Monday, August 19, 2013

Kenalpasti apa itu aset dan liabiliti

Aset dan liabiliti ni mudah saja nak dikenalpasti. Aset ialah benda kepunyaan yang memberikan duit masuk ke poket kita. Contoh paling mudah ialah rumah sewa yang memberikan keuntungan kepada kita pada setiap bulan. Contoh lain ialah pemilikan saham di akaun yang mendatangkan keuntungan contohnya Bank Rakyat, ASB, ASN, Tabung Haji, dan sebagainya. 

Liabiliti ialah benda kepunyaan yang mengeluarkan duit dari poket kita. Contoh paling mudah ialah pemilikan kereta sendiri yang memerlukan komitmen kita dari segi installment, maintenance dan sebagainya. Contoh lain liabiliti ialah langganan utiliti harian seperti Astro, internet, suratkhabar, pembelian perabot secara insurans dan banyak lagi yang boleh mengeringkan poket kita. Ya, sesetengah liabiliti ini merupakan keperluan dan kita tiada pilihan melainkan terpaksa mengambilnya juga. Maka, pemilihan liabiliti yang sesuai dengan kemampuan kita merupakan suatu keputusan yang penting dalam menjalani kehidupan seharian.

Sebenarnya bagi aku, aset dan liabiliti ini agak subjektif. Bergantung kepada cara penggunaan individu. Contohnya seperti perkara berikut:

Kereta boleh dikategorikan sebagai aset sekiranya kita membuat bisnes kereta sewa yang boleh mendatangkan keuntungan pada setiap bulan. Tapi berapa kerat dikalangan kita yang sanggup menyewakan kereta sendiri kepada orang lain?

Pemilikan rumah untuk duduk sendiri merupakan liabiliti. Tapi sekiranya kita masih bujang dan sanggup menyewakan bilik lebihan kepada penyewa lain, ia boleh menjadi aset.

Rumah sewa juga boleh menjadi liabiliti sekiranya kita perlu top up duit sendiri pada setiap bulan untuk bayar kat bank disebabkan kadar sewa yang rendah dan instalment bank yang tinggi. Biasanya rumah landed berlaku kes yang semacam ini.

Emas bagi aku bukan merupakan aset kerana ia melibatkan proses jual beli dan tidak berlaku secara kerap. Bagi aku, emas merupakan perniagaan jual beli. Beli pada harga rendah, jual pada harga lebih tinggi. Tiada beza dengan produk lain.

Sewa rumah merupakan liabiliti, tapi sekiranya kita pandai, kita sewakan pula kepada orang lain dengan kadar yang lebih tinggi diatas persetujuan pemilik, ianya akan menjadi aset.

Penting untuk kita mengenali aset dan liabiliti kerana ia memudahkan kita untuk proses ke arah kebebasan kewangan.


6 comments:

  1. apa yang penting, make sure aset melebihi liabiliti

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq bro for the comment!

      Delete
  2. Pataya10:11 PM

    senang faham.. terima kasih..

    ReplyDelete
  3. salam. en utie bole tolong ajar fomular cara kira jumlah bulanan untuk bayar pinjaman. contoh pinjaman peribadi RM65000 faedah 4.9%

    ReplyDelete
  4. salam. en utie bole tolong ajar fomular cara kira jumlah bulanan untuk bayar pinjaman. contoh pinjaman peribadi RM65000 faedah 4.9%

    ReplyDelete