Monday, August 26, 2013

Cara membeli hartanah yang sesuai untuk orang muda dalam menjalani kehidupan diMalaysia

Berikut ialah sedikit pendapat aku mengenai cara pembelian hartanah di Malaysia. Ramai dikalangan kita yang kurang ilmu mengenai pembelian hartanah. Bila bercakap mengenai pembelian hartanah, terutamanya di sekitar Lembah Klang, terlintas difikiran mereka harga setiap hartanah mesti melebihi ratusan ribu ringgit. Terlintas di fikiran mereka untuk memiliki rumah landed yang sudah pasti harganya amat tinggi.

Pada aku, di peringkat awal kita mula bekerja, seeloknya kita mula membuat pembelian hartanah yang kecil dahulu seperti apartment dan sebagainya. Elakkan dari menyewa kerana bila kita menyewa, duit kita hangus, kita tidak mendapat sebarang hasil melainkan duduk di kediaman berkenaan semata-mata. Berbanding duduk di rumah sendiri, sepaling kurang kita akan mengurangkan jumlah hutang dengan pihak bank dan juga kita dapat tinggal disitu. Pada aku, rumah kecil pun tak apa asalkan rumah sendiri. Kita bebas untuk membuat apa sahaja di rumah sendiri bermula dari sekecil-kecil renovation sehingga major renovation. Duit kita tidak mengalir keluar, at the end, kita juga yang untung.

Jadi, pada masa muda, mulakan dengan pengurusan duit yang bagus. Bila dah cukup modal untuk membeli rumah, cepat-cepat lah beli. Apartment kecil pun tak apa. Pembelian unit yang kecil di peringkat awal dapat memberikan kita gambaran mengenai cara pembelian tanah yang betul. Kita akan belajar mengenai prosedur pembelian hartanah disamping dapat mengurangkan risiko sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul. Kemudian, urus lagi kewangan dengan baik, cari rezeki yang lebih. Kerja kuat  dan sasarkan untuk membuat pembelian hartanah yang seterusnya. Pembelian kali ini ialah untuk mendapatkan pasif income. Kecil juga pun tak apa. Ulang perkara ini sehingga kita berjaya mengumpul hartanah yang memberikan keuntungan dengan sebanyak mungkin. Sasarkan pembelian rumah impian adalah hasil dari pelaburan rumah-rumah yang kecil tadi. 

Bersusah-susah dahulu adalah perkara yang bagus. Peringkat awal berumahtangga, tinggal saja di apartment memandangkan kos  untuk tinggal di apartment adalah lebih kecil berbanding tinggal di rumah landed terutamanya di sekitar bandar. Anggap itu sebagai satu pengorbanan. Kemudian, bila tiba masa yang sesuai untuk membesarkan anak-anak, boleh mula mencari unit landed. Pada masa itu, kita dah berkemungkinan besar mampu untuk membeli unit yang sebegitu.

Tidak perlu kita berkejar-kejar untuk membeli hartanah yang berharga ratusan ribu ringgit di peringkat awal permulaan kerjaya kerana ia boleh menyekat kemampuan kita untuk memiliki unit yang seterusnya. Kenapa harus kita membeli 1 unit hartanah yang berharga RM350,000 ke atas sedangkan kita mampu untuk membeli 5 unit hartanah sekitar RM70,000 seunit. 



No comments:

Post a Comment