Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan

Selamat menyambut ramadhan pada semua! semoga dapat memanfaatkan segala masa dibulan mulia ini untuk dunia dan akhirat..

Friday, July 13, 2012

Ulat Berkeliaran di acara Lelongan Hartanah

Aku nak share sikit mengenai Ulat di hartanah lelong. Takrifan ulat ni ialah kepada individu-individu tertentu yang mempunyai kebolehan untuk menyedut duit-duit bakal pembeli hartanah semasa lelongan hartanah dilakukan. Aku tidak terkecuali diganggu oleh ulat-ulat ini semasa lelongan hartanah baru-baru ini.

Al-kisahnya lebih kurang macam ni lah. Masa aku nak register untuk property yang dekat Kepong tu, ada beberapa manusia yang amat tekun dan sabar menunggu di depan kaunter pendaftaran. Langsung tak berganjak, menunggu dan melihat di setiap pendaftaran dari bakal pembeli. 

Setiap kali orang daftar, tiap kali itulah dia akan bertegur sapa. Soalan lazim, 'beli unit mana?'.. apa kita nak jawab? kalau sanggup menipu, pun boleh diamalkan pada masa ini. huhuhu

Aku mencari waktu yang paling sibuk kat kaunter tu untuk mendaftar bagi mengelakkan dari di tegur. Selepas daftar, aku cepat-cepat pergi ke depan dewan (ditempat yang tiada sesiapa pun duduk). Dalam 5 minit aku duduk kat situ, ada seekor ulat datang. Alamak..

"Dik, beli unit mana?".. aku tak tahu kenapa, payah sangat nak menipu.. "Kepong!" aku tak pandang wajah dia pun. Dia berlalu pergi ke belakang. Legaaa...

Dalam dua minit dia datang sekali lagi..
" Dik, nama ko sape?"
" Kenapa?..."
" Unit Kepong ni dah ada orang register laa..., nak setel tak?"
" Tak nak!...."
" Tak nak harga reserve price? nak lawan?...."
" Tak apa saya lawan....."
" Betul tak nak?"
" Tak apa saya lawan...."
" OK "
Dia berlalu pergi....

Lepas tu tak ada orang kacau aku lagi. Bermula episod lelongan.. Sampai turn aku, rupanya memang tak ada orang lain yang register pun unit tu.. mata aku liar cari ulat tadi.. dia tunduk jee buat tak tahu.. tuihhhhh... ada jugak orang cari makan dengan cara menipu macam ni.. bangsa aku sendiri pulak tu..

Bila aku ingat balik, rupanya orang yang sama lah yang cuba menipu aku masa aku beli unit aku yang pertama 4 tahun lepas... demnnn...




Monday, July 02, 2012

Pecah masuk rumah Lelong

Hari Sabtu petang, 30 Jun 2012, aku bergegas ke rumah yang baru dimenangi tu. Naik moto dari sungai Besi ke Kepong sambil manyanyi2 lagu ntah apa-apa (bosan 45minit kat atas moto). Kat dalam bakul motor ada cutter (konon nak potong mangga), pastu ada skru driver dan satu tukul. Aku sampai ke unit berkenaan dalam pukul 3.15p.m.

Paling aku risau kalau ada orang bejiranan datang pukul aku sebab ingatkan aku nih pencuri nak pecah masuk rumah lelong tu. Dah la lagak aku macam mat gian. Aduss. Sampai je ke unit tu, aku keluarkan cutter, nak try potong. Aiyyaa, payah betul. Tak ada kesan pada solex tu. Hampeh..

Tapi disebabkan aku dah datang dari jauh, maka terpaksa usaha jugak bagi buka. Aku ketip sikit-sikit mangga tu guna cutter cenonet aku tu. Tengah syok potong, rupanya dah ramai orang dok perhatikan aku dari tingkat atas. Cepat-cepat aku cover, cakap rumah tu aku dah beli. Surat dari pelelong pun ada ni. Tapi rupanya  yang perhatikan aku tu Mamat indon dan konco-konco. Dia tak kisah apa-apa pun. cheitt.

Lepas setengah jam, aku berjaya buka kunci grill. Yessss.

Aku masuk dalam, perhatikan untuk buat bajet. Nampaknya semua cukup lengkap. Lampu, kipas dan kepala paip everything complete. Alhamdulillah. Tinggal nak sapu keluarkan debu yang tebal tu je. Lupa nak ambil gambar sebab tertinggal handphone masa nak gi pecah rumah tu. Adeii.

Lagi kena masuk meter air dan TNB which is aku bajet mencecah ribuan ringgit jugak. Aku menunggu surat mati setem dari pelelong untuk uruskan meter elektrik dan air buat masa sekarang ni.

Kalau tak ada aral, rumah ni aku akan bayar cash, then refinance. Harapnya semua berjalan lancar.