Tuesday, September 11, 2012

Lagi - Penyewa Lari - Pangsapuri Impian Saujana Putra

Bulan ni aku loss lagi.. penyewa baru aku lari pulak ehhh.. aku mesej dia tak reply, sewa dah tertunggak.. aku agak mamat ni dah keluar nii.. aku malas nak check dan semak, aku terus iklan kat Mudah.my untuk cari penyewa baru. Kali ni aku naikkan sikit harga sewa. Satu hari iklan, malam tadi ada potential tenant datang visit rumah. Aku pun datang sekali visit rumah tu. 

Aku risau penyewa tinggalkan rumah tu dengan keadaan yang bersepah. So, aku datang awal sikit. Bila sampai kat unit aku tu, terus aku check. Sah mamat tu dah lari keluar. Aku pecah masuk dan nasib baik takde la bersepah sangat unit tu.

Aku kemas sikit-sikit, then potential tenant tu sampai. Dia tengok-tengok unit tu then terus booking. Senang kerja aku. Alhamdulillah tak susah sangat nak dapat penyewa. Untuk makluman, dah banyak perubahan berlaku sekitar Bandar Saujana Putra ni. Shop lot dah naik banyak. Harga sewa pun dah naik banyak.

Pengurusan pangsapuri tu pun dah banyak berubah. Bersih, tiada sampah merata-rata. Security pun agak ketat samapaikan aku nak masuk ke area perumahan tu pun kena dapatkan pass pelawat. Aku tengok, tangga yang dah pecah-pecah pun dia dah baiki. Memang aku puas hati.

Harap penyewa baru kali ni OK tak ada buat masalah.

13 comments:

  1. nak tanya, berapa market value umah kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti berapa harga sebetulnya. Tapi saya agak dalam RM50k ke RM60K sahaja. Ramai orang nak jual melebihi RM60K tapi saya rasa sangat susah nak jual.

      Delete
  2. semoge penyewe kali ni baik baik je ye.. hihi

    ReplyDelete
  3. ya ya.. harapnya lah...

    ReplyDelete
  4. beruntung kalau dapat penyewa yang bertanggungjawab..nak sewa lama-lama pun tak pe....

    ReplyDelete
  5. so skrg da ade tenant lah...kalau blm,sy berminat nk sewa. :)
    and sape2 ade mklmt yg nk sewakan umh kat saujana putra blh email sy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang memang dah ada tenant.. maaf sangat..

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. salam bro .ade x rumah utk d sewa kt skitar tu? tolg carikn hehee sy bakal brkhwin n mncari pginapn brhmpiran exit shah alam ..sbb bkl wife kerja di shaha lam, shah alm lak cam pnuh, sesak, mahal lak tu .. tq sir

    ReplyDelete
  8. salam bro .ade x rumah utk d sewa kt skitar tu? tolg carikn hehee sy bakal brkhwin n mncari pginapn brhmpiran exit shah alam ..sbb bkl wife kerja di shaha lam, shah alm lak cam pnuh, sesak, mahal lak tu .. tq sir

    ReplyDelete
  9. ade dgr mane2 rumah yg nk dijual x kat situ?

    ReplyDelete
  10. ade dgr mane2 rumah yg nk dijual x kat situ?

    ReplyDelete