Wednesday, November 28, 2012

Cara-cara simpan duit di Amanah Saham Bumiputera (ASB)


Kepada sesiapa yang ingin menyimpan duit di ASB, hari ini dan besok merupakan hari yang sesuai untuk bulan sebelas (November) ini sebab dividen ASB dikira pada hari bekerja setiap akhir bulan. Hari ini 29 November (Khamis) , Besok 30 November (Jumaat). Sesuai sangat.

Nak simpan duit dalam ASB senang saja, hanya bawa duit ke ke kaunter pejabat pos atau CIMB atau Maybank dan isi borang simpanan ASB. Bank lain aku tak pasti. 

Banyak isu dibahaskan mengenai halal haram ASB ini. Dah lama isu ini dibahaskan. Kepada sesiapa yang tidak dapat menerima aktiviti ini dalam hidup mereka, terpulang. Bagi aku, aku ON dengan ASB, tiada masalah. Beberapa persoalan mengenai hukum ASB ini telah dihurai oleh individu tertentu seperti di bawah:


Mangenai pengiraan dividen ASB, senang saja :

Dividen = (Jumlah baki terakhir setiap bulan) / 12 X  %dividen pada tahun berkenaan

lebih kurang macam ini lah,
Contohnya dividen diumum pada akhir tahun 2011 ialah 8%, dan kita ada seribu (RM1,000) sahaja dalam ASB bermula bulan Jan 2011 hingga disember 2011, maka :

Dividen 2011=(1000+1000+1000+1000+1000+1000+1000+1000+1000+1000+1000+1000)/12 x 8%
                    = 12,000/12 x 8 /100
                    = RM80

Contoh lain, dividen diumum pada akhir tahun 2011 ialah 8%, dan kita simpan seribu (RM1,000) setiap bulan dalam ASB bermula bulan Jan 2011 hingga disember 2011, maka :

Dividen 2012=(1000+2000+3000+4000+5000+6000+7000+8000+9000+10000+11000+12000)/12X8%
                     = 78,000/12 x 8 /100 
                     = RM520
Senang kan?

Kenapa kita perlu simpan di dalam akaun ASB pada setiap akhir bulan dan bukannya awal bulan? jawapannya senang saja, kenapa perlu kita simpan awal bulan sedangkan dividen dikira pada setiap akhir bulan. Maknanya, jika kita simpan pada awal bulan pun dalam ASB, tak ada makna sebab dividen tak jalan. Baik kita simpan duit itu dalam akaun semasa di dalam bank untuk cover interest OD, atau simpan dalam FD untuk jana dividen lain. Akhir bulan, ambil duit tu, masukkan dalam ASB.

Risiko jika lewat-lewatkan simpanan ialah takut-takut sistem ASB tak ONLINE pula dan tak sempat untuk simpan pada bulan berkenaan. Maka, pandai-pandai lah rancang simpanan.

Kejap lagi nak pergi CIMB, simpan duit dalam ASB. yeahhhh....

46 comments:

  1. aiseh.. offline lak hari ini.. cuba besok lak.. kalau offline jugak, melepas dividen kiraan dari bulan 11 ni..

    ReplyDelete
  2. matwan9:36 PM

    Kalau benda syubhah tetap syubhah bro.Adalah lebih baik kita tinggalkan benda yang tak pasti halal dan haram.Segelintir dari kita merasakan duit semakin banyak tapi masih rasa kesempitan tanpa disedari hasil memakan harta yang syubhah..just my 2 cents.Peace yo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peace! terpulang kepada pendirian masing-masing..

      Delete
    2. Anonymous2:59 AM

      ah kau,mcm ni ke org islam,slalu nk condem,tak smuanya yg krajaan tak betul

      Delete
    3. Anonymous10:23 PM

      cek fatwa kebangsaan bro...hukumnya harus...

      Delete
  3. salam

    kalau tak salah, pengiraan dividen ASB adalah berdasarkan baki terendah pada setiap bulan..

    cth:

    1 /12 bulan x baki terendah bulan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      tak pasti pasal ini.. dari apa yang diajar oleh Cikgu Ahmad, dividen dikira pada hari terakhir bekerja setiap bulan..

      Delete
  4. tq. nak share boleh.
    bagi nurul, baik dielakkan asb daripada dok pening shubuhah la.
    nurul suka lagi simpan duit dalam bentuk emas macam dinar dirham ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen yang ada conflict of interest.

      Delete
  5. Kemah saeng kawe.. baru jupo blog mu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tuan inspektor.. sy nk tumpang lalu tuannn...

      Delete
  6. Anonymous2:13 AM

    http://www.asnb.com.my/english/images/Fatwa-keratan.pdf

    ReplyDelete
    Replies
    1. link yang bagus.. tapi ada banyak juga link yang menyatakan hukum ASB ni haram.. maka kenyataan UAI seperti di atas ada benarnya...

      Delete
  7. Anonymous9:59 AM

    nak perbetulkan sikit baki minimum setiap bulan diambil kira bukan hujung bulan dalam pengiraan bonus ...sekian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous10:00 AM

      * pembetulan dalam menentukan dividen

      Delete
    2. Saya dapat maklumat dari banker baru minggu lepas.. dia beritahu ASB akan capture value saham kita pada setiap 1hb setiap bulan. Kesimpulannya, simpan lah duit ASB sebelum masuk bulan baru. Ada banyak pendapat di sini. Terpulang.

      Delete
  8. nak tanya ..saya ada apply loan ASB by CIMB sebesar rm10k dlm masa 60bln,..kalau nak ambik duit ASB tu kena tunggu loan habis bayar ke atau boleh ambik bila2 masa?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tunggu loan habis baru boleh ambil duit tu..

      Delete
  9. Assalamualaikum

    Nak tanya..saya seorang pelajar..
    Berapakah nilai wang utk buka akaun asb ni dan berapakah jumlah bulanan yg perlu di masukkan..mohon pencerahan.

    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. nak buka akaun ASB ni serendah satu ringgit pun boleh kot.. ini akaun pelaburan dan tak perlu komitmen setiap bulan.. just masukkan bila ada duit.. lagi banyak duit masuk lagi banyak hasil dari dividen..

      Delete
    2. Anonymous1:27 PM

      Min amount utk buka ASB = RM10

      Delete
  10. Anonymous9:45 AM

    boleh tranfer terus form cimb click. x yah gi bank. gi 2 3 bulan sekali update buku je

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul.. sekarang ni guna cimbclicks pun dah boleh.. thx!

      Delete
    2. Anonymous8:43 PM

      mcm mane nak transfer daripada cimb clicks tu?

      Delete
  11. Anonymous6:00 AM

    tumpang tanya.. nak keluarkan duit dari Amanah Saham 1 Malaysia boleh tggal berapa baki ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf tak pasti. tapi sepatutnya tak perlu tinggal baki pun tak ada masalah.

      Delete
  12. bro...tumpang tanya...bru nk berkenalan dgn asb..asb nie kite x boleh kluar duit kite dlm masa beberape tahun yang tlh dttpkn..btol x??tpy kita boleh tambah duit kite stiap tahun kn bro dlm satu acc yg same

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Aiezat, ASB Loan memang tak boleh keluarkan duit tu hingga kita habis bayar loan. Kalau simpanan dalam ASB, boleh keluar bila-bila masa waktu pejabat. Nak tambah duit boleh selagi kuota rm200k masih belum penuh bagi setiap akaun.

      Delete
  13. Anonymous5:27 PM

    Baca propektus. Baki pada 1-8hb setiap bulan tidak dikira. Baki terendah adalah dikira berdasarkan kedudukan baki dari9-30/31 hb setiap bulan. Jadi 1-8hb tu boleh keluar masuk tanpa menjejaskan pengiraan baki terendah untuk dividen nanti.

    ReplyDelete
  14. salam nak tanye..klau asb kite buat acc dngn bank cimb...n klow nk trnsfer duit simpanan melalui bank lain boley x..maknenye kite x direct dgn cimb

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ada akaun ASB, maknanya ada buku biru tu, nak transfer duit ke buku tu dari mana-mana tempat pun boleh, macam pejabat pos, maybank, rhb. Dari akaun Maybank dan Rhb pun boleh. Dari bank lain, tak pasti.

      Delete
  15. Salam
    Apa yg saya tahu utk melabur dlm asb ade 2 cara :
    1)buat asb loan
    2)simpan guna duit simpanan
    Kalau saya pilih cara 2 tu..saya keliru sama ada saya kene wajib masukkan duit simpanan ke asb setiap bln ke atau suka hati nak masukkan duit simpanan. Cthnye bulan jan hgga feb pastu mac & jun saya x masukkan duit simpanan boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk cara ke 2 tu, tak ada masalah nak simpan bila-bila masa pun. Tak simpan pun tak apa, dividen akan dikira berdasarkan jumlah duit yang ada dalam akaun ASB tu.

      Delete
  16. Asalam mat utie apa syarat buka asb?ye
    Minimun msuk sebulan brapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..nk tanye,asb mne lg byk diveden nye ye,asb loan atau asb yg biasa tu..sme x dviden dye kira cmne ye??

      Delete
    2. Salam..nk tanye,asb mne lg byk diveden nye ye,asb loan atau asb yg biasa tu..sme x dviden dye kira cmne ye??

      Delete
  17. Asalam mat utie apa syarat buka asb?ye
    Minimun msuk sebulan brapa?

    ReplyDelete
  18. Saya nk tahu jugak syarat2 utk buka asb..

    ReplyDelete
  19. Saya nk tahu jugak syarat2 utk buka asb..

    ReplyDelete
  20. ASB Haram...yg dia pakai wang kertas untuk berurusan Halal pulak dah...pelik2

    ReplyDelete
  21. Anonymous12:25 PM

    ASB dividend is based on lowest amount kept for that month.

    ReplyDelete
  22. salam ,saya nak kepastian. bila mula buka buku akaun asb . ada perlu kena bayar ka ? cth macam bank lain kena bayar sekiranya buka buku baru . Adakah asb juga bgtu ?
    Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  23. sy nak tnya skit, harap2 boleh jawab la ye, asb ni boleh check melalui online ke duit simpanan kita dn kadar dividen? mcm internet banking. sbb sy malas sngt nk keluar p bank. tq

    ReplyDelete