cuba ambil untung yang sedikit, namun bila aku bandingkan dengan harga sebenar di dalam kedai pancing yang biasa aku lawati , aku dapati harga di dalam kedai berkenaan amatlah murah dan sama dengan harga modal yang aku gunakan. Tak masuk akal. Macamana diorang ini buat untung? aku termenung memikirkannya. Lama aku berfikirada beberapa kebarangkalian.
1. Jualan reel di kedai diorang ini tidak mendatangkan keuntungan, keuntungan diambil dari produk lain.
2. Mereka mendapat harga dari dealer dengan harga yang lebih murah dari yang aku dapat (macam mustahil)
3.Stok yang mereka ada ini ialah stok lama, bermakna mereka gunakan harga lama (produk ini naik harga pada setiap tahun)

Dari rumusan yang aku buat, mereka ini mengambil keuntungan yang sangat minima dengan jumlah kerja yang super rajin tanpa mengenal putus asa menyebabkan pelanggan tetap ke kedai mereka. Bukan senang nak buat bisnes ni rupanya. Maka, aku tiada pilihan lain, untuk bersaing, keuntungan minima dan kerja keras ialah satu-satunya pilihan yang aku ada. Pengajaran yang bagus untuk aku.