Monday, August 11, 2014

Belajar cara beli saham stock market Syarikat di Malaysia di Bursa Saham BSKL @ KLCI

Aku baru berjinak dalam pembelian stok saham syarikat di Malaysia. Remisier merangkap Mentor aku ialah Zamsaham dan team. Pada peringkat awal, aku pun tak tahu macam mana nak membeli saham berkenaan.

Aku bukan apa, kalau main game cash flow, En. Kiyosaki selalu beri kad saham yang murah. Aku konfius kat mana nak beli benda alah tu. Rupanya kat saham ni. 

Sedikit aku nak hurai kat sini caranya secara kasar. Mula-mula, kena buka akaun CDS. Untuk nak buka akaun CDS, kena hubungi syarikat broker. Dapatkan borang pembukaan akaun CDS dari syarikat broker berkenaan dan lengkapkan. Pastu submit lah, kena caj RM10 ringgit sahaja.

Sedikit ank pesan kat sini, remisier yang dipilih mestilah yang komited, ada team yang membantu dan senang untuk dihubungi. Ye lah, ini melibatkan duit, kena hati-hati. Actually aku dah approach beberapa remisier yang agak ternama dan aku berkenan betul dengan cara team Zamsaham menguruskan benda ini. So far sangant bagus, cekap dan pantas. Aku sangat rekemen!

Kemudian bila dah lulus, syarikat broker akan hubungi kita untuk memberikan maklumat trading seperti nombor akaun, nombor client dan sebagainya. Mereka juga akan beri link untuk download software. Kita juga akan dibekalkan dengan username dan password.

Bila dah siap download dan install software berkenaan, kita boleh lah log in untuk melihat interface dalam akaun kita tu. Yang kat dalam ni kena godek-godek sikit. Aku pun blur tak tahu apa nak buat bila dah dapat log in. Bagai kera mendapat bunga.. haha.. 

Ini contoh interface nya.


Untuk nak start trade, kena masukkan duit modal pelaburan kita lah. Kena hubungi remisier untuk dapatkan nombor akaun syarikat broker berkenaan. Dah dapat nombor akaun tu, bank in lah sejumlah modal kita. Bila dah bank in, beritahu remisier, mereka akan update dalam akaun kita sejumlah wang berkenaan dan kita dah bank in tu. Kadang dia beri lebih bergantung kepada budi bicara kita.

Pastu apa lagi, kenal pasti syarikat mana yang anda minat nak labur. Buat analisis, teknikal dan fundamental. Then kalau dah cun, boleh start beli. Selamat melabur! bukan melebur ya!

6 comments:

  1. bagus bro..salah 1 lagi cabang pelaburan jgn letak telur dlm 1 bakul je letak dlm banyak bakul..apa2 pun jgn tamak dlm saham nih..cukup target % kita kasi all match...good luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bos! nasihat yang baik! inshaAllah!

      Delete
  2. Berapa kita perlu bayar klu kita beli 10000 unit saham brharga rm1 n jual bila harga rm1.05.tlg beri pencerahan tk

    ReplyDelete
  3. Berapa kita perlu bayar klu kita beli 10000 unit saham brharga rm1 n jual bila harga rm1.05.tlg beri pencerahan tk

    ReplyDelete
  4. Berapa kita perlu bayar klu kita beli 10000 unit saham brharga rm1 n jual bila harga rm1.05.tlg beri pencerahan tk

    ReplyDelete
  5. Berapa kita perlu bayar klu kita beli 10000 unit saham brharga rm1 n jual bila harga rm1.05.tlg beri pencerahan tk

    ReplyDelete