Thursday, July 04, 2013

Melabur di Saham Bank Rakyat

Dua tiga hari lepas aku ada update saham bank rakyat. Untuk makluman, bank rakyat pada tahun lepas mengumumkan dividen sebanyak 18%. Macamana nak ambil duit dividen dari saham bank rakyat ni ialah, bawa je buku bank rakyat ke kaunter bank rakyat dan minta je pegawai bank tu update kan buku simpanan kita. Dividen berkenaan akan auto debit ke akaun kita. Aku difahamkan oleh seorang kawan di bank rayat ni, jangan biarkan kita tak update buku kita untuk tempoh masa yang lama kerana akaun kita boleh menjadi akaun yang tidak aktif dan menyukarkan urusan di masa hadapan.


Apa yang aku nak tekankan kat sini ialah, dividen sebanyak 20% merupakan dividen yang agak besar dan susah untuk didapati di mana-mana pelaburan yang biasa. Mungkin ramai yang kata ianya hanya RM100++ setahun, sikit saja. Bukan nilai sedikit itu yang penting, tapi nilai % janaan duit (ROI )dari pelaburan yang dibuat tu lebih penting sebenarnya. Kalau tak, masakan supervisor aku yang gaji berpuluh ribu pun berkejar-kejar untuk invest dalam saham bank rakyat yang hanya bernilai RM500 ni. 


Kalau nak dibandingkan dengan pelaburan di ASB, untuk mendapatkan jumlah RM100 dividen dalam masa setahun, kita kena laburkan duit sebanyak RM1000++ kerana kadar dividen ASB hanyalah sekitar 8% berbanding bank rayat yang setiap tahun memberi dividen sekitar 15% pada setiap tahun. Hampir dua kali ganda bezanya dengan ASB. Kesimpulannya, jangan lepaskan peluang untuk melabur di saham bank rayat ni.

14 comments:

  1. assalam..kalau saya nak invest dlm BR..apa step2 nya? n bila2 pun boleh ke? akaun saving BR pn blom ada lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. boleh kek kaunter bank rakyat untuk buka akun etc. Tapi kalau tak silap sekarang ini kalau nak beli saham bank rakyat tak boleh disebabkan kuota dah penuh, tapi boleh memohon untuk membeli saham dgn cara mengisi borang. Kemungkinan kita berpeluang untuk membeli saham tersebut bila permohonan kita diluluskan. - setakat yang saya tahu lah

      Delete
  2. salam, you kena buka akaun BR dulu, selepas itu baru boleh apply saham BR tu.Saya dah hampir 10th melabur dalam BR ni,memanglah berbaloi.Rasa rugi kerna tak masuk banyak dulu masa kuota banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tolong jawabkan..

      Delete
  3. saya pun berminat nak beli saham BR ni...akaun BR mmg ade. Boleh mohon lagi ke untuk beli saham BR ni?

    ReplyDelete
  4. Salam Hormat Tuan

    Hari ni saya nak beritahu satu berita penting.
    Sahabat saya seorang Usahawan Internet yang
    tak asing lagi di Malaysia saudara Mohd Najib Asaddok
    ni baru sahaja bekerjasama dengan seorang pakar
    pelaburan saham untuk menerbitkan satu panduan
    khusus tentang saham.

    Tujuannya untuk memahamkan lebih ramai rakyat
    Malaysia khususnya golongan bumiputera teknik
    sebenar menjana kekayaan dengan pelaburan saham.

    Jika anda perhatikan ada beberapa instrumen pelaburan
    yang boleh memberikan pulangan kepada pelabur.
    Contohnya seperti berikut:


    ASB - Sekitar 8% setahun
    Tabung Haji - Sekitar 7-8% Setahun
    Simpanan Tetap - 3.5% Setahun



    Tetapi pelaburan saham dapat memberikan keuntungan
    yang lebih lumayan berbanding instrumen pelaburan lain.
    Saya berikan anda contoh satu saham yang dibeli oleh
    saudara Najib baru-baru ini.

    Beliau telah membeli kaunter syarikat UMW Oil & Gas
    pada harga RM3.00 seunit pada 1 Nov 2013. Minimum
    saham yang boleh dibeli adalah 100 unit. Maka beliau
    perlu mengeluarkan kos pelaburan RM300 sahaja.

    Baru-baru ini pada 19 Dis 2013 saham UMWOG tadi
    telah meningkat kepada RM4.11. Maka nilai saham yang
    dibeli dah menjadi RM411. Keuntungan lebih 37% dalam
    masa hanya 50 hari. Menarikkan!

    Ada lebih 1000 kaunter di Bursa Malaysia yang dijamin
    oleh Suruhanjaya Sekuriti dan diiktiraf oleh Kerajaan
    Malaysia boleh anda labur. Yang penting kena ada ILMU
    dan Mentor yang boleh membimbing anda.

    Sebab tu saudara Najib bersama Mentor beliau baru
    sahaja melancarkan satu panduan DVD yang dinamakan
    Momentum Saham. Menariknya ada di kalangan student
    mereka dah dapat keuntungan di kaunter saham baru-baru
    ini hanya dalam masa 6 hari.

    Dapatkan sekarang untuk harga ‘Early Bird’ yang dah
    diberikan diskaun khas. Selepas habis 50 unit harganya
    akan dinaikkan. Klik link di bawah untuk mendapatkannya
    sekarang juga.


    ———>> http://www.momentumsaham.com/hop.php?ref=azrule10




    Jadilah pelabur bijak!



    Ikhlas,

    Azrul Hafiz Bin Shahdan

    P.S Anda yang dapatkan DVD ni akan dimasukkan ke dalam
    sati group khas untuk mendapatkan bimbingan terus dari
    Mentor Saham.


    ReplyDelete
  5. Anonymous8:25 PM

    Salam. Saya nk tanya, kalau kita nk buat saham dkt BR, mmg kena bawak buku nya sekali kea? Sbb buku tu saya lupa letak mana. Huhu

    ReplyDelete
  6. saya mmg berminat nak main saham...tapi xde mentor...sesiapa boleh bantu tunjukkan jalan???

    uhibbusodiki@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Assalam...
    Pengalaman saya tak perlu bawak buku pun...Sebab saya ada akaun i-rakyat so bleh cek online duit masuk ke tak masuk...

    p/s : tahun ni bila nak dapatnya admin kot ada info..??

    ReplyDelete
  8. Anonymous12:51 AM

    sy xde buku langsung masa mohon saham BR.. tp bila check online mmg ada & surat dihantar maklum ttg divident

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum bagaimana nak menyertai

    ReplyDelete
  10. Anonymous3:39 AM

    asalamualaikum,nak tanya sikit semasa buat pelaburan saham bank rakyat .adakah mereka akan ambil RM500 daripada akaun simpanan tetap dan adakah duit (RM500) tu masih menjadi milik saya ?? mohon penjelasan

    ReplyDelete
  11. Slm..mmbervsy ada keja bnk rkyt..mgkn dlm mggu dpn msuk..stnby le

    ReplyDelete
  12. Slm..mmbervsy ada keja bnk rkyt..mgkn dlm mggu dpn msuk..stnby le

    ReplyDelete