Thursday, January 24, 2013

Kerja part time cuti sekolah, Kisah dulu-dulu

Nak cerita kisah dulu-dulu. Aku suka sangat kalau time cuti sekolah sebab boleh cari duit poket, buat kerja part time. Entah lah, mungkin sebab aku berasal dari keluarga orang tak berapa senang. Adik-beradik pun ramai. Aku abang paling tua dalam 9 beradik ni. Aku nampak kesusahan mak ayah membesarkan kami. 

Aku start kerja part time seawal cuti sekolah masa tahun 1998, masa tu cuti belajar PMR. Aku masih ingat, kerja proses ayam. Bangun seawal jam 4 pagi, kerja sampai pukul 12 tengah hari. Tapi 8.30am hingga 10.30am boleh rehat sebab tokey pergi pasar, jual ayam yang aku tolong proses tu. Jadi kuli betul-betul. Skop kerja, tangkap ayam, pegang untuk disembelih, rendam air panas, mesin buang bulu, potong buang perut dan last sekali kena cuci kilang proses ayam tu. Setiap hari, rutin yang sama. Sehari kena proses antara 160 ekor hingga 200 ekor lebih. Jumlah pekerja termasuk aku ialah 4 orang sekali dengan tokey. Penat gila, tapi seronok. Cuti sekolah tu full kerja, 40 hari. Gaji pertama aku dapat, RM250 + RM5 (upah cuci van). Seronok tak terkata masa dapat gaji tu.

Lepas tu, tiap kali musim cuti sekolah je, aku mesti tak miss untuk buat kerja part time ni. Sehingga lah cuti semester masa stadi kat UM tahun 2004 pun aku masih kerja part time. Masa tu aku dah naik pangkat, jadi tukang sembelih. Heheh.. sehari aku sembelih ayam tak kurang 200 ekor. Tangan pun sampai jadi cekap (walaupun beberapa kali terkena jari sendiri), gaji pun dah banyak tokey bagi. RM15 sehari. Best.

Paling teruk aku kerja part time ialah masa cuti tahun 2003. Kerja bermula jam 4am sampai selesai jam 12 tengah hari. Lepas tu rehat. Jam 2pm kena masuk kerja kat tempat lain pula, urus barang perniagan runcit. Skop kerja yang ni lak, paketkan barang runcit, angkut barang runcit masuk lori dan kemaskan kilang barang runcit tu. Masa tamat keje lak sampai maghrib. Gaji RM10 sehari. Malam lak, kena masuk urus kerja runcit ni lagi. Masuk pukul 9pm, habis jam 12 malam. Gaji RM10 lagi. So, sehari aku boleh dapat RM35. Tapi badan penat gila nak mampus. Nasib baik aku fikir kerja ni sementara je. Kalau sampai tua, mati tak sampai tua la aku jawabnya. hahahah

Pernah aku kena semput masa buat kerja, tak boleh bernafas. Ada la dalam 30 saat. Aku ingat aku dah nak mati masa tu. Gila. Mana tak semput, kena angkut bawang berguni-guni, kicap botol, sos botol dan lain-lain. Masa tu dapat rasa susah. Nekad dalam hati nak belajar sungguh-sungguh, tak nak kerja guna tulang empat kerat. Kena cari kerja yang gunakan otak. 

Untuk info, tokey runcit tu pernah perlekehkan aku sebab belajar tinggi tapi gaji ciput bila dah grad. Satu tamparan yang bagus menyedarkan aku betapa bisnes boleh buat untung berganda-ganda jika rajin usaha dan pandai urus.









Sunday, January 20, 2013

Umat Islam dituntut mengejar kekayaan

Islam mengajar umatnya untuk mengejar kekayaan di dunia dan kejayaan di akhirat. Kekayaan di dunia adalah penting untuk menegakkan SYIAR ISLAM. Mengejar kekayaan tidak salah selagi menepati hukum hakam.

Antara beberapa maksud hadis Nabi ialah:

"Kafakiran lebih dekat kepada Kekufuran". Nabi tidak menyebut kekayaan lebih dekat pada kekufuran. Maknanya di sini, orang miskin lebih mudah mendapat kekufuran berbanding orang kaya. Maka, berusahalah kita untuk menjadi orang kaya dan bukannya orang miskin. 

"Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima". Maknanya disini, Islam lebih memandang mulia pada orang yang selalu melakukan derma atau amal jariah. Secara logik akal, orang kaya adalah lebih mampu menderma berbanding orang miskin yang biasanya ialah menjadi golongan penerima. Penting untuk umat Islam untuk menjadi kaya supaya dapat terus menyumbang kepada pembangunan agama.

Maka, kejarlah kekayaan di dunia demi pembangunan agama islam.

jadi ustaz lak aku hari ni.. heheheh


Tuesday, January 15, 2013

Bagaimana cara membayar loan hartanah dengan betul supaya cepat habis...

Dalam membeli hartanah, kita tidak lari dari membuat loan. Payah nak beli rumah secara cash dan sebenarnya tak perlu beli cash kerana kita tidak mengaplikasikan konsep leverage dan ianya sangat merugikan. Maka buat lah loan rumah. Loan baik tak apa buat banyak-banyak, bukan kita yang bayar, penyewa yang bayar. Nak bayar loan pun ada caranya yang betul, bukan main bayar saja. 

Untuk mengaplikasikan cara pembayaran ini, pastikan kita mengunakan jenis loan yang mempunyai 'kadar faedah harian'. Lagi cantik kalau loan kita tu kita buat selama yang mungkin. 30 tahun atau 40 tahun. Cara pembayaran yang bagus ialah :

1. Lebihkan sedikit bayaran - contohnya jika monthly commitment ialah RM355, bayar je lah setiap bulan sebanyak rm360. Kadar interest akan turun mendadak kerana nilai pokok loan kita berkenaan juga turun kerana baki RM5 itu akan dimasukkan kedalam kiraan pokok. Jika amalkan, boleh kurang beberapa tahun lebih cepat dari sepatutnya.

2. Bayar separuh dari monthly installment setiap 2 minggu sekali. Sebulan ada 4 minggu. Maka jumlahnya ialah RM400 juga. Sebenarnya tidak, sebab setahun kita ada 52 minggu dan secara automatik akan membuat lebih bayaran selama sebulan pada setiap tahun. Jika dilihat dari segi daily interest tadi, loan rumah kita akan turun secara mendadak dan sangat cepat jika kita amalkan ini.

3. Segerakan membuat bayaran - jika kita dapat gaji awal, bayar dengan kadar yang segera kerana kita boleh kurangakan daily interest tadi. Hari ini kita bayar, besok jumlah interest dah kurang.

4. Kalau dapat bonus atau ada duit lebih, gunakan untuk bayar loan hartanah itu. Setahun bayar sekali untuk bomus itu, tak perlu banyak, tapi lagi banyak lagi bagus.

Motifnya disini ialah cuba sedaya upaya untuk kurangkan nilai pokok loan kita supaya interest juga turut berkurangan dengan cepat. 

Sebenarnya benda ni perlukan kesabaran dan kerajinan sebab aku sendiri pun bukan buat semua benda kat atas ni. heheheh


Friday, January 11, 2013

Bagaimana cara nak pilih kerja yang sesuai untuk kita

Ramai orang tidak menyukai kerja yang dilakukan mereka. Dilema memilih kerja. Termasuklah aku. hahaha.. hari-hari bangun pagi, malas sangat nak bersiap-siap kena turun kerja. Tu maknanya kita memang tidak menyukai kerja seharian kita. Tapi, suka tak suka, nak tak nak, perut perlu di isi. Duit nak kena cari. Maka terjebak lah kita dengan pekerjaan yang memang kita tak minat pun. Bila kes macam ni berlaku, hasil kerja pun biasanya cincai-cincai saja. Kerja pun macam tak ikhlas je. Tu yang payahhh...

Benda macam ni berlaku biasanya sebab kita sendiri tak tahu apa yang kita minat. Main ikut saja. Orang belajar kita pun belajar. Orang score exam, kita pun score jugak. Tapi, endingnya kita tak tahu mana nak tuju. Nak tak nak, buat saja kerja yang kita tak suka tu, asalkan gaji jalan. So, macamana cara nak kenal pasti pekerjaan yang sesuai untuk kita?

Antara satu cara yang aku pernah baca ialah, fikirkan benda ini.. Katakanlah kita akan tiada dia dunia ini dalam masa 30 hari lagi. So, dalam 30 hari tu, apa aktiviti yang kita akan buat? mesti ada yang pilih untuk pergi melancong, ada yang pilih untuk main golf sepuas hati, ada yang pilih untuk memancing sepuas hati dan sebagainya.. heheh.. maka, kerjaya yang berkaitan aktiviti dipilih ini amatlah sesuai untuk kita. Melakukan kerja yang diminati akan memberi impak yang besar dalam kerjaya kita. 

Maka, pilihlah kerjaya yang sesuai denga minat kita. Zaman sekarang ini, banyak jenis kerja boleh buat duit. Tak perlu risau pasal duit sebab benda tu akan datang kemudian. Yang penting, kita seronok dan suka dengan kerja kita tu.

p/s: Sebab itu sampai sekarang aku masih tidak bekerja dan masih belajar. hahahaha.. ayat cover!

Sunday, January 06, 2013

Kusut - Baiki saluran paip unit Putra Perdana

Unit Teratai Putra Perdana yang masih dalam proses bertukar tangan kepada owner baru aku ni dah mula buat hal. Keputusan untuk melepaskan unit ini aku rasa satu tindakan yang agak bijak.. hahaha..

Akhir Disember lepas, penyewa lama tu dah keluar. Aku bagi kebenaran pada owner baru untuk masuk dan duduk situ sementara tunggu lawyer siapkan segala dokumen dengan syarat owner baru kena bayar kat aku separuh sewa sehingga duit disburse. Daripada aku biarkan rumah tu kosong, aku bagi je owner baru duduk, kasi win-win situation. kott....

So, owner baru dah masuk mula awal Januari 2013. Minggu lepas owner call aku, komplen 'sinki tersumbat'.   Nak tak nak, aku turun lah bawa segala kelengkapan termasuk asid, pelocok besar dan sebagainya. 

Separuh hari aku bekerja untuk setelkan masalah tu namun tak berhasil. Frust betul. Mula-mula aku tukar gooseneck baru dan tuang asid dalam sinki. Lepas tu aku pam, bila air dari dalam saluran keluar ke sinki,  asid tadi bertindakbalas hingga mengeluarkan asap, buih dan sebagainya. Aku panik, tapi muka buat rilek je, Nak cover konon pandai buat. hahaha.. last2, sinki aluminium tu tembus sebab reaction tadi. adoii.. dah tak boleh nak pam lagi.

Aku gi kedai hardware tukar sinki baru. Rabak rm60, sinki basic aluminium. Kemudian dekat setengah jam aku pam sinki tersumbat tu, tapi tak mahu jugak.

Last-last aku give-up. Call plumber. Plumber datang petang tadi, tapi masih tidak dapat menyelesaikan masalah berkenaan. Besok plumber tu nak datang lagi, kali ni "nak buat saluran baru" katanya. Total kos setakat ni aku kena RM450. wow.. boleh tahan. 

Aku dapat plumber Indonesia, diorang buat part time kat sini. Aku call dua nombor sekitar kawasan rumah berkenaan, dua-dua indonesia. Rajin diorang cari makan. Baguslah. Aku kalau boleh nak cari orang tempatan, tapi dah tak ada nak buat macam mana. Asalkan setel, aku OK ja.

Nasib baik aku belum return duit deposit penyewa lama, boleh guna buat cover kos ni. Dulu aku bagi dia rumah yang tak ada masalah sinki, sekarang dia return kat aku rumah yang ada masalah sinki. So, kena kira balik jumlah deposit yang aku perlu return tu.

Lagi satu, unit kat Putra Perdana ni rupanya memang ada maslah air yang agak teruk. Kerap tiada air. Kesian jugak pada penyewa aku dulu tu. Dia pernah komplen kat aku, tapi nak buat macamana, luar kuasa aku tu. Let go saja unit yang sebegini, aku pun tak nak pening-pening. Untung kecik pun tak apa lah.

Owner baru lak, nampak redho je. Harga pun dia dpat murah. Kena sabar lah sikit, mungkin suatu hari selesai lah masalah air ni. Talam oh Talam.


Cara guna Internet pakej Celcom SKMM

posting ini di buat sebab aku lupa sokmo cara nak urus celcom SKMM aku ni.

Cara nak top up - aku suka guna cimbclicks ataupun maybank2u sebab mudah tak perlu pergi kedai. Top up RM30untuk activate simkad selama sebulan

Cara nak semak baki - cucuk broadband kat PC, open software Celcom tu, jangan connect internet, taip bal dan hantar ke 2888

Cara nak reload kuota internet - taip 1month dan hantar ke 28882, tunggu sms dari Celcom dan  bila dah terima SMS tu, taip broadband yes dan hantar ke 28882, rm 25 akan di caj untuk 1gig kuota selama 1 bulan. Then baru connect internet, kalau connect awal-awal sebelum subscribe internet, bil akan di caj pada baki kredit kita dan kadar caj adalah amat tinggi!!

Cara nak semak broadband status - taip broadband status dan hantar ke 28882




Friday, January 04, 2013

Bagaimana cara nak kumpul duit

Sering kali kita terfikir macam mana cara nak kumpul duit. Kadang-kadang kita terlepas pandang yang sebenarnya kita bukan tak ada duit. Duit kita banyak tapi tahu kat mana.. hahaha.. berikut beberapa tips yang aku petik dari pembacaan aku yang sedikit sebanyak aku dah praktik..

1. Senaraikan seberapa banyak barang yang tidak lagi kita gunakan. Jual saja. Bagi murah pun tak apa. Tukar dalam bentuk duit dan simpan dalam ASB, lagi lama lagi naik harga. Macamana nak jual? letak saja dalam iklan mudah.my. Kalau malas nak hantar, tulis self collect kat rumah kita. senang. Iklan tu free,kita tak dikenakan caj. Senaraikan barang tu contohnya motosikal, perabot, reel dan apa saja yang kita tidak gunakan lagi. Kira macam cairkan aset la. Disamping boleh memberi ruang yang lebih dalam rumah kita tu.

2. Senaraikan siapa saja yang pernah ada hutang dengan kita, lepas tu sms kat dia "bro, maaf aku tak ada duit sekarang ni, terdesak sangat, boleh tolong bayar hutang yang dulu tak?". buat-buat sedih dan betul-betul nak guna duit. Hantar saja SMS tu, mana tahu penghutang tu ada duit banyak sekarang. heheheh

3. Unsubscribe mana-mana subscription yang tak perlu. Entahlah, aku paling tak suka melanggan benda-benda yang semacam vakum menyedut duit dari dalam poket kita.. haha.. contohnya macam langgan suratkhabar ke, astro ke dan apa-apa benda lain yang tak perlu. Terpulang pada pendapat masing-masing lah, tapi bagi aku, benda-benda macam ni semacam tidak perlu. Cukup sekadar memenuhi keperluan dan kemudahan internet yang ada sekarang adalah terlebih cukup untuk kita dapatkan maklumat dan berita terkini. hahaha.. ini ayat orang paling kedekut kat Malaysia. Untuk fakta, aku masih guna prepaid hingga kini, setiap bulan mesti ada baki walupun aku top up rm30 je sebulan. hahaha.. internet lak, aku guna Celcom SKMM je. rm25/sebulan utk 1 gig. hahaha.. cukup untuk layan Fb, update blog, hantar emel dan ecetra. tengok youtube tak boleh, kena guna internet ofis. hahaha

4. Buat keje part time. Kenal pasti apa hobi kita. Cuba fikirkan cara macamana nak buat duit dengan hobi kita tu. Contohnya menjual barang berkaitan hobi kita melalui online bisnes. Belum cuba belum tahu.

5. eh dah tak ada idea dah.. chow! haha