Wednesday, August 21, 2013

Mempraktikkan konsep laverage dalam pelaburan hartanah

Setakat pemahaman aku, laverage ni maksudnya lebih kurang macam ni lah. Kita yang kecil niduduk atas seekor gajah yang besar. Kita akan kelihatan gagah dan besar dan orang akan gerun akan kita. 

Dalam pelaburan hartanah, kita menggunakan modal sebanyak 10% dari harga rumah dan selainnya ialah pinjaman dari pihak bank. Kita digalakkan untuk mempraktikkan konsep laverage ini dalam pelaburan hartanah kerana kita akan mampu untuk membeli banyak hartanah. Bilangan hartanah yang banyak dan berkualiti dari segi ROI akan menguntungkan kita.

Pembelian rumah secara tunai akan merugikan kita kerana kita telah menyekat kemampuan kita untuk membeli rumah dalam bilangan yang lebih banyak. Tidak perlu risaukan jumlah hutang yang banyak dengan pihak bank kerana hutang untuk rumah yang memberikan return yang baik merupakan satu hutang yang baik.

Contoh yang mudah, jika mempunyai RM100k tunai. Sekiranya kita membeli apartment secara tunai yang berharga sekitar RM90k, kita hanya mampu membeli satu unit apartment dengan sewa sekitar RM800 sebulan. Tapi jika kita menggunakan konsep laverage, kita mampu untuk membeli apartment yang berharga ~RM90k sebanyak sekitar 5 unit (konsider loan rumah ke 3 sebanyak 70%).  Bayangkan positif cashflow bagi setiap unit ialah ~RM200/month, maka kita akan mendapat ~RM1000 bersih setiap bulan. Bayangkan kenaikan harga pasaran berlaku pada setiap unit yang dibeli. Bayangkan juga kita berjaya membeli kesemua unit ini melebihi 20% murah dari harga pasaran (kes biasa). Bayangkan juga loan kesemua unit ini habis diselesaikan dengan menggunakan duit penyewa sepanjang kita pegang unit berkenaan dan selepas 30 tahun, kita tiada lagi menganggung beban installment dengan bank. Untuk kiraan sewa bersih selepas 30 tahun, katalah ada sedikit kenaikan sewa iaitu RM1000/unit, maka jumlah bersih yang akan diperolehi ialah sekitar RM5000 sebulan. Berbanding dengan cara pembelian tunai seunit rumah tadi, kita masih mengutip sewa sekitar RM1000 sebulan walaupun selepas 30 tahun.

Hebat jugak konsep laverage ni ya.

2 comments:

  1. Banyaknya nak kena bayangkan. =).

    ReplyDelete
  2. aiseh..hahah..kadang-kadang dah ter'over' menulis ni, tak sedar benda-benda mcm ni.. tq for the comment!

    ReplyDelete