Wednesday, July 17, 2013

Kelas Fenomena Saham 2013- oleh Zamsaham

Kelas selama dua jam ini aku rasa sangat bermanfaat bagi beginner macam aku ni. Banyak tips dan tunjuk ajar oleh En. Zam diberikan. Tips yang bagi aku amat bagus dan kena dengan apa yang aku baca setakat ini. Beliau juga berkongsi tips dan cara mudah untuk menilai suatu saham yang ingin dibeli. Bila nak masuk dan bila nak exit.

Zamsaham juga mengajar macamana membaca saham dari suratkhabar yang sebelum ini aku tak pernah tahu macamana nak membaca benda alah ini. Sekarang ni dah boleh baca sikit-sikit lah. heheh.. juga beliau mengajar macamana mengira peratus keuntungan hasil dari pelaburan kita. Peratus keuntungan = (jual -beli)/beli x 100.

Dari kelas ini, apa yang penting ialah penyampaian dan kesedaran mengenai market analisis secara keseluruhan yang mana pada waktu sekarang ini ialah antara masa yang sesuai untuk menceburi pasaran saham di sebabkan kitaran ekonomi dunia yang sedang berlaku.

Nota saham aku

Beliau juga mengajar sedikit teknikal analisis mengenai MA2, MA4 dan bolinger band untuk mengenalpasti waktu masuk dan keluar yang betul. 

2 comments:

  1. Anonymous2:54 AM

    Salam..abg start mule main saham brape yea modal p'mulaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak main saham pun lagi.. asyik tenogk orang untung je..tapi sampai sekarang tak ada action lagi.. tapi tips dari expert, kita kena perhati dulu, kurang2nya 6 bulan baru boleh terjun..hahah.. tu ayat penyedap hati untuk org yang belum bermula..

      Delete