Friday, December 28, 2012

Hukum Melabur di ASB, halal ke haram?

Payah nak bahas mengenai hukum halal haram ASB ini. Dari dulu banyak perbualan, persoalan dan perdebatan mengenai hukum melabur di ASB yang nampaknya tiada penghujung (kot..). 


ASB halal ke haram?

Mengikut maklumat dari seorang kawan rapat, ASB di tafsirkan haram kerana ia melabur di Maybank yang mana pelaburan Maybank adalah secara menyeluruh di mana-mana kompeni yang mungkin terlibat dengan perkara shubahah. Kalau benda ini menjadi ukuran, bagaimana dengan nasib pekerja Maybank yang beragama islam seluruh Malaysia?Adakah rezeki mereka di kira tak halal? 

ASB dikatakan harus adalah disebabkan ianya merupakan sumber pendapatan yang agak penting untuk  warga bumiputera islam seluruh Malaysia untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Maka terdapat perbahasan yang agak panas mengenai hal ini yang hingga kini tidak berkesudahan (barangkali...). Memandangkan huraian dari mufti, ulamak, Ustaz dan beberapa individu yang mempunyai ilmu agama turut tidak mempertikaikan dan tidak menghalang kepada sesiapa yang berminat untuk melabur di ASB, maka aku ON saja. 

kesimpulan aku, jika kita tidak dapat menerima aktiviti ini, tak perlu lah terima dan cuba cari alternatif lain. Masih banyak pelaburan lain yang lebih menguntungkan. Tapi tak perlulah menghasut orang lain untuk mengikut apa yang kita buat kerana setiap manusia mempunyai pemikiran yang tersendiri dan mungkin tidak sama dengan apa yang kita fikir.

Akhir kata, 'tepuk dada, tanya sama pokok...'

Monday, December 24, 2012

Nampak iklan rumah lelong > berminat > macam mana nak buat??

 Bosan lepak dirumah di hari Krismas ini, baik aku menulis sedikit informasi.

Nak berkongsi trik yang selalu aku buat untuk stadi hartanah sekitar kawasan kediaman kita..

Kita sering melihat iklan rumah untuk di lelong ditampal di tiang elektrik sekitar rumah kediaman kita. Untuk makluman, iklan tersebut ialah dari third party atau dengan kata lain ialah 'ejen hartanah lelong'. Sekiranya berminat mengenai hartanah tersebut, sila hubungi ejen tersebut dan dapatkan nombor unit berkenaan. Dalam kes ini, kebanyakan ejen akan memberi nombor unit kepada kita, just beritahu mereka nak buat site visit. 

Kemudian buat site visit. Perhatikan unit berkenaan dan buat lah bajet sedikit. Sekiranya betul-betul berkenan, tanyakan En. Google mengenai siapa sebenarnya pelelong unit berkenaan. Sekiranya jumpa pelelong berkenaan, dapatkan prosedur yang sebenar dari pelelong berkenaan dengan menghubungi mereka. Tanya sahaja apa yang tidak jelas. Contoh soalan yang sesuai untuk ditanyakan ialah:
1. Unit ini sekarang  ini ialah lelongan kali ke berapa?
2. Berapa market value?
3. Adakah maintenance tertunggak di cover oleh pihak bank?
4. Untuk kes lelongan ini, sekiranya saya menggunakan ejen, adakah ejen diberi komisen oleh pihak bank?

Kemudian, kita boleh menghubungi semula ejen asal tadi, tanyakan berapa caj yang dikenakan? sekiranya tiada caj atau caj nya sangat minima dan kena dengan bajet kita, bolehlah konsider untuk menggunakan khidmat ejen tersebut. Perlu di ingat jangan isi sebarang borang atau memberikan maklumat bertulis kepada ejen berkenaan selagi kita tidak memutuskan untuk menggunakan khidmat beliau. Hal ini kerana, jika kita telah berdaftar dengan mereka dan kita memenangi unit tersebut, tiada peluang untuk kita claim duit komisen ejen lagi. Ejen berkenaan akan dapat duit itu secara percuma!

Tapi sekiranya caj dari ejen berkenaan adalah melebihi bajet kita dan kita mempunyai masa untuk menguruskan unit berkenaan secara sendiri, boleh konsider untuk menguruskannya sendiri. Apa sahaja yang tidak jelas, boleh hubungi dan bertanyakan pada pelelong berkenaan. 

Sekiranya terdapat portion komisen kepada ejen dari pihak pelelong, adalah lebih baik kita mendapatkan khidmat kawan atau sesiapa sahaja yang rapat atau sesiapa sahaja ejen yang dikenali kita untuk mendaftar unit ini. Jadikan kawan kita itu sebagai ejen bebas dengan mendaftarkan borang introducer dari pihak pelelong untuk claim komisen tersebut selepas kita memenangi unit hartanah berkenaan.

In shaa Allah kita akan memperolehi keuntungan yang maksima hasil dari pembelian yang semacam ini.

Thursday, December 20, 2012

Berapa Dividen dan Bonus ASB berakhir 2012 ? - 8.9%

Dividen diumumkan pada kadar 7.75 sen dan bonus 1.15 sen. 

TOTAL =  8.9%.


Boleh lah. Better than nothing!

Harga Getah dan Sawit dijangka naik pada awal 2013

Satu lagi kes stadi yang menarik untuk mempelajari saham. Baru-baru ini Blogger Azue ada post mengenai harga sawit yang bekemungkinan besar berpotensi untuk dibeli. Graf dari blog beliau adalah seperti dibawah (minta izin). Jika diperhatikan memang terdapat penurunan harga yang agak ketara dalam dua tiga menjak ini.

 Jika diperhatikan di sini untuk tempoh jangkamasa 5 tahun, nilai sawit ini berada di paras yang agak bawah berbanding harga dalam 2 tahun ini. Pembelian yang agak bagus dengan risiko yang agak rendah. mungkin.

"masih penganalisis amatur menulis" hahaha


Wednesday, December 19, 2012

Senarai website pelelong hartanah di Malaysia

Aku buat senarai lelong ini kerana ada ramai bertanyakan "di mana nak dapat list pelelong hartanah? kat mana nak dapat senarai lelong rumah? di mana nak dapat senarai website  lelongan hartanah?" maka, untuk nak senang buat rujukan semua termasuk aku sendiri, diatas ialah link yang sesuai untuk di rujuk. Aku akan cuba update dari semasa ke semasa bila terjumpa link baru.


Berikut ialah senarai website pelelong hartanah di Malaysia :


  1. KIM Realty - auction-http://banklelong.com/index.asp
  2. CIMB PropertyMart - http://www.cimbbank.com.my/propertymart/
  3. Ehsan Auctioneer - http://www.ehsanauctioneers.com/home/index.asp
  4. Eszam Auctioneer - http://eszamauctioneer.com/Index.aspx
  5. Henry Butcher - http://henrybutcher.com.my/
  6. Leong Auctioneer - http://leongauctioneer.com
  7. Midah Auctioneer - http://midah.my
  8. MaSter Auctioneers - http://masterauctionhouse.com/
  9. Ng Chan Mau - http://ngchanmau.com/
  10. Property Auction House - http://auctions.com.my
  11. MBSB  - http://www.mbsb.com.my/other_properties.html
  12. Sejahtera Auctioneers - http://auctioneers-sejahtera.com
  13. SWT Management - http://www.swt-auction.com.my
  14. Sri co - http://sricoproperties.com 
  15. Tancorp::Property Auction Centre
  16. THILAGAMRAJ - http://jtraj.com


Secondary website (active agent)

LelongTips



Untuk memudahkan lagi, kat sebelah kanan blog ini aku juga letak link pelelong hartanah ini.
  • "MU - Semoga dapat menemui intan permata di celahan kaca"

Lelaki Jepun Paling Tua di Dunia - Kiraan Dividen ASB


Usia beliau ialah 115 tahun pada 2012. Wah, lama beliau hidup. 

Jom mari kita buat kira-kira sikit.
Dari segi pelaburan, jika beliau mempunyai RM1,000 pada usia 20 tahun, kemudian beliau menyimpan di dalam ASB yang memberi pulangan purata sebanyak 7% setahun. Maka, pada hari ini beliau telah mempunyai duit berjumlah RM 578,196.02. Banyak bukan? Inilah kehebatan 'snow ball effect' dalam pelaburan yang diceritakan sebagai salah satu perkara ajaib dunia oleh Albert Einstein (entah betul ke tidak fakta aku ni). Wow...

Kira-kiranya macam ni:

(RM1,000 X 1.07) guna kalkulator saintifik, tekan '=' sebanyak 95 kali.

Ini lah konsep yang membuatkan Warrent buffet menjadi kaya-raya iaitu dengan memilih pelaburan yang paling tinggi dividen dan kemudian, kiraan masa yang menentukan kekayaan beliau.

Lelaki Jepun paling tua di dunia pada 2012

Tuesday, December 18, 2012

Australia saman Air Asia - Analisis saham

Dilaporkan 'AirAsia disaman sebuah suruhanjaya pengguna di Australia kerana syarikat penerbangan tambang murah itu didakwa gagal menyatakan tampang penuh perkhidmatannya dalam laman web.'

Komen aku simple sahaja. Ini kes stadi terbaik mempelajari saham. Pada pengamatan aku,  kes sebegini akan menyebabkan saham Air Asia akan jatuh dalam masa pendek. Masa ini ialah masa terbaik untuk membeli saham ini kerana ramai pemilik saham Air Asia berlumba-lumba untuk menjual dan menjadikannya jatuh harga. Untuk jangka masa panjang, Air Asia hanya perlu perform pada kadar biasa dan ianya akan recover macam biasa.

Homework, perhatikan harga saham Air Asia dalam masa dua tiga hari ini, jika betul jatuh bawah paras intrinsiknya, beli saja.

Untuk semak graph saham boleh guna link ini

Untuk semak harga Air Asia boleh guna link ini

Graph Air Asia untuk 5 tahun

Harganya memang jatuh dua tiga menjak ini setara dengan harga pada awal 2011. Ada can untuk naik. Kalau beli sekarang maknanya kita membeli harga Air Asia pada 2 tahun lepas. Pembelian yang bagus!

Ini sekadar analisis untuk stadi di masa hadapan. Aku sendiri pun tak beli. Siapa yang beli sila tanggung risiko sendiri.. heheheh

Macam mana nak beli, tak register akaun CDS pun lagi dengan remiser. huhuhu

'bila penganalisis amatur bercakap mengenai saham'.. hahahaha

Jalan-jalan Taman Haiwan Bukit Tinggi dan Hutan Lentang Karak

Sabtu lepas, nak lepaskan bosan duduk rumah, wife ajak jalan-jalan ke Bukit Tinggi. Saja makan angin bawa budak-budak jalan-jalan. Malam sebelum bertolak, siap-siap pergi shopping kat Giant, nak bawa bekal, dengarnya kat sana susah nak cari makan kat restoran dll. Awal pagi, pukul 7am (awal la sangat!) aku bangun tolong wife aku buat bekal. Dia masak nasi lemak dan buat berger.

Lepas tu aku mengantuk dan tido semula sampai la pukul 9am. Hahaha. Dalam perjalanan ke Bukit Tinggi sempat call owner rumah untuk collect S&P beliau untuk urusan jual beli apartment Melati tu.

Pukul 11 baru lah boleh bertolak ke Bukit Tinggi tu. Sebenarnya aku bukan tahu sangat jalan nak kesana. Masuk highway Karak, aku bawak slow-slow saja kereta takut terlepas exit. Perjalanan ambil masa dalam 1/2 jam kot. Sebelum exit Bukit Tinggi ni ada satu Exit namanya Kampung Bukit Tinggi. Jangan masuk exit ni. heheh..

Exit Bukit tinggi ni namanya Persimpangan Bukit Tinggi - Berjaya Eco Resort. Jalan kat dalam ni agak liku-liku dan kena hati-hati. Trip kitorang ni simple-simple saja ikut setakat sampai. So, sampai lah kat Taman Haiwan Bukit Tinggi atau nama lain Animal Park Bukit tinggi.

Pintu masuk @ Taman Haiwan Bukit Tinggi (sori ter'snap' gambar org lain)

Pintu depan @ Taman Haiwan Bukit Tinggi

Pandangan dalam Taman Haiwan Bukit tinggi
Pandangan dari dalam @Taman Haiwan Bukit tinggi

Simple saja saja taman haiwan ini. Ada beberapa jenis haiwan yang jinak seperti Arnab, Rusa, Rusa Bintik, Wonder Pet, Kaldai dan beberapa ekor ayam. haha.. cuaca agak sejuk. Tiket pula RM3 satu kepala tak kira umur.

Wonderpet - @Taman Haiwan Bukit tinggi

Rusa berbintik - @Taman Haiwan Bukit tinggi
Arnab dalam Sangkar - @Taman Haiwan Bukit tinggi

Arnab yang boleh di sentuh- @Taman Haiwan Bukit tinggi
Anak sulung aku excited ke apa entah posing dengan arnab - @Taman Haiwan Bukit tinggi

Anak aku pulak, datang sini paling syok tu bila boleh main slide kat tempat permainan kanak-kanak.
Kawasan permainan kanak-kanak @ Taman Haiwan Bukit tinggi

Lepas tu kitorang pergi makan, rehat dan solat zohor kat Masjid. Masuk ke dalam lagi lebih kurang 1km dari taman haiwan ni.
Pemandangan dari masjid

Dalam pukul 3petang, kitorang bertolak ke Hutan Lentang pulak. Masuk semula ke Highway Karak dan terus ke arah Kuantan. Exit hutan Lentang ni namanya Hentian Sebelah Lentang. Dari exit ini sebenarnya kita boleh buat U-Turn ke Kuala Lumpur. Kat sini, anak aku layan mandi air terjun. Ramai juga orang lain datang sini. Sesuai untuk aktiviti berkelah dan santai bersama keluarga. Untuk aktiviti hujung minggu, boleh lah.

Air longkang terjun Hutan Lentang - Salah satu port di Hutan Lentang

Tuesday, December 11, 2012

Jual Beli Apartment Melati Taman Bukit Putra Mahkota

Apartment Melati Taman bukit Putra Mahkota ini terletak di dalam Taman Bukit Putra Mahkota (abis tu kat mana lagi?). Terdapat beberapa Blok Apartment dalam Taman ini (err, 6 blok kot aku lupa). Keluasan unit pula sekitar 800++ kaki persegi bergantung pada unit. Apartment ini tidak mempunyai lif kerana ianya hanya 5 tingkat. Oleh itu, ianya mempunyai kelebihan dari segi parking kerana tidak perlu bersesak-sesak. Maintenace pula hanya sekitar RM50/bulan. Dulu ada security tapi sekarang tak ada lagi. Tapi mungkin boleh ada semula bergantung kepada pihak pengurusan. Dan juga, setiap unit apartment ini mempunyai ruang parking nya sendiri sekurang-kurangnya satu.

Ruang parking yang selesa

Kelebihan Apartment ini ialah ianya berdekatan dengan Kolej Islam Selangor dan juga amenities yang lengkap seperti masjid, pasar, kedai runcit, restoran dan juga kemudahan pengangkutan seperti bas, teksi dan lain-lain. Ianya juga tidak jauh dari Highway PLUS. Lagi, ianya berdekatan dengan Nilai 3 dan amat sesuai untuk shopping bagi kaum hawa. part ni aku tak suka.heheh..Aparment ini juga mempunyai taman permainan yang agak selesa dan selamat untuk anak-anak kecil bermain kerana taman permainan tersebut berada betul-betul di tengah antara blok apartment. 

Taman Permainan yang selesa denga landskap yang menarik

Taman permainan sesuai untuk aktiviti riadah di waktu petang

Nak dijadikan cerita, aku telah berjaya menguruskan jualan unit untuk client(tuan rumah) aku ini. Untuk makluman, tuan rumah aku ni telah mencari pembeli untuk sekian lama namun masih tidak berjaya. Selepas aku menawarkan diri untuk membantu beliau mencari pembeli, akhirnya beliau berjaya menjual unit berkenaan. Aku menggunakan sepenuhnya link ejen hartanah dalam mencari pembeli untuk unit ini dan akhirnya ada seorang kawan ejen aku ini telah berjaya memperkenalkan pembeli beliau. Inilah satu kelebihan menggunakan khidmat ejen dalam urusan jual beli hartanah.

Hasil dari perbualan dengan tuan rumah pula, unit ini telah dibeli oleh beliau dari pemaju (unit baru) pada tahun 2003 dengan harga rm60k++. Beliau membeli unit ini untuk tujuan pelaburan, dan setiap bulan beliau mendapat hasil sewa yang membolehkan beliau untuk membayar installment, maintenance dan juga bil-bil lain. Sewaan pada masa dahulu bermula pada harga rm300++/sebulan. Sehingga kini harga sewaan unit berkenaan telah mencecah RM600/sebulan dalam jangkamasa sepuluh tahun.  

Pada hari ini, harga semasa unit init telah mencecah RM130k++ dan ianya telah dijual pada harga RM120K++. Mari kita buat kira-kira sikit. 

Untung kasar dalam sepuluh tahun ialah RM60K bersamaan harga jual tolak harga beli. Modal asal yang beliau gunakan ialah RM6k (10% deposit). Maknanya duit beliau (RM6k) telah berganda sebanyak 10 kali ganda dalam masa 10 tahun. wow! ROI dia lebih kurang 1000% dalam masa 10 tahun yang mana pada setiap tahun ROI nya ialah 100%. Tu belum dikira dengan positif cash flow pada setiap bulan. Tu juga belum dikira baki terkini loan beliau. Secara kasar, loan beliau telah telah berkurang sebanyak 1/3 dari jumlah loan atau lebih yang mana ianya telah dibayar menggunakan duit orang lain (DOL) sejak ianya mula dibeli. Untungnyaaa.. Kesimpulannya ialah, sesiapa yang nak beli hartanah tu, jangan tangguh-tangguh. Buat study sikit, sekiranya kena dengan bajet dan perkiraan kita, sambar sahaja jangan tungu-tunggu.




Monday, December 10, 2012

Bagaimana cara memancing dan jigging di Pulau Sembilan P9 Pangkor Perak


Nak dijadikan cerita, aku baru balik dari trip memancing di Pulau Sembilan, Pangkor, Perak selama dua hari dan satu malam dengan menggunakan tongkang penduduk tempatan Pangkor. Aku berpuas hati pakej tersebut dengan bayaran kurang dari RM300 satu kepala yang mana pakej ini termasuk makan dan khidmat tekong. Pakej kami kali ini seramai 7 orang termasuk tekong dan satu awak. Abang Awie dan Abang Zarul orang penting dalam trip ini. Tongkang juga dilengkapi Sonar untuk memudahkan aktiviti memancing. GARMIN ECHO 300c siries. Sonar ni ada kaler, boleh nampak struktur  dan kedalaman laut tapi nak kenal pasti ikan agak susah. Maka, gamble saja.

 Tongkang Pulau Pangkor
GARMIN ECHO 300c

Peralatan yang kami gunakan simple saja. Tak ada baitcaster atau set yang  super besar. Sebenarnya tak perlu set yang super besar untuk trip yang macam ini kerana jarang sangat ikan yang sangat besar nak makan umpan. Setakat 5-6 kg ikan, guna rod biasa sudah memadai. Aku tengok trip tongkang lain, rod dan reel besar bagak, stok berapa puluh ribu punya saiz entah. Last-last, aku nampak parking kat tepi bot je, tak guna pun. Sebabnya kat Pulau Sembilan, di dasar laut ada banyak batu karang. Kalau lekat atau tersangkut dengan reel yang besar bagak macam tu, memang menyedihkan hati. Boleh down.

Set memancing yang simple

Kami bertolak dalam pukul 10am di sebuah jeti bersebelahan Teluk Batik. Jeti ini agak tersembunyi kerana kita kena melalui jalan kecil sebelah Marina Resort yang berdekatan teluk Batik tu. Lokasinya betul-betul kat penghujung jalan tu. Kat sini ada medan ikan bakar.

Medan Ikan Bakar sekitar jeti melaui Marina Resort, Teluk Batik

Untuk trip ini, kami bawa udang hidup dalam 80 ekor. Abang Awie beli kat kedai Acheh katanya, aku pun tak pasti kat mana. 

Port pertama kami untuk memancing ialah port Ikan Talang. Pukul sekitar 11am sampai kat port ni. Tapi laut amat beralun. Susah untuk berdiri dan boleh memeningkan kepala. macam mana nak memancing? hahaha.. cara senang aku sangkutkan udang kemudian turunkan kat dalam laut pastu lepak saja. Kepala aku dah pusing, pening.

Aku gagahkan diri, ambil set jigging dan buat balingan pertama. Aku gunakan jig ini. Flasher 40gm.

Jig Flasher 40gm

Lepas baling, aku biarkan jig ini betul-betul jatuh kedasar dan dihanyutkan air sejauh mungkin. Kemudian aku karau sambil sentap perlahan. Sentapan kedua membuahkan hasil. Satu ragutan yang agak kuat mengejutkan aku. Aku melayan dalam 3-5 minit untuk menaikkan ikan ni. Yeah, Talang sekitar 2kg pertama hasil jigging di Pulau Sembilan. Sebenarnya aku tak pernah jigging pun sebelum ini di mana-mana tempat. heheh..Seronok. Kelebihan jig ini ialah, ianya tak mudah sangkut dengan batu karang. Kemudian aku membuat balingan yang seterusnya tapi tak ada yang sudi dah selepas itu. Balingan yang banyak kali boleh melenguhkan bahu. Maka, set yang ringan amat sesuai untuk aktiviti light jigging ini.


Kemudian kami berpindah tempat, tekong ini amat rajin. Kredit untuk Tekong. Dikawasan berkarang, kerapu laut memang banyak. Jugak ikan karang termasuk Uji Rashid, Cap Ayun dan ikan apa ntah nama pelik-pelik aku tak pernah dengar dan dapat dipancing kitorang dengan menggunakan umpan ikan bilis. Untuk umpan udang hidup pulak, ada la dua kali sentap, tapi tak sempat naik, perambut putus. Dua-dua kes sama. Lepas tu, udang hidup tidak dijamah langsung. Udang tersebut mati sekitar waktu malam. kesian. Dah tak ada umpan hidup lagi.

Waktu senja menyaksikan amukan ikan cencaru yang memakan apollo berwarna putih. Warna hijau tak nak makan, Tapi bila letak umpan bilis pada mata kail, makan pulak. Boleh lah dalam 15 ekor kesemuanya bersaiz 3 ekor sekilo.

Waktu malam, ikan tak berapa nak makan. Bot kami yang menyalakan lampu dilawati oleh anak bilis dan sotong katak kecil yang datang untuk beramah mesra barangkali. Aku tidur je waktu malam. Ikan tak makan. Bosan. Nasib baik aku bawa sleeping bag, syok gila tido dibuai tongkang yang berayun-ayun.

Pukul 5am, aku dikejutkan dengan kawanan alu-alu yang meletup-letup mengejar bilis di sekitar bot kami. Doc Kelate sempat menaikkan seekor alu-alu menggunakan teknik casting. Kecil aja saiznya sebesar lengan baby. Boleh lah untuk suka-suka. Lepas tu aku tido balik. Mengantuk. Jam 6.30 hujan renyai, Doc Kelate sempat menaikkan ikan jemuduk bersaiz tapak tangan. 

Pagi hari nya, ikan pun tak berapa sudi dah nak menjamah umpan mati kitorang ni. Aku memang tak konfiden kalau guna umpan mati ni unless kena potong dan bagi nampak isi umpan tu. Tekong berpindah kebeberapa tempat adn kami sempat menaikkan ikan kerapu laut dan lain-lain. Dalam perjalanan pulang, sempat singgah di Pulau Perak (Pulau yang ada rumah api). Aku cuba jigging tapi hanya dikejar oleh beberapa ekor talang junior. Maka aku dan Doc Kelate tukar ke teknik casting menggunakan gewang @ lures yang kecil. Menjadi! kat sini lebih 10 ekor talang junior berjaya dinaikkan kami.


Pulau Perak

Doc Kelate dengan talang junior

Abang Awie menggunakan teknik apung dan umpan bilis turut manaikkan Talang Junior

Aku tukang possing saja.. heheh

Dalam pukul 2pm. Kami sampai ke jetti dan bersedia untuk Pulang. Aku sempat shopping kat Waterfront Lumut. Beli makanan hasil laut untuk isteri dan anak. heheh.. Rasuah supaya next time boleh turun lagi...

Secara purata, aku boleh katakan teknik memancing di Pulau Sembilan ni, kita kena tahu keadaan kawasan tersebut macam mana sebelum menurunkan umpan. Contohnya, sekiranya kawasan berbatu karang, jangan main bottom tapi gantung pada permukaan sebelum karang tu. Untuk kawasan yang clear, bolehlah main bottom. Untuk umpan pula, guna saja apa yang ada. Kalau tak ada nak buat macam mana ye tak.

Thursday, December 06, 2012

Bagaimana cara menjadi jutawan


Aku nak mencoret hasil dari pemahaman aku mentelaah sebuah buku yang sangat menarik untuk dikongsi. Tidak semua orang berpeluang untuk mengahwini anak jutawan untuk menjadi seorang yang kaya. Tidak semua mempunyai bakat sukan bertaraf dunia dan juga tidak semua berpeluang untuk menjadi seorang artis terkenal untuk menjadi seorang jutawan. Tapi setiap manusia yang lahir di bumi Malaysia ini sebenarnya berpeluang untuk menjadi seorang jutawan yang kaya. Tidak kisah apa profession anda, sebenarnya peluang memang ada di depan mata. Caranya adalah seperti berikut :

1. Bekerja Keras : Kena kerja kuat dan lebih masa. Tak kira apa jawatan anda, kena buat kerja kuat, jangan main-main. Kena agresif dan proaktif. Kerja menggunakan akal fikiran.  Sekiranya kita berada pada level ‘good’, jangan bersenang-senang kerana kita seharusnya berada di tahap ‘great’ kerana good ialah musuh utama 'Great'!! Kerja yang kena pada minat kita mempunyai kelebihan di sini. Ingat, MASALAH ialah PELUANG! Selesaikan masalah tersebut dengan segera dan bukannya lari atau tangguhkan masalah itu kerana kita tidak akan terlepas darinya.

2. Tingkatkan nilai tambah diri : Tingkatkan kelebihan diri atau nilai tambah diri kita. Kenapa Iphone lebih mahal dari nokia cabuk. Kerana Iphone mempunyai banyak kelebihan yang tak perlu dihuraikan. Begitu juga kita, kenapa cikgu cemerlang mempunyai gaji yang lebih dari cikgu biasa. Kenapa jurutera IR mempunyai gaji lebih dari jurutera biasa? Maka tingkatkan lah nilai tambah diri kita berbanding menjadi insan biasa. Selain itu, kemahiran dalam menjalani kehidupan harian juga penting misalnya kemahiran membaiki peralatan elektrik dirumah, kemahiran membaiki kenderaan, memasak, renovate rumah dan sebagainya. Oleh itu, tingkatkan kemahiran diri anda kerana ianya boleh mengurangkan kos dan perbelanjaan hidup yang banyak. Juga boleh buat kerja part time yang kena pada minat. Jangan berhenti belajar. Sambung belajar, lambat atau cepat tak mengapa. Kalau cepat, bagus.

3. Pengurusan kewangan : Jangan boros. Kenal pasti keperluan dan kehendak. Penuhkan keperluan dan bukannya kehendak. Jimatkan duit seboleh mungkin. Bersusah-susah dahulu tidak mengapa. Jangan ikutkan percakapan orang kerana kita tidak akan dapat memenuhi setiap komen orang. Berjimat cermatlah. Tangguhkan setiap pembelian yang besar yang melibatkan perkara tidak penting. Buat kajian dan analis sebelum membeli sesuatu. Elakkan dari ditipu. Belajar dan ambil iktibar dari setiap kes penipuan. Kena ingat, tidak ada orang yang dengan mudah ingin memberi duit kepada anda. Belajar dan fahami cara-cara mengurus kewangan dengan bijak dan bukan sekadar menyimpan. Ketahui cara kira mengenai sesuatu pinjaman yang akan dibuat. Uruskan pinjaman dengan sebaiknya. Gunakan kad kredit dengan sebaik mungkin untuk mendapatkan kelebihan dan bukannya kerugian.

4. Melabur : Pelaburan dapat dibuat setelah kita dapat menguruskan kewangan dengan sebaik mungkin. Kenalpasti pelaburan yang sesuai seperti contoh pasaran saham, saham amanah dan hartanah. Pelajari sebanyak mungkin cara dan ilmu pelaburan ini. Praktikkan apa yang dipelajari.

5. Doa, Bersedekah dan amal jariah : Doa dan minta dari yang Maha Kuasa. Sedekah dan amal jariah merupakan pendinding untuk mengelakkan dari kepapaan dan juga boleh mendatangkan rezeki.

**posting ini akan di update dari semasa ke semasa bergantung pada idea yang datang dalam kepala ini. heheh..ini sahaja setakat yang terfikir sekarang

"hasil penulisan bukan seorang jutawan" hahah

Tips, Petua dan cara elakkan mabuk laut

Saja nak berkongsi untuk sesiapa yang akan melakukan aktiviti seperti memancing dan sebagainya di Laut. Nak tergelak sebab aku sendiri alah dan mabuk yang sangat teruk setiap kali turun kelaut walaupun darah yang mengalir dalam badan ini ialah dari keturunan nelayan besar dan tersohor pada suatu ketika dahulu. hahaha..

Cerita pengalaman aku, pada awal-awal aku berkecimpung dalam aktiviti laut ini, aku ada search kat google. Macam-macam tips aku jumpa. ada yang cakap kena telan air kat muara dua tiga teguk. adoi la. Itu tips yang paling teruk aku kena. Aku buat. Telan je air terus aku muntah belum apa-apa. hahaha.. sampai sekarang kalau teringat peristiwa aku telan air tu, mesti loya tekak ni nak muntah. eiiii...

Sebenarnya, mabuk laut ialah perkara biasa bagi nelayan. Peringkat awal biasanya memang kena. So tips aku senang :

1. Sebelum turun ke laut, makan ala kadar. Jangan makan pedas atau berminyak. Makan buah-buahan. Jangan lupa bawa bekal sekali masa turun ke laut nanti.

2. Kat tengah laut, kalau rasa mabuk, muntahkan saja. Kat laut senang, muntah dalam air laut. Bukan macam dalam bas ke apa nak konsider takut kotor. So, sedekahkan lah makanan kita tu sikit kat ikan dalam laut tu. Niat sedekah, insyaAllah dapat pahala.. heheheh

3. Lepas muntah tu, terus basuh mulut then makan dan minum apa saja makanan yang ada kat depan kita. Biasanya lepas muntah kita akan rasa lega dan tak pening lagi. Walau tak lalu makan, cuba la telan jugak. Sebabnya senang, bila makanan dah tak ada dalam badan, kita akan kurang tenaga dan cepat letih. Bila makan, kita akan tambah balik tenaga kita. Lepas tu kalau muntah lagi, ulang lagi untuk makan. Ini tips dari makcik aku selaku orang kampung nelayan sejak berpuluh tahun yang lalu. Kalau tak ada makanan dalam badan, kita akan muntah yang teruk rasa macam nak terkeluar tali perut sebab tak ada makanan untuk dikeluarkan. So, makan lah.

4. Jangan lihat benda kecil atau apa-apa bendak yang dekat semasa di dalam bot. Waktu matahari terik di atas kepala, biasanya susah untuk kita melihat daratan atau benda-benda jauh, silau. Maka kita akan terpaksa melihat lantai bot. Ini akan menyebabkan kita akan mabuk lebih teruk. Dalam kes ini, penggunaan kaca mata hitam amat membantu. Guna lah kaca mata hitam untuk melihat benda jauh.

5. Kalau teruk sangat mabuk tu, tidur saja lah. 

6. Jangan lupa bawa air minuman 100 Plus. Di laut, badan kita mudah terhidrat atau dengan kata lain, kehilangan air yang banyak dari badan. Dalam kes ini, air 100 Plus boleh membantu kurangkan badan terhidrat. Minum banyak-banyak walaupun tak ada selera.

Mabuk laut

My two cents!

Wednesday, November 28, 2012

Cara-cara simpan duit di Amanah Saham Bumiputera (ASB)


Kepada sesiapa yang ingin menyimpan duit di ASB, hari ini dan besok merupakan hari yang sesuai untuk bulan sebelas (November) ini sebab dividen ASB dikira pada hari bekerja setiap akhir bulan. Hari ini 29 November (Khamis) , Besok 30 November (Jumaat). Sesuai sangat.

Nak simpan duit dalam ASB senang saja, hanya bawa duit ke ke kaunter pejabat pos atau CIMB atau Maybank dan isi borang simpanan ASB. Bank lain aku tak pasti. 

Banyak isu dibahaskan mengenai halal haram ASB ini. Dah lama isu ini dibahaskan. Kepada sesiapa yang tidak dapat menerima aktiviti ini dalam hidup mereka, terpulang. Bagi aku, aku ON dengan ASB, tiada masalah. Beberapa persoalan mengenai hukum ASB ini telah dihurai oleh individu tertentu seperti di bawah:


Mangenai pengiraan dividen ASB, senang saja :

Dividen = (Jumlah baki terakhir setiap bulan) / 12 X  %dividen pada tahun berkenaan

lebih kurang macam ini lah,
Contohnya dividen diumum pada akhir tahun 2011 ialah 8%, dan kita ada seribu (RM1,000) sahaja dalam ASB bermula bulan Jan 2011 hingga disember 2011, maka :

Dividen 2011=(1000+1000+1000+1000+1000+1000+1000+1000+1000+1000+1000+1000)/12 x 8%
                    = 12,000/12 x 8 /100
                    = RM80

Contoh lain, dividen diumum pada akhir tahun 2011 ialah 8%, dan kita simpan seribu (RM1,000) setiap bulan dalam ASB bermula bulan Jan 2011 hingga disember 2011, maka :

Dividen 2012=(1000+2000+3000+4000+5000+6000+7000+8000+9000+10000+11000+12000)/12X8%
                     = 78,000/12 x 8 /100 
                     = RM520
Senang kan?

Kenapa kita perlu simpan di dalam akaun ASB pada setiap akhir bulan dan bukannya awal bulan? jawapannya senang saja, kenapa perlu kita simpan awal bulan sedangkan dividen dikira pada setiap akhir bulan. Maknanya, jika kita simpan pada awal bulan pun dalam ASB, tak ada makna sebab dividen tak jalan. Baik kita simpan duit itu dalam akaun semasa di dalam bank untuk cover interest OD, atau simpan dalam FD untuk jana dividen lain. Akhir bulan, ambil duit tu, masukkan dalam ASB.

Risiko jika lewat-lewatkan simpanan ialah takut-takut sistem ASB tak ONLINE pula dan tak sempat untuk simpan pada bulan berkenaan. Maka, pandai-pandai lah rancang simpanan.

Kejap lagi nak pergi CIMB, simpan duit dalam ASB. yeahhhh....

Tuesday, November 27, 2012

Update Hasil Hartanah Terkumpul Berakhir 2012

Agak awal aku tutup akaun tahun ini.. heheheh.. tak ada lagi target property untuk tahun 2012 ni.. next, target untuk tahun 2013 pula.

Agak segan untuk aku disclose hasil pasif income yang ciput ini. Tapi atas dasar untuk berkongsi, aku tebalkan muka. Letak saja disini. Ya, tak ada lah banyak mana pun, so far ini saja kemampuan aku dalam bab hartanah sebagai individu bergelar student sepenuh masa. Haishh..

Kalau diperhatikan, terdapat beberapa hartanah yang tidak berapa menguntungkan di peringkat awal pembelian hartanah aku (esp no.2 & no.3). Itulah harga yang perlu dibayar untuk tujuan 'latihan' demi mendapatkan sedikit pengalaman. Sesiapa yang berminat dalam pelaburan hartanah, berhati-hati lah. Buat kira-kira dan jangan ambil mudah. 

Perlu diingatkan juga, jadual dibawah tidak termasuk cukai, maintenance, lawyer fees dan sebagainya.



Yeah, tahun ini tutup akaun hartanah dulu. Fokus pada pasif income yang lain dan juga pengurusan kewangan. Masa untuk kerja dengan lebih kuat dan ikat perut lagi untuk mendapatkan income lebih supaya boleh invest lagi.

Go Sayuti Go!

Monday, November 26, 2012

Memukat Udang Harimau di Perairan Sabak, Kelantan

Kisah kali ni berkisar pada hobi aku.. heheh

Hujung minggu lepas, aku balik ke kampung bersama anak ke dua, naik bas je. Anak sulung, bini aku jaga kat KL. Bagi sorang satu jaga anak. Kali ni aku balik sebab nak uruskan pembelian bot lain untuk menggantikan bot sedia sebab bot sedia ada tu tak sesuai dengan aktiviti di pantai ini.

So, aku ada visit bot ini. Bila tanya pendapat kebanyakan nelayan sekitar, aku jadi keliru, ada yang kata sesuai, ada yang kata tak sesuai. Pening.

ini bot itu!

Hari Jumaat aku balik, rilek-rileks sikit rehat dan lawat sekitar pengkalan.



Hari Sabtu, abah aku ajak turun memancing. Aku sempat mengajak kawan baik Cikgu Egy turun sama. Turun pukul 7 pagi. Pagi tu agak kumpau, ikan kerisi tak berapa nak mematuk (makan umpan), dapat 5-6 ekor kerisi sahaja. Lepas tu pindah ke tukun kapal, dan kat situ terdapat beberapa tarikan ikan besar meragut umpan namun tiada yang sudi tersangkut di mata kail. Pukul 11, abah ajak pulang. On the way pulang, singgah di Unjam Pakdo Ma, sempat mamancing ikan Kirung (ikan balik mangkuk). Letak saja umpan mesti dapat, kuat makan ikan ni. Cikgu Egy letak umpan ikan Lecek hidup, kena tarik di ikan besar dua tiga kali tapi masih tak mahu sangkut. Frust betul. Last sekali, dapat ikan pengubat hati (Todak) bersaiz 2kg. Boleh lah, catch and release.Kat unjam ni aku dapat ikan cermin dan lain-lain bersaiz sederhana. Syok.

Sampai kat pengkalan, abah aku siapkan pukat udang. Ajak pergi memukat udang pula, "air cantik" katanya.
Aku turun memuka udang pukul 3p.m.. Nelayan lain hari tu dah tak larat, ramai yang kumpau. Pukat diletak dalam 2 batu dari muara. Dalam 15minit, pukat di angkat. Perghh, udang harimau bersaiz A. Hari tu dapat 50 ekor atau bersamaan 6kg. Udang lain dapat dalam 3kg. Juga terlekat di pukat tu Ikan yu bersaiz ~3kg.

Anak kedua aku & ikan yu

Udang

Pukul 8 malam, siap asingkan ikan dan udang

Pengasingan udang

Udang ini dibeli dengan harga rm15 seekor oleh jiran

Sebelum dibawa ke tokey ikan.

Hasil hari itu, boleh lah dalam rm400++. Rezeki tersepak. Jarang-jarang sekali ada lah. Selalunya, hasil untuk yang dapat boleh cover minyak bot. kadang-kadang nak cover minyak bot pun tak lepas. Kepada yang berminat untuk informasi santai boleh visit link di facebook.


Link blog - http://pancinglautkelantan.blogspot.com/


Tuesday, November 20, 2012

Perkongsian Ilmu

Nak cerita sikit kisah aku masa awal sekolah menengah. Kisah kanak-kanak hingusan. Istilah masa depan yang selalu orang kampung guna ialah 'bbolot'. Heheh.. 

Entah kenapa menjelang peperiksaan PMR, aku ialah antara kalangan budak yang agak terkedepan dari segi pelajaran (tak ada la terer sangat tapi boleh lah jugakk!) dapat merasai suatu perangai yang tidak elok dari kalangan kawan-kawan. Iaitu kedekut ilmu. Entah kenapa benda ini terjadi. Di kalangan kawan-kawan terdapat satu budaya semacam menyorokkan maklumat mengenai pelajaran. Aku terkilan dengan keadaan itu menyebabkan aku membuat tindakan yang sama. 'dah kau tak nak share nota dengan aku, jangan harap aku nak share nota dengan kau lah!'. Demmm. Ye lah zaman tak betul aku. hehe

Habis PMR, aku dapat masuk MRSM. Dan dari situ lah aku dapat manfaat dan mempelajari budaya perkongsian ilmu dalam mencari ilmu pengtahuan. Di situ, tiada istilah menyorokkan nota ke, ilmu ke apa. Memang seronok. Kawan ajar kawan-kawan, kongsi ilmu dan macam-macam aktiviti. Aku tak terkecuali, amat seronok bila dapat menyampai dan mengajar kawan-kawan yang bertanya (itu pun yang aku boleh jawab je lah). Aku boleh katakan bahawa zaman MRSM ialah antara kenangan yang terbaik pernah aku alami di zaman belajar. Dan hasilnya, not bad lah aku punya result SPM, boleh lahhh. Kawan-kawan pun kebanyakannya OK.

Masuk zaman universiti aku terjumpa balik jenis orang yang kedekut ilmu ni. Haiiyyaa, ada jugak orang macam ni kat universiti. Lantaklah. Aku hairan tak tahu apa dia fikir.

Bertitik tolak dari zaman mrsm tu lah aku suka untuk berkongsi ilmu pengetahuan. Aku seronok bila ada orang datang berbincang mengenai pelaburan, memancing dan sebagainya. Blog ini antara medium untuk aku berkongsi pendapat. Secara tak langsung aku dapat refresh ingatan dan menambah lagi ilmu pengetahuan. Sebab lain manusia, lain pengetahuan dan perangai. Macam-macam input akan kita dapat dalam masa perbualan yang singkat itu. Dan juga secara tak langsung benda ni akan menjadikan network kita bertambah. Dari sudut lain, PR kita juga akan bertambah baik dan macam-macam faedah lagi.






Friday, November 16, 2012

Suka Cakap Besar

Terlintas nak menulis pasal ni. 

Aku ada satu perangai yang teruk iaitu suka cakap besar atau nama manjanya 'poyo' atau lebih kurang gitu lah maknanya . Aku tak tahu, tapi rasanya sure ramai yang menyampah. heheh..

Entah lah, bini aku pun dulu-dulu mula-mula kenal dia benci gila kat aku sebab perangai aku ni. Tapi lama-lama jadi bini aku jugak. heheh..

Nak explain sikit la, memang teruk aku ni..ada terbawa-bawa dalam blog nih jugak kot.. sebenarnya bukan niat nak cakap besar, tapi bongkak sekadar nak bagi motivasi kat diri dan orang lain..tapi kebiasanya aku akan cakap besar kat orang yang aku rasa aku boleh rapat.. Dengan adik-beradik tak usah cerita aku lah orang yang paling riak.. hahaha.. tapi biasanya aku akan 'sembang lebih' bila cakap dengan mak aku sendiri. Sebenarnya saja nak bagi meriahkan keadaan disamping memotivasikan diri. Contoh paling senang, esok-esok aku akan jadi orang yang paling berguna di Malaysia.. heheh(walaupun tak de la berguna sangattt! ala-ala orang yang tak guna (tak guna punya orang))!! contoh yang bodoh..

Ntahnya, dalam blog kemain lagi tulis pasal kaya lah, pasal property lah, tapi tak kaya-kaya jugak. hahahah.. kalau tengok kat title pun kemain lagi nak 'Doctorate by 31, financial independence before 35'.. gila-gila koya.. demnn.. please lah Mat Utie.. sendiri baca pun nak muntah.. 

Tak kisah lah apa orang nak kata, aku buat ni dengan harapan aku dapat majukan diri dan mencapai apa yang di matlamatkan. Yeh, aku selalu set yang tinggi-tinggi sebab kalau aku tak capai sekalipun, paling tidak ianya lebih tinggi dari set yang tidak tinggi. heheheh..

Ini lah meriahnya dunia, kita tak boleh buat orang semua jadi skema ikut teks book.. booriiinnggg! katanya Fafauu..

Yeh.. go mat.utie go! (buat suara ala-ala anak aku yang selalu nyanyi.. go Deigo go!)