Tuesday, April 23, 2013

Buku kewangan yang bagus di Malaysia

Ramai yang beranggapan pendidikan kewangan adalah semata-mata mengajar kita untuk berjimat cermat. Kena tahan lapar, kena banyak bersabar dan tidak membuat pembelian barang yang tidak perlu dan sebagainya dalam usaha memastikan tahap kewangan kita berada dalam keadaaan yang sihat. Dan hasil dari pandangan kita itu, kita memutuskan untuk tidak membaca buku berkaitan kewangan. Bagi aku, ianya merupakan satu kerugian yang amat.

Aku ada baca banyak buku berkaitan ilmu kewangan dan rata-rata aku dapat simpulkan, banyak maklumat dan point yang dapat di perolehi dari buku hasil tulisan penulis berbangsa cina. Ia biasanya ditulis berdasarkan ilmu yang mereka ada dan ianya amat sesuai untuk di praktik. Aku amat mencadangkan sesiapa yang ingin mencari ilmu mengenai kewangan, cuba dapatkan buku-buku hasil penulisan dari penulis yang berbangsa cina ini. 

Terkini aku dah dapatkan satu buku bertajuk Common Cent hasil tulisan Andrew Chua. Banyak ilmu yang beliau kongsikan dalam buku ini walaupun beliau masih dalam usia yang muda. Dah habis aku baca. Buku ni aku dah hadiahkan kat seorang ofismate, dia nak terjun dalam bidang bisnes katanya. Aku rasa buku ini sesuai untuk dia fikirkan mengenai masa depan beliau dalam bisnes. Siapa yang ingin mendapatkan ilmu kewangan, buku ini aku kategorikan sebagai 4.5star out of 5star.
 Common cents - Andrew Chua
Common cents - Andrew Chua


Wednesday, April 17, 2013

Harga emas jatuh kaw-kaw

Perhh.. harga emas jatuh kaw-kaw.. dua tahun lepas aku ada beli sikit emas. pada masa tu pun harga dah dikira jatuh dan berada di bawah pasaran, kata ejen emas.. kemudian, hingga ke hari ini, harga emas masih tak stabil dan untuk fakta, tiada sebarang keuntungan lagi setakat ini hasil dari pembelian yang aku buat tu.. rugi ada lah.. 

Rugi sebab harga tak naik, rugi sebab harga spread, rugi sebab bila nak jual dah jadi emas terpakai dan etc.

Rata-rata penjual emas kalut dok war-warkan setahun purata 25% keuntungan. Kena tengok, dia dok gebang tu dari tahun bila ke tahun bila. Kenapa bila masuk tahun 2011 dan ke atas, graf emas tidak ditunjukkan dengan jelas. Sebabnya mudah, siapa beli pada tahun 2011 dan ke atas, tak ada untung lagi hingga ke hari ini (April 2013)!

Aku nak menyatakan ke tidakpuasan hati aku pada sesetengah penjual emas ini. Bila harga naik, mereka akan kata, harga emas naik dan bersorak mengatakan pembeli dah untung. Bila harga emas jatuh, mereka juga akan bersorak mengatakan harga emas tengah turun dan sekarang ialah masa terbaik untuk membeli emas! ini semua hipokrit dan satu kepura-puraan yang tak baik. 

Bila harga tengah jatuh, ada siapa ambil tahu perasaan pembeli yang dalam kerugian ini? Bayangkan pembeli emas yang dua tiga menjak ini yang telah membuat loan peribadi untuk membeli emas dalam jumlah yang banyak. Nak bayar hutang personal loan lagi, nak bayar caj simpanan emas tu lagi. Nak simpan kat rumah, bahaya pulak. 

Pulak tu, ada yang cagar kat Ar- Rahnu dan duit hasil cagaran digunakan untuk beli emas yang lain. Bagi aku, mengarut belaka tu.

Ada sesetengah penjual emas mengatakan beli emas ini ialah saranan Agama Islam. Aku nak advise pada sesetengah penjual emas ini, tolong jangan gunakan agama untuk mendapatkan keuntungan peribadi. Apa yang yang islam sarankan ialah penggunaan mata wang emas dan dinar dalam urusan jual beli harian dan bukannya beli emas untuk melabur!

Dah, buat masa sekarang ini, aku dah serik dan tak suka dengan cakap-cakap penjual emas yang bermuka-muka ini.

Chart emas pada 18/4/2013 link

Hati-hati lah dalam pelaburan yang semacam ini. En. Buffet tidak akan sama sekali membeli emas dalam pelaburan beliau.

Monday, April 15, 2013

Agensi Kewangan dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Teringin nak pergi ke AKPK. Nak semak tahap kesihatan kewangan. Tapi masih tak berkesempatan. Tak kan nak tunggu sakit baru nak pergi kot.

Apa yang aku tahu pasal AKPK ialah, AKPK boleh bantu kita berurusan dengan pihak pemberi pinjaman untuk memudahkan kita membuat bayaran bagi memulihkan kesihatan kewangan. Biasanya kredit kad lah. Bila dah lemas dan tak mampu nak bayar, AKPK boleh menjadi orang tengah dalam menasihati dan berurusan dengan pihak bank supaya kita dapat membayar balik dengan baik. Itu salah satu servis yang diberikan mereka. Yang penting ianya percuma.

Dalam mengumpul harta, kita tak berkecuali dari meminjam. Siapa kata meminjam tak bagus? Meminjam ialah cara cepat untuk kita mengumpul harta dalam jangkamasa yang pendek dengan syarat kita tahu urus hutang dan mampu membayar dengan baik terutama bila kita menggunakan teknik bayaran menggunakan duit oral lain (DOL). Disini, AKPK memainkan peranan yang penting dalam menasihati kita cara yang terbaik menguruskan hutang. Lagipun, pemberi nasihat dari AKPK ni aku percaya mereka di lantik dari kalangan orang yang berpengetahuan dalam bidang ini.

Lagi, AKPK boleh menasihatkan kita cara terbaik untuk terus kekal sihat dalam isu kewangan lah kot. Itu yang aku dengar orang cerita la, nak hurai lebih pun tak reti sebab masih belum ke sini. hehehe 

AKPK

cawangan AKPK

Thursday, April 04, 2013

Aku Loss Lagi

Dua tiga bulan ni aku banyak loss. loss yang malang. Kena tipu etc. haisshh.. moga ada hikmah yang baik untuk aku di masa hadapan.

Elok juga aku berkongsi kes aku kena tipu ni. Agak bodoh dan memalukan jugak la kena kes yang macam ni. Tapi untuk pengajaran, lagi Mat Utie tebalkan muka. hahaha...

Baru-baru ni aku nak tukar handphone, dah lama sangat aku guna nokia cabuk tu je. Ada bajet labih sikit baru ni, konon nak gunakan Samsung Note II. Berkenan jugak tengok kawan guna. Lepas riki-riki dan tanya banyak kawan, aku decide nak beli lah. Bajet RM2,300++ . 

Tiba hari aku nak gi beli tu, teringat ada kawan aku sorang ni, kawan dia ada bisnes jual handphone. Saja aku call tanya. Kalau dia ada stok, aku beli dengan dia je lah. Lagi pun penjual tu Melayu, perempuan lak tu, takkan dia nak tipu. Bila kawan aku check, dia kata ada stock, harga pun murah. RM1,550 sahaja. Warranty setahun. Made in Korea.

So, aku decide nak tengok dulu barangnya. Seller ni call cakap aku kena bank in dulu duit supaya dia boleh bawa keluar dari kilang. Tapi aku tak nak bayar selagi aku tak tengok barang. Tapi penjual tu dah psiko aku, dia gunakan duit dia untuk beli unit tu dulu untuk aku, katanya. 

Bila dah jumpa aku, dia tunjukkan aku barangnya, aku test dan check everything. Handphone tu ok tapi dalam hati aku dah ada rasa yang tak selesa. Tak apa memandangkan dah lewat petang, maka aku bayar jugak dan handphone tersebut bertukar tangan.

Besoknya aku bawa phone tu jumpa kawan aku dan bila kami check, handphone tu tak original dan made in China walaupun labelnya besar tertulis Made in Korea. Harga market bila aku check, barang semacam ini harganya tak lebih RM800 je.

Aku kemudian return balik handphone tu dan nak duit aku balik ataupun dia tukarkan dengan hanphone original dengan bayaran tambahan yang aku memang tak kisah mahal sikit asalkan original.

Dua bulan dah berlalu dan aku masih tidak dapat bayaran atau gantirugi sesen pun dari seller tersebut. Macam-macam alasan dia berikan. Aku rasa nak buat report polis saja. 

Last-last aku beli handphone kecik je guna bajet peruntukan diskaun dari Kerajaan Malaysia. Dapat dua ratus ringgit kurang dari harga asal. Terubat juga hati.

Kes macam ni aku anggap sebagai kos latihan untuk mematangkan diri dalam dunia yang penuh perangkap ni walaupun kadang-kadang hati ini memang sakit jika memikirkan mengenai perkara ni. Geram memikirkan kebodohan diri. Apa nak buat, hidup mesti terus.