Sunday, January 05, 2014

Aku yang malang - Cara keluarkan hook yang tersangkut di jari

Aku selalu ternampak orang post cara keluarkan hook yang tersangkut di jari. Tapi aku buat tak endah. Kali ni betul-betul berlaku kat aku. Masa tengah ikat mata kail hari tu, entah macamana terlepas tali dari gigitan aku dan terus terjadi macam gambar di bawah (dalam sekelip mata) kat jari aku (ini gambar dari internet sebab aku tak sempat nak snap jari aku masa tengah panik tu.)

So, dalam keadaan panik tu, aku tak ada pilihan, kena tembuskan jari macam gambar bawah ni :

Untuk makluman, hook ni bila dah tersangkut, tak boleh reverse, sebab dia ada cangkuk yang dibuat purposely tak bagi mangsa terlepas. Sekarang ni aku lak yang jadi mangsa sendiri. hahah. Hasilnya :


Yang menariknya, sakit takde lah rasa sangat, ngeri je lebih. Pengajarannya, next time kena lebih hati-hati mengatur langkah. Malang tak berbau.


3 comments:

  1. seriously seriauuu tgk haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam dah jadi kebiasaan kepada kaki pancing kalau kes semacam ini.. baru-baru ini ada kawan yang kena..

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete