Thursday, September 27, 2012

Memancing di Perairan Sabak, di Kelantan


Test market - Boleh cari iklan ini kat mudah.my
Setakat ini alhamdulillah dah ada orang booking dan mendapat sambutan jugak lah.

Price : RM 60
Type:Tour and Holiday Packages


Kami menawarkan pakej memancing khas TRIP KERISI Anda boleh merasai pengalaman nelayan di perairan Kelantan
Lokasi sekitar 5 Batu dari pesisir Pantai Sabak, keluar ke laut melalui muara berdekatan Sekolah Kebangsaan Sabak, Pengkalan Chepa. Perjalanan boat mengambil masa dalam 30-40 minit.
Trip ini khas untuk memancing ikan kerisi disamping memancing ikan besar yang lain.
(Boleh singgah untuk memancing di Tukun Kapal dan beberapa lokasi yang baik)
Boat/Bot Fiber 19kaki, Enjin 30 kuasa kuda, sesuai untuk digunakan maksimum empat orang termasuk tekong
Disertakan khidmat tekong berpengalaman
Jaket keselamatan (Life Jacket) disediakan
Minyak boat dan umpan sotong potong disediakan.
Tempat bertolak : Pengkalan nelayan bersebelahan Sekolah Kebangsaan Sabak
Waktu bertolak : ~10am Waktu Pulang: ~ 3pm
Pakej untuk satu orang : RM60 seorang
Pakej untuk dua orang : RM35 seorang
Pakej untuk tiga orang : RM30 seorang
Telefon untuk tempahan(Syahril – 014-5082406)
Booking serendah RM20

*Cuti – Jumaat

Monday, September 24, 2012

Hari Membayar Sedunia

Wah..semalam aku berhabisan.. dekat RM40k aku habis.. menjelaskan segala hutang piutang untuk apartment Kepong.. Bayar tunggakan maintenance, tunggakan cukai pintu, urusan tukar nama, lawyer fees dan yang paling banyak baki harga rumah. 

Ya, aku rasa aku berhabisan keluarkan duit, tapi tak tahu kenapa aku rasa seronok. Namun ada juga sedikit perasaan takut dan terkilan. Yelah, bagi aku banyak jumlah tu dan bukan senang untuk mengumpul duit. Aku mengambil masa yang agak lama untuk kumpul dengan gaji yang ciput ni.

Di sini aku cuba memanfaatkan sepenuhnya fasiliti Over Draft. Keluarkan seminimum mungkin duit dari ASB (sebab limit OD aku kecik), tumpang dalam akaun OD, keluarkan cek untuk semua urusan tu. Tarikh pun aku ingat dah gunakan sepaling panjang yang mungkin. Dan yang aku terkilan ialah kegagalan untuk mendapatkan penyewa dalam masa yang singkat kerana seperti yang dijangka, meter api masih belum dipasang. Aku dah hangin dan sedikit kasar bila berurusan dengan kontraktor yang tak berapa nak laju buat kerja ni. Sengal betul. 

InsyaAllah hujung minggu ini ialah masa untuk mencuci rumah dan mendapatkan penyewa yang baru bermula Oktober 2012. 

Friday, September 21, 2012

Pilih Pencen atau KWSP??

Baru-baru ini aku di ajukan soalan ini. Nak pilih pencen atau KWSP??. Kes aku masih tak boleh nak pilih yang mana satu memandangkan aku masih tidak berjawatan apa-apa melainkan pelajar ijazah lanjutan sepenuh masa.

Kalau tanya aku pada masa ini aku akan memilih KWSP. 
Kenapa?
KWSP- Besok-besok bila dah tamat perkhidmatan, akan dapat duit sekelepuk. Plannya ialah beli beberapa unit apartment. Bayar cash. Kutip sewa setiap bulan. Maknanya akan ada income setiap bulan. Kalau pandai pilih apartment, mungkin income akan melebihi nilai pencen pada masa itu (tak boleh jamin). Pada masa yang sama, nilai hartanah yang dibeli akan meningkat sama dengan peningkatan umur kita. Sewa juga meningkat. Sekiranya meninggal, hartanah akan diwariskan kepada isteri. Kemudian sekiranya isteri meninggal, hartanah tersebut akan diwariskan kepada anak-anak. Sekiranya anak-anak meninggal, hartanah tersebut akan terus diwariskan kepada darah daging kita a.k.a cucu, cicit bla..bla..bla..Pada masa yang sama, sepanjang kita bekerja, KWSP memberi pulangan dividen yang agak boleh than pada setiap tahun.

Tapi awas, ianya berisiko. Risiko untuk ditipu semasa pembelian hartanah. Risiko pembelian hartanah yang gagal. Ya, pelaburan amat berisiko. Hanya pengalaman dan pengetahuan yang boleh mengurangkan risiko berkenaan. Teruskan menambah ilmu pengetahuan dalam mengurangkan risiko. InsyaAllah semuanya berjalan lancar. 

Ini hanya sekadar pendapat. Sesiapa pun boleh tidak bersetuju dengan pendapat ini. 

Tuesday, September 18, 2012

Penyewa baru Saujana Putra

Penyewa baru dah konfirm untuk masuk kat pangsapuri Impian Saujana Putra ni. Aku bagi duduk free bulan pertama memandangkan dah separuh bulan. Untuk nak siapkan rumah ni, aku terpaksa tukar tikar getah yang baru. Tukar lampu yang tak nyala dan tombol pintu bilik yang dah hilang. Semuanya aku buat sendiri. Seorang diri. Penat gila. Tapi, bila siap, aku rasa lega yang amat. Sangat-sangat lega. Seronok dah puas hati.

Nak cerita sikit kat sini, masa aku tengah syok buat kerja, ada seorang jiran tegur aku. Bagus betul ada jiran yang perihatin. Aku sembang-sembang dengan dia dalam 10 minit. Rupa-rupanya baru aku tahu penyewa aku yang sebelum ini masih belum berkahwin. Aku ingatkan dah kahwin. Malam hari tu aku ada datang rumah ni dan sepasang penyewa rumah ni rilek je duduk rumah ni macam orang baru kahwin. Bial tanya diorgan cakap baru kahwin dan aku tak syak apa-apa.

Baru aku tahu rupanya diorang lari tu pun disebabkan terkantoi dan ditangkap oleh orang-orang kawasan tu sebab bersekedudukan. Aku pernah dengar cerita ni dari kawan-kawan dan tak sangka kena kat diri aku pulak. Next time kena hati-hati.

gambar hiasan

Tuesday, September 11, 2012

Lagi - Penyewa Lari - Pangsapuri Impian Saujana Putra

Bulan ni aku loss lagi.. penyewa baru aku lari pulak ehhh.. aku mesej dia tak reply, sewa dah tertunggak.. aku agak mamat ni dah keluar nii.. aku malas nak check dan semak, aku terus iklan kat Mudah.my untuk cari penyewa baru. Kali ni aku naikkan sikit harga sewa. Satu hari iklan, malam tadi ada potential tenant datang visit rumah. Aku pun datang sekali visit rumah tu. 

Aku risau penyewa tinggalkan rumah tu dengan keadaan yang bersepah. So, aku datang awal sikit. Bila sampai kat unit aku tu, terus aku check. Sah mamat tu dah lari keluar. Aku pecah masuk dan nasib baik takde la bersepah sangat unit tu.

Aku kemas sikit-sikit, then potential tenant tu sampai. Dia tengok-tengok unit tu then terus booking. Senang kerja aku. Alhamdulillah tak susah sangat nak dapat penyewa. Untuk makluman, dah banyak perubahan berlaku sekitar Bandar Saujana Putra ni. Shop lot dah naik banyak. Harga sewa pun dah naik banyak.

Pengurusan pangsapuri tu pun dah banyak berubah. Bersih, tiada sampah merata-rata. Security pun agak ketat samapaikan aku nak masuk ke area perumahan tu pun kena dapatkan pass pelawat. Aku tengok, tangga yang dah pecah-pecah pun dia dah baiki. Memang aku puas hati.

Harap penyewa baru kali ni OK tak ada buat masalah.

Monday, September 10, 2012