Monday, December 24, 2012

Nampak iklan rumah lelong > berminat > macam mana nak buat??

 Bosan lepak dirumah di hari Krismas ini, baik aku menulis sedikit informasi.

Nak berkongsi trik yang selalu aku buat untuk stadi hartanah sekitar kawasan kediaman kita..

Kita sering melihat iklan rumah untuk di lelong ditampal di tiang elektrik sekitar rumah kediaman kita. Untuk makluman, iklan tersebut ialah dari third party atau dengan kata lain ialah 'ejen hartanah lelong'. Sekiranya berminat mengenai hartanah tersebut, sila hubungi ejen tersebut dan dapatkan nombor unit berkenaan. Dalam kes ini, kebanyakan ejen akan memberi nombor unit kepada kita, just beritahu mereka nak buat site visit. 

Kemudian buat site visit. Perhatikan unit berkenaan dan buat lah bajet sedikit. Sekiranya betul-betul berkenan, tanyakan En. Google mengenai siapa sebenarnya pelelong unit berkenaan. Sekiranya jumpa pelelong berkenaan, dapatkan prosedur yang sebenar dari pelelong berkenaan dengan menghubungi mereka. Tanya sahaja apa yang tidak jelas. Contoh soalan yang sesuai untuk ditanyakan ialah:
1. Unit ini sekarang  ini ialah lelongan kali ke berapa?
2. Berapa market value?
3. Adakah maintenance tertunggak di cover oleh pihak bank?
4. Untuk kes lelongan ini, sekiranya saya menggunakan ejen, adakah ejen diberi komisen oleh pihak bank?

Kemudian, kita boleh menghubungi semula ejen asal tadi, tanyakan berapa caj yang dikenakan? sekiranya tiada caj atau caj nya sangat minima dan kena dengan bajet kita, bolehlah konsider untuk menggunakan khidmat ejen tersebut. Perlu di ingat jangan isi sebarang borang atau memberikan maklumat bertulis kepada ejen berkenaan selagi kita tidak memutuskan untuk menggunakan khidmat beliau. Hal ini kerana, jika kita telah berdaftar dengan mereka dan kita memenangi unit tersebut, tiada peluang untuk kita claim duit komisen ejen lagi. Ejen berkenaan akan dapat duit itu secara percuma!

Tapi sekiranya caj dari ejen berkenaan adalah melebihi bajet kita dan kita mempunyai masa untuk menguruskan unit berkenaan secara sendiri, boleh konsider untuk menguruskannya sendiri. Apa sahaja yang tidak jelas, boleh hubungi dan bertanyakan pada pelelong berkenaan. 

Sekiranya terdapat portion komisen kepada ejen dari pihak pelelong, adalah lebih baik kita mendapatkan khidmat kawan atau sesiapa sahaja yang rapat atau sesiapa sahaja ejen yang dikenali kita untuk mendaftar unit ini. Jadikan kawan kita itu sebagai ejen bebas dengan mendaftarkan borang introducer dari pihak pelelong untuk claim komisen tersebut selepas kita memenangi unit hartanah berkenaan.

In shaa Allah kita akan memperolehi keuntungan yang maksima hasil dari pembelian yang semacam ini.

7 comments:

  1. Anonymous12:52 AM

    Good info my friend. aQram.

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:32 AM

    maksudnya kalau nak masuk lelong, boleh daftar sendiri tanpa melalui ejen? dan kalau menang, kita boleh claim duit komisen ejen td? Pohon pencerahan..tq

    ReplyDelete
  3. boleh daftar ejen atas nama orang lain dan bukan atas nama pembeli.. Hubungi pelelong, dapatkan borang dan daftar sebagai ejen kemudian daftarkan pembeli dibawah ejen tadi.

    ReplyDelete
  4. tak semua bank dan tak semua pelelong yang bg komisyen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. sebab tu ada soalan no 4. Untuk kes lelongan ini, sekiranya saya menggunakan ejen, adakah ejen diberi komisen oleh pihak bank?

      Delete
  5. Bagaimana nak dapatkan perisytiharan jualan jika tidak melalui ejen?

    ReplyDelete