Aku nak mencoret hasil dari
pemahaman aku mentelaah sebuah buku yang sangat menarik untuk dikongsi. Tidak
semua orang berpeluang untuk mengahwini anak jutawan untuk menjadi seorang yang
kaya. Tidak semua mempunyai bakat sukan bertaraf dunia dan juga tidak semua
berpeluang untuk menjadi seorang artis terkenal untuk menjadi seorang jutawan.
Tapi setiap manusia yang lahir di bumi Malaysia ini sebenarnya berpeluang untuk
menjadi seorang jutawan yang kaya. Tidak kisah apa profession anda, sebenarnya
peluang memang ada di depan mata. Caranya adalah seperti berikut :
1. Bekerja Keras : Kena kerja kuat
dan lebih masa. Tak kira apa jawatan anda, kena buat kerja kuat, jangan
main-main. Kena agresif dan proaktif. Kerja menggunakan akal fikiran. Sekiranya kita berada pada level ‘good’,
jangan bersenang-senang kerana kita seharusnya berada di tahap ‘great’ kerana good ialah musuh utama 'Great'!! Kerja
yang kena pada minat kita mempunyai kelebihan di sini. Ingat, MASALAH ialah
PELUANG! Selesaikan masalah tersebut dengan segera dan bukannya lari atau
tangguhkan masalah itu kerana kita tidak akan terlepas darinya.
2. Tingkatkan nilai tambah diri :
Tingkatkan kelebihan diri atau nilai tambah diri kita. Kenapa Iphone lebih
mahal dari nokia cabuk. Kerana Iphone mempunyai banyak kelebihan yang tak perlu
dihuraikan. Begitu juga kita, kenapa cikgu cemerlang mempunyai gaji yang lebih
dari cikgu biasa. Kenapa jurutera IR mempunyai gaji lebih dari jurutera biasa? Maka
tingkatkan lah nilai tambah diri kita berbanding menjadi insan biasa. Selain
itu, kemahiran dalam menjalani kehidupan harian juga penting misalnya kemahiran
membaiki peralatan elektrik dirumah, kemahiran membaiki kenderaan, memasak, renovate
rumah dan sebagainya. Oleh itu, tingkatkan kemahiran diri anda kerana ianya
boleh mengurangkan kos dan perbelanjaan hidup yang banyak. Juga boleh buat
kerja part time yang kena pada minat. Jangan berhenti belajar. Sambung belajar, lambat atau cepat tak mengapa. Kalau cepat, bagus.
3. Pengurusan kewangan : Jangan
boros. Kenal pasti keperluan dan kehendak. Penuhkan keperluan dan bukannya
kehendak. Jimatkan duit seboleh mungkin. Bersusah-susah dahulu tidak mengapa.
Jangan ikutkan percakapan orang kerana kita tidak akan dapat memenuhi setiap komen
orang. Berjimat cermatlah. Tangguhkan setiap pembelian yang besar yang
melibatkan perkara tidak penting. Buat kajian dan analis sebelum membeli
sesuatu. Elakkan dari ditipu. Belajar dan ambil iktibar dari setiap kes
penipuan. Kena ingat, tidak ada orang yang dengan mudah ingin memberi duit
kepada anda. Belajar dan fahami cara-cara mengurus kewangan dengan bijak dan
bukan sekadar menyimpan. Ketahui cara kira mengenai sesuatu pinjaman yang akan
dibuat. Uruskan pinjaman dengan sebaiknya. Gunakan kad kredit dengan sebaik
mungkin untuk mendapatkan kelebihan dan bukannya kerugian.
4. Melabur : Pelaburan dapat dibuat
setelah kita dapat menguruskan kewangan dengan sebaik mungkin. Kenalpasti
pelaburan yang sesuai seperti contoh pasaran saham, saham amanah dan hartanah. Pelajari
sebanyak mungkin cara dan ilmu pelaburan ini. Praktikkan apa yang dipelajari.
5. Doa, Bersedekah dan amal jariah : Doa dan minta dari yang Maha Kuasa. Sedekah dan amal
jariah merupakan pendinding untuk mengelakkan dari kepapaan dan juga boleh
mendatangkan rezeki.
**posting ini akan di update dari semasa ke semasa bergantung pada idea yang datang dalam kepala ini. heheh..ini sahaja setakat yang terfikir sekarang
"hasil penulisan bukan seorang jutawan" hahah
"hasil penulisan bukan seorang jutawan" hahah
No comments:
Post a Comment