Friday, December 28, 2012

Hukum Melabur di ASB, halal ke haram?

Payah nak bahas mengenai hukum halal haram ASB ini. Dari dulu banyak perbualan, persoalan dan perdebatan mengenai hukum melabur di ASB yang nampaknya tiada penghujung (kot..). 


ASB halal ke haram?

Mengikut maklumat dari seorang kawan rapat, ASB di tafsirkan haram kerana ia melabur di Maybank yang mana pelaburan Maybank adalah secara menyeluruh di mana-mana kompeni yang mungkin terlibat dengan perkara shubahah. Kalau benda ini menjadi ukuran, bagaimana dengan nasib pekerja Maybank yang beragama islam seluruh Malaysia?Adakah rezeki mereka di kira tak halal? 

ASB dikatakan harus adalah disebabkan ianya merupakan sumber pendapatan yang agak penting untuk  warga bumiputera islam seluruh Malaysia untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Maka terdapat perbahasan yang agak panas mengenai hal ini yang hingga kini tidak berkesudahan (barangkali...). Memandangkan huraian dari mufti, ulamak, Ustaz dan beberapa individu yang mempunyai ilmu agama turut tidak mempertikaikan dan tidak menghalang kepada sesiapa yang berminat untuk melabur di ASB, maka aku ON saja. 

kesimpulan aku, jika kita tidak dapat menerima aktiviti ini, tak perlu lah terima dan cuba cari alternatif lain. Masih banyak pelaburan lain yang lebih menguntungkan. Tapi tak perlulah menghasut orang lain untuk mengikut apa yang kita buat kerana setiap manusia mempunyai pemikiran yang tersendiri dan mungkin tidak sama dengan apa yang kita fikir.

Akhir kata, 'tepuk dada, tanya sama pokok...'

No comments:

Post a Comment