Thursday, July 03, 2014

Bila penyewa rumah yang baik mahu berhenti menyewa, berita baik atau berita buruk? Apartment Desa Satu, Aman Desa Kepong

Rujuk pada tajuk di atas, aku sendiri pun tak tahu samada ianya berita baik atau berita buruk. Aku lebih berpendapat bahawa ianya bergantung kepada keadaan. aku ni pandai buat soalan je, tapi skema jawapan tak pasti.. hahah

Refer pada kes aku sehari dua ini, penyewa kat Desa Satu Apartment Kepong sudah mahu keluar la. Unit ini aku sewakan dengan kadar RM450/month. Untuk makluman, penyewa ini sangat bagus dan tidak pernah miss bayar walau ada sedikit kelewatan yang pernah berlaku.

Bila dia nak keluar ni, aku ada buat sedikit servey, kenapa nak keluar?, mahal sangat ke aku beri sewa?, atau ada masalah lain?.. tapi maklumat yang aku dapat agak menggembirakan, kadar RM450 tu bagi penyewa ini sangat murah. Dia nak keluar pun adalah diatas sebab lain dan sebenarnya dia berat hati nak pindah (ikut apa yang dia wassap kat aku lah, tak tahu betul ke tak..ke nak ambil hati aku je pun boleh jadi..haha). Penyewa berkenaan ada memberitahu kadar sewa kawasan berkenaan ialah sekitar RM650/month. Bila aku semak kadar sebenar kawasan berkenaan, memang benar harga yang standard tidak kuramg RM650/month.

Untuk kepastian, aku ada call owner lain di ruangan iklan online mudah.my, memang RM650 ialah harga yang sangat senang untuk dapat penyewa, even unit owner berkenaan talah di sewakan dan sudah lagi tidak available.

Aku anggap benda ni rezeki, kenaikan sebanyak ~RM200 boleh diperolehi hasil dari pertukaran penyewa ini.. inshaAllah semua akan berjalan dengan lancar.. aminn...





Untuk makluman lagi, unit disini walaupun saiznya sebesar unit low cost, tapi statusnya ialah Apartment dan tiada syarat low cost. Sangat senang untuk dibeli tanpa melalui prosedur yang agak ketat.

5 comments:

  1. Tahniah...pada aku berita baik kalau penyewa dah duduk lama,pernah terjadi kat aku boleh naikkan sewa...alhamdulilah syukur

    ReplyDelete
  2. tq bro! betul tu, kadang2 kita nak naikkan sewa pun rasa segan, tapi bila penyewa dah keluar ni, alang2 boleh terus tukar kadar sewa.. penyewa ni pun dah hampir dua tahun !

    ReplyDelete
  3. demo x kelik kg gi kait buah kurma ke?hehe

    ReplyDelete
  4. hahaha..dop kelik lg setakat ni.. ingat nok kelik jugok tuh..

    ReplyDelete
  5. Anonymous7:48 PM

    Rmah ni ada lagi x org sewa?

    ReplyDelete