Tuesday, July 02, 2013

Seminar Jutawan Saham percuma bersama Razali Mohamad

Pada hujung minggu lepas aku ada menghadiri sminar yang dianjurkan oleh remiser En. Razali Mohamad bertempat di Nomad Sucasa Hotel, berdekatan KLCC.
Apa yang aku dapati, En. Razali ini seorang yang berpengetahuan luas dalam dunia saham dan seorang yang pemurah. Siapa yang nak sertai seminar beliau, sila berinteraksi semasa sesi pembentangan beliau dan sila jadi orang pertama yang mendaftar. Boleh dapat hadiah dan lunch free bersama beliau.

Ada 3 benda utama yang disampaikan beliau pada hari berkenaan.

1. IPO- Saham terbitan awam
**Tips- Saham terbitan awam melalui MITI boleh dan amat digalakkan beli kerana ianya berkemungkinan besar akan untung. Sebab orang besar pon ada dalam ini dan mereka akan pusing juga saham ini biar jadi untung.
- Pilih remiser yang boleh tolong untuk kita dapatkan loan untuk buat saham berkenaan. Remiser yang rajin dan berpengetahuan akan tahu caranya dan akan berusaha menolong kita.

2. EKUITI - Tambahan modal pada syarikat
sama tips dengan IPO dan jangan lupa untuk menyemak samada modal tambahan ini diperlukan untuk menampung permintaan atau dgunakan untuk membayar hutang. Kalau ianya akan digunakan untuk membayar hutang, lupakan ekuiti ini. Tapi sekiranya ia akan digunakan untuk menampung permintaan pelanggan, kemungkinan untung amatlah cerah.

3. CPO
** Kena belajar silat cekak




No comments:

Post a Comment