Wednesday, December 19, 2012

Lelaki Jepun Paling Tua di Dunia - Kiraan Dividen ASB


Usia beliau ialah 115 tahun pada 2012. Wah, lama beliau hidup. 

Jom mari kita buat kira-kira sikit.
Dari segi pelaburan, jika beliau mempunyai RM1,000 pada usia 20 tahun, kemudian beliau menyimpan di dalam ASB yang memberi pulangan purata sebanyak 7% setahun. Maka, pada hari ini beliau telah mempunyai duit berjumlah RM 578,196.02. Banyak bukan? Inilah kehebatan 'snow ball effect' dalam pelaburan yang diceritakan sebagai salah satu perkara ajaib dunia oleh Albert Einstein (entah betul ke tidak fakta aku ni). Wow...

Kira-kiranya macam ni:

(RM1,000 X 1.07) guna kalkulator saintifik, tekan '=' sebanyak 95 kali.

Ini lah konsep yang membuatkan Warrent buffet menjadi kaya-raya iaitu dengan memilih pelaburan yang paling tinggi dividen dan kemudian, kiraan masa yang menentukan kekayaan beliau.

Lelaki Jepun paling tua di dunia pada 2012

2 comments:

  1. Rasanya Kakak kepada atuk aku, bernama Hjh Long, yang masih hidup di kampung Chohong, Jasin, Melaka boleh digolongkan sebagai antara yang tertua di Malaysia, kalau pun tak di dunia. Atuk aku sendiri (Hj Limat)itu pun masih hidup. Usia sebenar kita tak dapat pastikan sebab zaman dulu biasanya orang-orang kampung buat i/c lewat. Bayangkanlah, umur ayah aku sendiri telah mencapai 75 tahun. Katakanlah atuk aku berkahwin pada usia 20 tahun, kurang-kurangnya umur dia sekarang 96 tahun. Tapi diberitakan orang lelaki masa itu kawin pada sekitar umur 25 tahun. Kalau betul begitu, umur atuk aku mungkin sekitar 100 atau 101 tahun....Berbalik pada cerita kakak atuk aku ini, dikhabarkan semasa mula-mula diperkenalkan buat i/c dulu (zaman British) dia telah punya anak 3!!...Aagak-agak berapa umur dia yang sebenar?...

    ReplyDelete