Wednesday, November 11, 2015

Cara Nak buat Professional Engineer, dapat title 'Ir'

Hari ni berpeluang menuntut ilmu untuk buat professional engineer dari Ir. Dr. Cheong Thiam Fook dari IEM.
Ada satu pakej yang sesuai untuk ahli penyelidik contohnya pensyarah dan non-practice engineer.
Maknanya ada title Ir cumanya tak boleh sign projek.
Kalau kat UM sekarang ni, qualification ini melayakkan untuk dapat professorship.
Caranya lebih macam ni la lebih kurang (Yang ini untuk non practice engineer sahaja):
1. Dapatkan Degree Engineering (mesti program 4 tahun)
2. Bila dah ada degree, kena daftar Graduate Engineer dengan BEM dan daftar sebagai IEM graduate member.
4. Kemudian kena buat projek penyelidikan atau apa-apa yang berkaitan dalam masa3 tahun. Waktu ni kena collect PDP poin 60hour (kalau tak sempat 60jam pun masih layak untuk interview. kena pilih 12 jam OSH, 12 jam Engineering management,12 jam code of ethics, 36 jam course discipline -
Tips report, projek kena ada melibatkan design, planning,  leader of project (management role) dan accounting. Report ni kena di endorse oleh dua orang professional engineer.
5. Untuk nak masuk interview, kena buat dua report iaitu experience report dan project report, then submit to IEM.
6. Hadir interview
7. Tulis essay 3 jam- code of ethics <-- yang ni macam exam
8. Tunggu keputusan

Apa-apa pun, sebelum buat semua ni, dapatkan nasihat dari BEM dan IEM dulu lah, untuk selamat. Elok kenal staf yang uruskan semua ni dan sentiasa berhubungan dengan orang ini.

Wednesday, October 28, 2015

Harga Barang Terus Naik, Tips Jimatkan Perbelanjaan Barang Dapur

Kalau dulu aku lah pengunjung utama Pasaraya Giant, sekarang aku lah pemboikot utama pasaraya ini. Dulu-dulu tak pandai berbelanja. Tak buat perbandingan harga. Rupa-rupanya harga barang-barang di pasaraya ini jauh lebih tinggi berbanding harga yang boleh diperolehi dari Pasar Mini SPEEDMART!

Aku sangat mengkagumi perniagaan SpeedMart ni. Lihat bagaimana pengurusan yang cekap membolehkan harga barang di pasaraya ini boleh dijual dengan harga yang jauh lebih murah berbanding pasaraya besar yang lain. Lihat saja cawangannya yang tumbuh dimerata-rata disekitar lembah Kelang ni.

Jadi sekarang ini, 90% peratus dari pembelian barang dapur dari rumah kami adalah dari SpeedMart. Setakat ini, kami amat berpuas hati. Ianya cepat, mudah dan kebanyakan keperluan kami boleh diperolehi dari pasar mini ini dengan baik.

Friday, October 23, 2015

Cara nak beli kereta pertama dengan percuma, senang!

Ingin buat pembelian kereta pertama secara percuma? ada satu teknik yang saya nak share. Senang beb!

Mula-mula, beli kereta second hand secara tunai, contohnya kereta kancil berharga RM5,000.

Kemudian guna saja kereta berkenaan sekurang-kurangnya 3-4 tahun.

Pada tahun keempat, NCD kereta dah berkurang sebanyak 50%.

Nah sekarang dah boleh beli kereta besar, trade in kancil tu, guna NCD yang sama dimana insurans kereta berkenaan dari harga RM4,000 telah berjaya dikurangkan kepada RM2,000.

Guna kereta besar tu, lepas 3 tahun, penjimatan secara kasar sebanyak RM6,000 dapat diperolehi, belum tolak harga semasa kancil tu.

Secara kalkulatif, penjimatan berkenaan telah melebihi harga kereta pertama. Jadi kereta pertama dah dikira sebagai kereta free. kan?

Keypoint kat sini ialah delay your gratification!

selamat!


Friday, August 07, 2015

Tengok bagaimana tips ini sesuai untuk senaraikan list hartanah melalui online

Untuk pembeli rumah lelong, mencari rumah lelong yang tepat adalah sangat penting kerana ia melibatkan kos, masa dan tenaga. Sebenarnya pada setiap bulan, ada saja unit untuk dilelong, banyak pilihan. Kalau refer pada senarai website hartanah, memang agak banyak unit yang akan dilelong pada setiap bulan. Namun kadang-kadang kita boleh jadi rambang mata disebabkan ini. Jadi elok rasanya kalau nak dikongsi sedikit macamana nak senaraikan hartanah yang elok.

1. Lebih beri perhatian pada harga yang 'pelik'. - harga pelik ni maknanya ianya bukan nombor genap. Biasanya disebabkan ianya telah dilelong berkali-kali dan sudah pasti ianya berada jauh dibawah harga pasaran.contoh:

2. Fokus pada gambar unit berkenaan - Biasanya senarai lelong ini akan disertakan bersama gambar. Perhatikan gambar berkenaan, lihat pada persekitaran samaada persekitaran unit berkenaan adalah 'hidup' ataupun tidak. Hidup ni maknanya ada jiran, lihat bangunan berkenaan, parking penuh ke tak, unit lain tu dihuni ke tak? lihat pada langsir, lihat pada ampaian kain baju. Kalau 'hidup', boleh lah untuk konsider unit berkenaan.contoh:

3. aku tak ada idea dah.. :P

Apepun, site visit ialah satu kemestian! jangan beli kalau tak buat site visit! dan make sure ROI lebih dari 10%.

Thursday, April 02, 2015

Cara dan petua merawat resdung paling jimat kos

Just nak share dengan pembaca semua mengenai cara nak rawat resdung paling jimat kos. Aku ni ada masalah resdung, selalu bersin dan sakit kepala. Sebelum ini aku ada ambil pil dari kedai ubat tradisional. Ia berkesan tapi selalunya lepas dua tiga hari, kena makan ubat lagi.

Baru-baru ini aku ada dengar ceramah Ustaz Sharhan, aku ikut petua beliau dan aku dapati ianya agak berkesan. Caranya ialah, bila pergi masjid, ambil air kolah masjid dengan menakungkan air kedua telapak tangan, masukkan hidung kedalam dalam air berkenaan dan sedut lah air berkenaan melalui hidung sedalam yang boleh. Lepas tu keluarkan lah air berkenaan. Ulang dua tiga kali hingga bersih segala kekotoran dalam hidung berkenaan. Memang agak pedih sedikit dalam hidung tapi lama-lama kita akan jadi biasa. Kemudian berdoalah agar resdung berkenaan dipulihkan.

Nah, aku dah cuba dan agak menjadi. Sekarang ni aku dah tak lagi mengambil sebarang pil resdung. Jimat juga dalam rm40 sebulan kalau nak dikira dari segi kos ubat berkenaan. Lagi satu kita dapat mengurangkan risiko mendapat kanser untuk jangka masa panjang kesan dari ubatan yang tidak disahkan oleh pihak kementerian kesihatan.

Sebenarnya, kalau tak sempat pergi masjid, gunakan air paip dirumah atau dimana-mana tandas juga menjadi, tapi tidak sehebat air kolah masjid. Ini sebab air kolah masjid sebenarnya telah dan sentiasa dirawat dengan alunan azan dan susunan molekulnya adalah tidak sama dengan air biasa.

Nah, secara tak langsung dapat kurangkan kos perbelanjaan pesakit resdung. 
Lala-lama duit dah banyak boleh beli mesin duit lagi, kan?.. heheheh.. krik..krik.. yela2, tak lawak pun..

Selamat mencuba!

aaacchooomm!

Sunday, March 22, 2015

Update Pelaburan Bursa Saham Malaysia - Mac 2015.. ape criter nehhh...

Sedikit update mengenai pelaburan sham BSKL yang dah aku lalui. Setakat ini secara keseluruhan masih belum dapat pulangan yang agak memuaskan. Beberapa kaunter sahaja yang telah memberi pulangan yang OK, manakala kaunter yang lain masih berada dalam keadaan merah (maknanya tak untung la ni), secara purata memang merah. Gambar hijau kat bawah ni ialah daily basis, tapi rata-rata masih bawah paras harga beli.
Snapshot 'stock in hand'
So, hingga hari ini, masih menunggu dan mengharapkan ekonomi negara terus berkembang dengan baik. Kejatuhan harga minyak pada sebulan dua ini amat memberi kesan pada harga saham BSKL. Amerika Syarikat ni memang cari penyakit betul, suatu hari nanti kita akan saksikan kejatuhan US ini kepada kerajaan China. Wait & see! heheheh.. tu telahan gopoh aku je lah sebenarnya..


Blog Bersawang

Sekali lagi blog ini bersawang dengan teruknya. Teruk betul Mat Utie neh. Banyak komen yang tak sempat nak di reply.
Mat Utie mohon ampun walaupun sekarang bukan musim raya. heheheh.. krik..krik.. ok2 gurau jek.. Terlalu sibuk dengan tugasan yang dipikul berserta tekanan yang agak tinggi. fuhh..

snapshop dari PD dengan harapan dapat tenangkan fikiran