Friday, December 19, 2014

Bursa Saham Malaysia, dah rugi atau belum untung?

Kira-kira dalam 3-4 bulan lepas aku ada mula mencuba pelaburan dalam Bursa Saham Malaysia. Masa tu nampak kebanyakan graf syarikat di Malaysia menunjukkan prestasi yang baik, kebanyakannya sedang meningkat. Dan ya, diawal pembelian saham berkenaan ada beberapa kaunter telah memberi keuntungan dalam masa yang singkat contohnya MAS, aku sempat beli pada harga 20.5sen dan jual pada 27sen. DPS aku sempat beli pada harga 11.5sen dan jual pada harga 17.5sen.

Ada beberapa kaunter aku tak sempat jual pada harga yang lebih tinggi dari harga beli macam contoh Nexgram,luster,efficen yang rata-rata pernah mencapai sehingga 20% keuntungan dalam masa yang singkat. Padahnya, sekarang ni graf dah jatuh disebabkan kejatuhan utama dalam sektor oil&gas yang merudum baru-baru ini. Ditambah kejatuhan matawang negara kita ayng agak tak OK. So, kebanyakan pelaburan aku pon turun dalam keadaan kerugian lah ni. Ada yang rugi sampai 50%. Dan banyak lagi kaunter yang belum boleh dijual atau aku cut loss saja.

Untuk nak sedapkan hati, aku cakap pelaburan ini masih belum beri keuntungan.hihihi... Sebenarnya pelaburan aku ni tak banyak pun, baru mencuba pasaran. Orang kampung cakap "test market". So kerugian tu sudah dalam persediaan.

Sekarang ni ada banyak option, sama ada cut loss, tambah stok dan buat donno. Sebenarnya tambah stok juga satu pilihan yang baik sebabnya kerugian berkenaan boleh dikurangkan bila kita average kan nilai pembelian kita. Tapi aku prefer buat donno sebab target pelaburan aku tu ialah dalam jangkamasa yang agak lama, sebelum 2018, kaji lagi bila masa yang sesuai untuk di jual. Satu pengajaran yang penting ialah, jangan tamak, dan kalau dah untung tu jual le cepat-cepat.

Wednesday, August 13, 2014

Belajar cara beli saham stok market di Malaysia Part II. Snapshot saham yang aku dah beli

Ini contoh saham yang aku dah beli sepanjang aku terlibat dalam dunia saham ni (2 minggu). Tak banyak pun beli, baru nak berjinak-jinak. Kalau lihat kat situ, secara keseluruhan, untung 25 ringgit je pada sesi pagi hari ni 13 Ogos 2014. Kaler hijau tu profit, kaler merah tu rugi. 
Ntah kenapa la banyak kaunter, harga saham turun sejurus selepas aku beli.. hehe.. saja nak test aku kot... Target untuk simpan dalam beberapa bulan sambil study-study untuk faham lebih bila masa nak exit. Nak kena kenal trend sideway ataupun bukan sideway.. haha.. ntah betul ke term aku pakai ni..


Disebabkan benda ini fluctuate (maknanya ada naik turun), sesi belah petang aku semak dah ada untung RM250. Doakan saham yang aku beli ini terus mendaki. InshaAllah.

Monday, August 11, 2014

Belajar cara beli saham stock market Syarikat di Malaysia di Bursa Saham BSKL @ KLCI

Aku baru berjinak dalam pembelian stok saham syarikat di Malaysia. Remisier merangkap Mentor aku ialah Zamsaham dan team. Pada peringkat awal, aku pun tak tahu macam mana nak membeli saham berkenaan.

Aku bukan apa, kalau main game cash flow, En. Kiyosaki selalu beri kad saham yang murah. Aku konfius kat mana nak beli benda alah tu. Rupanya kat saham ni. 

Sedikit aku nak hurai kat sini caranya secara kasar. Mula-mula, kena buka akaun CDS. Untuk nak buka akaun CDS, kena hubungi syarikat broker. Dapatkan borang pembukaan akaun CDS dari syarikat broker berkenaan dan lengkapkan. Pastu submit lah, kena caj RM10 ringgit sahaja.

Sedikit ank pesan kat sini, remisier yang dipilih mestilah yang komited, ada team yang membantu dan senang untuk dihubungi. Ye lah, ini melibatkan duit, kena hati-hati. Actually aku dah approach beberapa remisier yang agak ternama dan aku berkenan betul dengan cara team Zamsaham menguruskan benda ini. So far sangant bagus, cekap dan pantas. Aku sangat rekemen!

Kemudian bila dah lulus, syarikat broker akan hubungi kita untuk memberikan maklumat trading seperti nombor akaun, nombor client dan sebagainya. Mereka juga akan beri link untuk download software. Kita juga akan dibekalkan dengan username dan password.

Bila dah siap download dan install software berkenaan, kita boleh lah log in untuk melihat interface dalam akaun kita tu. Yang kat dalam ni kena godek-godek sikit. Aku pun blur tak tahu apa nak buat bila dah dapat log in. Bagai kera mendapat bunga.. haha.. 

Ini contoh interface nya.


Untuk nak start trade, kena masukkan duit modal pelaburan kita lah. Kena hubungi remisier untuk dapatkan nombor akaun syarikat broker berkenaan. Dah dapat nombor akaun tu, bank in lah sejumlah modal kita. Bila dah bank in, beritahu remisier, mereka akan update dalam akaun kita sejumlah wang berkenaan dan kita dah bank in tu. Kadang dia beri lebih bergantung kepada budi bicara kita.

Pastu apa lagi, kenal pasti syarikat mana yang anda minat nak labur. Buat analisis, teknikal dan fundamental. Then kalau dah cun, boleh start beli. Selamat melabur! bukan melebur ya!

Thursday, July 03, 2014

Bila penyewa rumah yang baik mahu berhenti menyewa, berita baik atau berita buruk? Apartment Desa Satu, Aman Desa Kepong

Rujuk pada tajuk di atas, aku sendiri pun tak tahu samada ianya berita baik atau berita buruk. Aku lebih berpendapat bahawa ianya bergantung kepada keadaan. aku ni pandai buat soalan je, tapi skema jawapan tak pasti.. hahah

Refer pada kes aku sehari dua ini, penyewa kat Desa Satu Apartment Kepong sudah mahu keluar la. Unit ini aku sewakan dengan kadar RM450/month. Untuk makluman, penyewa ini sangat bagus dan tidak pernah miss bayar walau ada sedikit kelewatan yang pernah berlaku.

Bila dia nak keluar ni, aku ada buat sedikit servey, kenapa nak keluar?, mahal sangat ke aku beri sewa?, atau ada masalah lain?.. tapi maklumat yang aku dapat agak menggembirakan, kadar RM450 tu bagi penyewa ini sangat murah. Dia nak keluar pun adalah diatas sebab lain dan sebenarnya dia berat hati nak pindah (ikut apa yang dia wassap kat aku lah, tak tahu betul ke tak..ke nak ambil hati aku je pun boleh jadi..haha). Penyewa berkenaan ada memberitahu kadar sewa kawasan berkenaan ialah sekitar RM650/month. Bila aku semak kadar sebenar kawasan berkenaan, memang benar harga yang standard tidak kuramg RM650/month.

Untuk kepastian, aku ada call owner lain di ruangan iklan online mudah.my, memang RM650 ialah harga yang sangat senang untuk dapat penyewa, even unit owner berkenaan talah di sewakan dan sudah lagi tidak available.

Aku anggap benda ni rezeki, kenaikan sebanyak ~RM200 boleh diperolehi hasil dari pertukaran penyewa ini.. inshaAllah semua akan berjalan dengan lancar.. aminn...





Untuk makluman lagi, unit disini walaupun saiznya sebesar unit low cost, tapi statusnya ialah Apartment dan tiada syarat low cost. Sangat senang untuk dibeli tanpa melalui prosedur yang agak ketat.

Saturday, June 28, 2014

Jom Uji Minda Sikit.. Alihkan Sebatang Kayu Seperti Dalam gambar Supaya Jawapannya Empat

Meh uji minda sikit..
Ini teka-tekinya : Alihkan sebatang kayu supaya jawapannya ialah empat
sila fikir dulu, untuk tahu jawapan, skrol bawah
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
\l/

p/s : aku terfikir, adakah benda ni patut ada di blog aku?? hahah

Friday, June 27, 2014

Mencari kerja di Kelantan?? ni antara idea dan cara buat duit melalui hartanah di Kelantan

Mat Utie nak ulas sedikit mengenai prospek kerjaya di Kelantan. Sebab apa Kelantan? sebab ni negeri kelahiran aku..heheh.. ya betul tidak dinafikan kadar gaji esp dari syarikat swasta di Kelantan agak rendah berbanding kebanyakan di negeri lain di Malaysia menyebabkan ramai anak muda berhijrah untuk mencari rezeki yang lebih di negeri lain termasuk ibu kota Kuala Lumpur (aku le tu)..

Sebenarnya dah lama aku fikir mengenai potensi hartanah di Kelantan ni, bukannya apa, untuk masa depan jugak. Aku punya aim untuk long term ialah balik berkhidmat di negeri kelahiran sendiri bila dah fianncially independence.. boleh capai ke ni??hahahah...

Kalau kat KL ni, beli apartment, sewakan dan hasil duit sewa ada surplus lepas tolak installment. Tapi kalau kat Kelantan, jarang boleh dapat kes semacam di KL disebabkan kadar sewa yang rendah. Jadi, bermacam lah idea aku untuk nak survive punya pasal.

OK lah, ni antara idea aku:

1. Jadi ejen hartanah : Sebenarnya ada kelebihan jadi ejen hartanah di Kelantan ni. Kebanyakan orang Kelantan ni ada yang banyak duit dan ada yang banyak tanah. Yang tak ada duit dan tak ada tanah pun ada jugak (lagi, aku le tu). Lagi pun kebanyakan pemiliknya adalah MELAYU dan bukannya seperti di KL ni yang sangat mencabar especially bila deal dengan pemilik bukan melayu. Caranya senang, untuk cari penjual hartanah, iklankan guna signboard di setiap simpang jalan di kawasan 'kebun' kita. Bila dah dapat list penjual berkenaan, iklankannya di laman web ataupun surat khabar dan berbagai lagi. Aku agak optimis dan berkeyakinan dengan potensi berkenaan.

2. Jadi broker hartanah : Kalau ada modal, beli tanah pertanian, tukar status ke tanah kediaman dan jual dalam bentuk lot.

3. Jadi kontraktor hartanah : Kalau ada modal jugak, jadi kontraktor. Belajar selok belok mengenai ilmu kontraktor pembinaan rumah. Beli tanah, naikkan rumah, then jual. Ulang lagi hingga kaya.. heheh

4. Jadi both broker dan kontraktor : Kalau ada modal lagi, beli tanah pertanian, tukar status tanah lot kediaman, naik rumah atas setiap lot. Then jual ataupun refinance.

Aku ni, cakap senang, tulis pun senang.heheh.. Bahagian melaksana belum tentu boleh berjaya. Tapi aku sebenarnya serius sangat optimis benda ini boleh dilakukan.. Sekiranya aku ada peluang, memang aku akan buat benda ni, tapi nak buat macamana dah terjebak dengan kerja di KL ni memang agak susah nak pusing halatuju tu.

Kemalasan Melanda

Wah, dah lama tak update blog ni.. kemalasan melanda, malas nak update blog.. teruk betul..bukannya apa, kepala pusing sebab banyak terlibat dengan kerja-kerja di pejabat yang merunsingkan otak dek KPI yang tinggi. Serabut tapi enjoy. Nak buat macam mana dah namanya mencari sesuap nasi.

Ada sesiapa yang boleh share tak macamana nak elakkan kemalasan ni?




Tuesday, June 24, 2014

ASUS Zenfone 5 Error

Baru-baru ini aku ada beli telefon bimbit model ASUS Zenfone 5 di kedai Satu Gadget Dot Com di Cheras.  Harganya RM499 untuk kategori 1.6Ghz, 2 Gig Ram dan 4 gig internal memori. konsider murah berbanding kedai lain. Tapi aku dapati ada error especially bila install WhatsApp atau Facebook. Error seperti gambar dibawah:

WhatsApp tries to read contacts

Error ini keluar banyak kali sampai tak larat nak klik. Bila aku refer balik pada kedai berkenaan, diorang cakap itu ialah masalah firmware. Asalnya aku ingat aku ada salah setting, rupanya error ini dari ASUS sendiri. 

Jadi, sekali lagi aku malang bila berkaitan dengan telefon bimbit. sedih betul. Walaubagaimanapun, jaminan diberikan oleh pihak penjual untuk fix perkara ini dan aku harap ianya dapat dipulihkan. 

Update terkini:
Hari ini 27 June 2014, phone aku ni dah berjaya dipulihkan oleh pihak penjual. Lega sikit walaupun bukan handphone mahal sangat pun.



Monday, January 20, 2014

Review Progress Investment berakhir 2013

Lewat aku bercerita tentang ini. 2013 ialah antara tahun yang aku paling tak produktif dalam investment. Tiada sebarang unit baru yang aku beli pada tahun ini. Wah teruknya. Aku boleh listkan beberapa alasan tapi itu tidak membantu aku untuk terus ke hadapan.

Pembaharuan dalam 2013 ialah aku dah buat ASB loan ke tahap maksimum. Tahun 2013 ini ASB mengumumkan dividen sebanyak 7.7 sen dan bonus sebanyak 1.00 sen.

 Dari segi hartanah, tiada pembaharuan yang major melainkan masih maintain penyewa lama tanpa sebarang masalah. Aku masih tiada perancangan untuk naikkan harga sewa untuk setakat 2014 ini.

Tahun 2013 juga menyaksikan keborosan aku dalam membeli peralatan yang tidak mendatangkan faedah. Banyak aku berhabisan dalam melayan hobi memancing ni. Masih tiada mendatangkan hasil yang memberangsangkan setakat ini. Sesuatu ikhtiar perlu dilakukan bagi mendapatkan hasil dari hobi ini.

Sunday, January 05, 2014

Aku yang malang - Cara keluarkan hook yang tersangkut di jari

Aku selalu ternampak orang post cara keluarkan hook yang tersangkut di jari. Tapi aku buat tak endah. Kali ni betul-betul berlaku kat aku. Masa tengah ikat mata kail hari tu, entah macamana terlepas tali dari gigitan aku dan terus terjadi macam gambar di bawah (dalam sekelip mata) kat jari aku (ini gambar dari internet sebab aku tak sempat nak snap jari aku masa tengah panik tu.)

So, dalam keadaan panik tu, aku tak ada pilihan, kena tembuskan jari macam gambar bawah ni :

Untuk makluman, hook ni bila dah tersangkut, tak boleh reverse, sebab dia ada cangkuk yang dibuat purposely tak bagi mangsa terlepas. Sekarang ni aku lak yang jadi mangsa sendiri. hahah. Hasilnya :


Yang menariknya, sakit takde lah rasa sangat, ngeri je lebih. Pengajarannya, next time kena lebih hati-hati mengatur langkah. Malang tak berbau.