Monday, November 26, 2012

Memukat Udang Harimau di Perairan Sabak, Kelantan

Kisah kali ni berkisar pada hobi aku.. heheh

Hujung minggu lepas, aku balik ke kampung bersama anak ke dua, naik bas je. Anak sulung, bini aku jaga kat KL. Bagi sorang satu jaga anak. Kali ni aku balik sebab nak uruskan pembelian bot lain untuk menggantikan bot sedia sebab bot sedia ada tu tak sesuai dengan aktiviti di pantai ini.

So, aku ada visit bot ini. Bila tanya pendapat kebanyakan nelayan sekitar, aku jadi keliru, ada yang kata sesuai, ada yang kata tak sesuai. Pening.

ini bot itu!

Hari Jumaat aku balik, rilek-rileks sikit rehat dan lawat sekitar pengkalan.



Hari Sabtu, abah aku ajak turun memancing. Aku sempat mengajak kawan baik Cikgu Egy turun sama. Turun pukul 7 pagi. Pagi tu agak kumpau, ikan kerisi tak berapa nak mematuk (makan umpan), dapat 5-6 ekor kerisi sahaja. Lepas tu pindah ke tukun kapal, dan kat situ terdapat beberapa tarikan ikan besar meragut umpan namun tiada yang sudi tersangkut di mata kail. Pukul 11, abah ajak pulang. On the way pulang, singgah di Unjam Pakdo Ma, sempat mamancing ikan Kirung (ikan balik mangkuk). Letak saja umpan mesti dapat, kuat makan ikan ni. Cikgu Egy letak umpan ikan Lecek hidup, kena tarik di ikan besar dua tiga kali tapi masih tak mahu sangkut. Frust betul. Last sekali, dapat ikan pengubat hati (Todak) bersaiz 2kg. Boleh lah, catch and release.Kat unjam ni aku dapat ikan cermin dan lain-lain bersaiz sederhana. Syok.

Sampai kat pengkalan, abah aku siapkan pukat udang. Ajak pergi memukat udang pula, "air cantik" katanya.
Aku turun memuka udang pukul 3p.m.. Nelayan lain hari tu dah tak larat, ramai yang kumpau. Pukat diletak dalam 2 batu dari muara. Dalam 15minit, pukat di angkat. Perghh, udang harimau bersaiz A. Hari tu dapat 50 ekor atau bersamaan 6kg. Udang lain dapat dalam 3kg. Juga terlekat di pukat tu Ikan yu bersaiz ~3kg.

Anak kedua aku & ikan yu

Udang

Pukul 8 malam, siap asingkan ikan dan udang

Pengasingan udang

Udang ini dibeli dengan harga rm15 seekor oleh jiran

Sebelum dibawa ke tokey ikan.

Hasil hari itu, boleh lah dalam rm400++. Rezeki tersepak. Jarang-jarang sekali ada lah. Selalunya, hasil untuk yang dapat boleh cover minyak bot. kadang-kadang nak cover minyak bot pun tak lepas. Kepada yang berminat untuk informasi santai boleh visit link di facebook.


Link blog - http://pancinglautkelantan.blogspot.com/


6 comments:

  1. udang bagak punya besar tu.. goreng pon sodap.. btw, kumpau tu mksdnya apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kumpau tu maksudnya tak dapat hasil.. memang sedap, makan dua ekor dah kenyang tak payah makan nasi.. heheh.. jom turun ronda-ronda laut Kelantan! heheh

      Delete
    2. oo mcm tu..

      x pnah turun laut bro.. kalau naik bot/feri kt penang/langkawi etc tu pnh la.. nmpk org lain pnya aktiviti mcm best.. kecik2 dulu memancing pakai joran buluh tu penah laa.. ha3

      Delete
    3. oyeke.. haha.. sama la, joran buluh masa kecik2 tu asas untuk pemancing tegar..hehe.. siapa tak ada pengalaman tu rugi aa.. heheh..

      Delete
  2. kawe nak ngail gak wei...bila bulih ngail ni...trip male tak dop ko? panah cen tengah ari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya trip boleh di ejas nak turun masa mana pun.. tapi loni pending sebab tekong ralik turun memukat sendiri dan tak sempat nak bawa pemancing turun sama-sama.

      Delete