Friday, November 10, 2017

Senarai Hartanah Lelong Public Bank Bulan November 2017

Sesiapa nak beli hartanah lelong tanpa melalui acara lelongan iaitu first come first serve basis, boleh la lawat link ini - https://www.pbebank.com/pdf/Properties/list_properties_011117.aspx

Ada banyak unit menarik nampaknya, terutamanya yang luar kawasan.

Untuk lebih untung, beli lah melalui ejen sebab nanti ejen boleh claim komisen dari bank, untung-untung boleh pau ejen, dapat makan lunch pun dah kira OK. Lagipun ejen akan uruskan pembelian untuk kita. Boleh cari mana-mana ejen yang berkaitan.

Semoga bermanfaat!

Hartanah ke #9, Taman Equine, Putra Permai, Seri Kembangan

Saja nak berkongsi kes pembelian hartanah kami yang keseterusnya ini, untuk rekod dan tambah pengetahuan.

Dua minggu sudah, pergi buat satu site visit di Seri Kembangan juga. Kali ni guna ejen yang sama juga dengan hartanah kami  #8 yang baru saja dibeli pada bulan lepas. 

Untuk kes unit ini, ianya tingkat paling atas, tapi condition tiptop. View pun cantik, boleh nampak KLCC sayup-sayup. Angin pun kuat kat tingkat atas ni, lagipun kalau nak buka tingkap pun masih privasi, tidak terdedah dilihat dari unit lain. Unit ini berusia lebih 15 tahun namun tuan rumah tak pernah sewakan pada sesiapa. Unit dara la kiranya😅.

Mula-mula tengok saja dah agak berkenan, mungkin sebab ianya dalam keadaan baik. Bila tanya harga offer, dia buka rm135,000 untuk apartment berkeluasan 720sqft ni. Katanya boleh negotiate.
Lepas balik, aku bincang dengan wife nak kena counter offer harga.

Lepas dua hari, kami cuba la offer harga 120k, mana tahu ada rezeki. Tup-tup sekali tu dia setuju harga 120k, senang berkira betul. So, kami cepat-cepat la booking. Ikut kira-kira, plan nak sewakan bilik dengan fully furnish, satu bilik rm300, lagi satu rm250 dan lagi satu bilik rm200. Harapnya boleh dapat harga macam ni nanti. Sekarang ianya dalam proses, harap semua berjalan lancar. Modal nak kena prepare ialah 12k untuk downpayment, lawyer fees sekitar 5-6k dll, loan akan jadi sekitar RM110k termasuk mrta dll, instalment dijangka sekitar rm600/month.

Tunggu lima tahun lagi kawasan ni dijangka akan boom lagi sebabnya MRT dalam pembinaan, lepas siap MRT boleh up lagi harga sewa. Moga semua berjalan lancar. 

Jom semua kita tambah hartanah.

Saturday, October 14, 2017

Refinance ASB Loan, elok ke tak elok?

Baru-baru ni, aku pergi CIMB Bank Bangsar, kemudian ada satu banker(cun gila okey!) tu approach, dia tawarkan ASB loan. Aku macam biasa la, langkah selamat, beritahu dah buat ASB loan full limit. Tapi dia counter balik, katanya ASB loan yang CIMB offer sekarang ni tengah rendah kadar interestnya iaitu 4.8%.

Ok lah fine, aku semak dulu. Bila semak dengan Maybank yang aku pernah buat dulu, kadar dari Maybank yang aku guna sekarang ialah 5.0% iaitu 0.2% lebih tinggi dari yang di offer oleh CIMB ni. Jadi, aku plan nak refinance lah, antara advantagenya ialah 1. boleh kurangkan monthly installment dari monthly RM790/month sekarang ini kepada RM650/month (sebab tarik ke 30 tahun juga). 2. Boleh dapat cash apa yang kita dah commit dengan Maybank ikut pokok yang kita dah bayar. 

0.2% bunyinya sikit saja beza, tapi cuba kira berdasarkan dari lebih RM300k iaitu jumlah yang perlu dibayar balik yang mana dikira pada setiap tahun, berapa tu bezanya dalam bentuk ringgit? 

Walau apa pun, teknik ini ialah salah satu dari teknik janaan duit menggunakan konsep DOL (Duit Orang Lain).

Boleh tahan juga teknik ni, boleh la buat cover apa yang patut. Jadi, langkahnya simple,aku batalkan ASB Loan yang ada di Maybank, mohon ASB loan di CIMB dengan kadar faedah yang baru. Doakan semua berjalan lancar. 

Beli tanah, mana lebih elok dengan beli rumah?

Setelah sekian lama blog ini agak sepi. Dalam tempoh sepi ni, aku sempat beli satu tanah lot di kampung halaman. Pengalaman pembelian tanah ni, ianya tiada memberi pulangan yang terus macam beli rumah. Duit modal keluar agak banyak, ianya lebih banyak bilamana aku terpaksa membuat personal loan bagi mendapatkan modal tambahan. 

Parah juga tu personal loan RM80k, sepuluh tahun, sebulan kena bayar hampir 1k. Dah tak pasal-pasal jadi liabiliti pula. Modal sendiri pula dah keluar, tak kurang RM30k juga. Nak harap kenaikan harga bagi tanah ni memang tak lah, cuma yang aku suka mengenai tanah ni ialah disebabkan ianya merupakan peninggalan arwah moyang dan ianya terletak bersebelahan sungai. Dalam kes ni, ianya ada sentimental value lah, terpaksa berkorban disebabkan alasan ini. 

Kalau modal yang sedemikian tu aku tukar ke bentuk pembelian satu apartment, setiap bulan ada potensi untuk dapat lebihan RM200 dari lebihan sewa yang mana ianya perkara yang biasa didapati oleh pelabur hartanah lain. Disamping tu juga, boleh dapat profit dari kenaikan harga hartanah berkenaan. Diibaratkan ianya double side sword, kiri kanan boleh potong.

Tapi, apa-apa pun, pelaburan tetap pelaburan, yang penting kehendak pelabur itu sendiri. Dalam hal ini, tiada siapa salah siapa yang betul, terpulang mengikut kehendak. Sesiapa nak beli tanah, boleh proceed beli tanah, siapa yang nak beli rumah boleh proceed beli rumah. Yang tak beli apa-apa tu yang masalah sebenarnya. haha

Tuesday, September 19, 2017

Jangan Simpan Duit. Apa maksud ini?

Katanya Robert Kiyosaki, kita jangan simpan duit. Eh,

Sebenarnya maksudnya macam ini, jangan simpan harta dalam bentuk duit. Kerana duit hanyalah kertas yang tiada nilai apa-apa. Kerajaan dimana-mana negara pun sentiasa mencetak wang, inflasi yang berlaku makin mengurangkan nilai duit pada setiap tahun. Wang makin banyak dalam negara.

Namun maksud ini bukanlah bermakna kita kena habiskan duit untuk membeli benda yang tidak perlu. Duit masih perlu dijana dengan sebanyak mungkin melalui kerja kuat dan usaha yang tekun. Apa yang dimaksudkan ialah, kita seharus mungkin menukarkan duit kepunyaan kita dalam bentuk aset.

Kita harus menggunakan kelebihan yang ada untuk mendapatkan aset sebanyak mungkin. Kelebihan termasuklah kelayakan kita itu sendiri untuk membuat hutang baik.

Oleh itu, dapatkan aset sebanyak mungkin bagi menjamin masa depan yang baik.



Sunday, September 17, 2017

Maksimumkan Penggunaan 90% Housing Loan - kes study

Apa maksud maksimumkan pengunaan 90% housing loan ini?
Maksudnya disini ialah, housing loan yang dibenarkan oleh undang-undang di Malaysia ialah 90% untuk hartanah pertama dan kedua sahaja, manakala untuk hartanah ke 3 dan seterusnya, loan yang dibenarkan ialah 70%. 

Disebabkan housing loan ialah satu hutang baik, maka ada baik untuk kita maksimakan kelebihan ini. Maksimakan dalam ertikata gunakan loan ini untuk beli hartanah yang lebih tinggi nilainya. Kelayakan loan ini juga bermakna pemohon adalah hanya layak memegang dua loan 90% sahaja dalam satu-satu masa.

Untuk kes aku, aku hanya pegang 2 loan rumah 90% sejak 4 5 tahun sebelum ini dan tiada housing loan lain lagi. Makanya untuk aku mohon loan yang berikutnya, aku baru saja buat full settlement satu loan (berbaki sekitar RM20k) secara tunai bagi melayakkan aku mohon satu lagi loan 90% untuk pembelian satu hartanah yang bernilai lebih tinggi(rm165k).

Selesai saja full settlement ini, aku akan dapatkan balik semula duitnya melalui pengeluaran kwsp/epf dari akaun dua, dan juga aku akan buat refinance(dapat 70%) dikemudian hari yang mana nilai hartanah ini tidak kurang dari RM100k.

Maknanya sekarang ini aku still pegang 2 loan 90%. Begitu juga untuk hartanah seterusnya yang dalam proses pembelian, aku akan buat sekali lagi full settlement untuk loan 90% yang bernilai kecil (baki masih disekitar rm50k), dan akan memohon loan 90% juga bagi hartanah bernilai sekitar RM200k (unit kembar).
Hartanah yang telah dibuat full settlement tadi akan aku refinance juga bagi mendapatkan balik modal yang mana nilai hartanah ini tidak kurang dari RM150k.

Aku juga akan refinance satu lagi hartanah yang bernilai tidak kurang dari RM100k yang mana satu ketika dulu ianya telah dibeli dengan cara tunai.

Melalui cara ini, dijangka akan dapat tambah 3 hartanah dalam masa terdekat dan akan ada penambahan cash in hand sekitar RM200k. Doakan ianya berjalan lancar.

Thursday, September 07, 2017

Beli Apartment ke seterusnya, Putra Permai Seri Kembangan

Baru sahaja selesai booking satu apartment di Taman Putra Permai, Seri Kembangan. Kenapa aku pilih aprtment kawasan ini :

1. MRT laluan sungai Buloh - Putrajaya dalam pembikinan dan dijangka siap pada tahun 2021 (rujuk link)
2. Apartment ini bersebelahan Mc Donalds (rujuk link)
3. ROI melebihi 10%





Tuesday, August 29, 2017

Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya MRT line

MRT baru sedang dalam pembikinan. Banyak yang telah kita belajar melalui peningkatan harga hartanah bila MRT telah siap.

Maklumat MRT yang dalam pembikinan ini boleh didapati di wikipedia pun. Jajaran dari Kwasa Damansara hingga Putrajaya.

Dianggarkan ianya akan beroperasi pada tahun 2022. Lagi 5 tahun dari sekarang. Jadi sekarang ialah masa yang baik untuk mencari hartanah disekitar stesen MRT ini.

https://en.wikipedia.org/wiki/Sungai_Buloh%E2%80%93Serdang%E2%80%93Putrajaya_MRT_line

Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya MRT line

The MRT Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya line will be the twelfth rail transit line, the fourth fully automated and driverless rail system in Klang Valley area. It is a part of the larger rail transport system in Kuala Lumpur known as Greater KL/Klang Valley Integrated Transit System. The line is numbered 12 and coloured gold on transit map.
It is one of three planned rail lines under Klang Valley Mass Rapid Transit Project by MRT Corp. The Phase 1 between Kwasa Damansara and Kampung Batu expected to be operational by July 2021. The remaining line is expected to be operational in 2022.
The approved rail alignment is 52.2km in length, of which 13.5km is underground. A total of 37 stations, 11 of them underground, will be built. The line will stretch from Sungai Buloh to Putrajaya and will include densely populated areas Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan ShahJalan Tun RazakKLCCTun Razak Exchange, Kuchai Lama, Seri Kembangan and Cyberjaya. It is expected to have a ridership of 533,000 passengers per day once completed.




Thursday, June 15, 2017

Nak beli rumah Lelong, 'first come first serve' tanpa masuk lelong? ni senarai rumah yang ada


Aku pun baru tahu ada cara ini untuk beli rumah lelong, tak perlu hadir ke acara lelongan, hubungi sahaja jurujual mereka sekiranya berkenan.

Untuk senarai hartanah berkenaan yang terkini dari Public Bank, ini link nya.

Moga kalian jumpa permata di celahan kaca.

Lagi bijak jika boleh masuk melalui ejen, kawtim komisen nya, ejen ambil separuh, u ambil separuh.

Yang menariknya, maintenance dan bil lain ditanggung oleh pihak bank, sila double check benda ni.

Cara simple tips untuk nak berjaya

Ada suatu simple tips untuk nak berjaya:

1. Jangan MALAS
2. Jangan buat MASALAH

Untuk aku hadam :P


Tuesday, June 13, 2017

Impian aku anak nelayan

Aku anak nelayan, 

Aku bercita-cita, untuk punyai sebuah penempatan, 

Di pinggir sungai suasana yang aman.

Bot pulang membawa hasil tangkapan, 

Terus ke pengkalan,

Pelbagai jenis ikan, 

ketam dan udang,

Doakan ianya jadi kenyataan.