Monday, October 22, 2012

Menceburi Pelaburan Saham

Saham... oh saham.. pandangan aku bila pertama kali dengar mengenai saham ialah bankrupt. Habis semua harta tergadai. Semuanya hancur. Pernah aku lihat didalam rakaman video mengenai pelabur saham yang membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri. Aku jadi takut amat bila bercakap mengenai saham.

Tapi, sekiranya kita pernah bermain game yang dinamakan Cashflow 101 dari encik Robert Kiyosaki, kita tidak akan terlepas dari mendapat offer untuk membeli STOCK atau saham yang menguntungkan. Aku mula terfikir, why not aku stadi mengenai saham pula.

Aku mula mencari dan membeli buku mengenai saham. Aku pernah terbaca artikel yang mengatakan 'jangan berani melabur saham sekiranya anda tidak tahu apa-apa'. Aku tak mahu berjudi dengan nasib sebab aku tahu aku nih memang seorang yang tidak bernasib baik. Tapi kalau bab memancing, nasib aku kira OK sebenarnya. heheheheh..

Antara buku yang aku minati mengenai saham ialah dari penulis Adam Khoo dan Puline Yong. 


Hasil dari kajian aku, saham ni sebenarnya sangat menarik. Ianya sangat berbeza dengan berjudi. Sangat-sangat berbeza. Kerana, saham ini, bila aku kaitkan dengan pasaran hartanah, rupanya ia mempunyai sifat yang sama. Membeli saham pada harga yang rendah ialah sama dengan membeli hartanah pada harga yang rendah. Cuma yang membezakannya ialah pengetahuan kita mengenai harga saham itu ialah rendah atau tinggi dengan nilai sebenar. Macamana nak tahu mengenai harga itu ialah, tidak lain tidak bukan dengan cara mengkaji sepenuhnya mengenai syarikat saham berkenaan.

Mengenai risiko. Risiko boleh dielakkan dengan cara memahami sepenuhnya mengenai saham yang bakal dibeli. Sekiranya kita tidak mengetahui mengenai saham yang ingin dibeli, risikonya amatlah tinggi. Namun, jika kita mengetahui selok belok mengenai saham yang bakal dibeli, kita boleh mengelakkan risiko sehingga seratus peratus. Ini serba sedikit yang aku pelajari hasil dari pembacaan setakat ini. InsyaAllah aku akan menceburi bidang saham ini dalam masa yang terdekat.

Wednesday, October 03, 2012

Kes Stadi Unit kat Putra Perdana


Alhamdulillah lagi aku dah berjaya jual unit aku yang kat Putra Perdana tu. Ini unit aku sendiri pertama yang dijual. Sebelum ini dok jual rumah orang lain jaaa.. kali ini aku pulak jadi owner.

Aku pernah post mengenai unit ni kat sini

Nak cerita detail sikit lah, sekadar nak berkongsi. Untung pun bukan besar sangat tapi boleh lahh..

Unit ini aku beli pada tahun 2009 pada harga RM40k. Aku mark up loan, jadinya loan aku ialah RM 45k.Lepas tolak lawyer fees semua, dapat la ~RM1.5k masuk poket pada masa tu. Installment aku kena bayar dalam RM267/month. Aku bagi sewa tiga ratus sahaja. Alhamdulillah ada orang tolong bayarkan installment tu tak pernah miss sampai sekarang.

Lepas 3 tahun (settle lock period), aku dah naikkan sewa kepada RM320 sahaja (sebab penyewa ni bagus sangat payment dia, tak sampai hati aku nak naikkan sewa, sampai sekarang dia masih tinggal di situ) walaupun dah ada orang nak offer aku untuk dia sewa RM400/month kalau aku halau penyewa aku tu.

Baru-baru ini dah ada pembeli setuju untuk membeli dengan harga RM63k.Dia dah bayar deposit. Baki loan sekarang ada dalam RM41k++. Untung kasar ada lah dalam RM20K. Tolak lawyer fees, maintenance tertunggak, cukai kerajaan dll, aku agak untung bersih ada lah dalam RM12-15k aje (atau mungkin lebih, aku tak pasti sebab lawyer tengah buat kira-kira, tunggu aje lahh). Aku tak expect tinggi lah.. tp boleh lah.. kalau nak kira, ini rumah aku yang paling tak untung. Yelah, masa beli dulu tak tahu banyak lagi pasal property investment ni.


Bagi unit ini, investment dalam masa 3 tahun lebih tanpa menggunakan modal sendiri, dapat ~ RM3k per year, sape nak bagi ye tak...alhamdulillah rezeki.. next, cari rumah lain lakk!

Monday, October 01, 2012

Lagi - Uruskan rumah Kepong..

Alhamdulillah dah siapkan rumah Kepong. Aku cuci rumah dan buat kerja sorang-sorang. Tukar kipas, tukar beberapa tombol pintu dan pasang tikar getah. Penat sangat tapi aku rasa seronok amat.

Masa aku tengah cuci, ada satu penyewa datang tengok dan terus jadi untuk sewa. Dia dah bayar booking. Settle kerja. Alhamdulillah. Selamat..