Monday, January 20, 2014

Review Progress Investment berakhir 2013

Lewat aku bercerita tentang ini. 2013 ialah antara tahun yang aku paling tak produktif dalam investment. Tiada sebarang unit baru yang aku beli pada tahun ini. Wah teruknya. Aku boleh listkan beberapa alasan tapi itu tidak membantu aku untuk terus ke hadapan.

Pembaharuan dalam 2013 ialah aku dah buat ASB loan ke tahap maksimum. Tahun 2013 ini ASB mengumumkan dividen sebanyak 7.7 sen dan bonus sebanyak 1.00 sen.

 Dari segi hartanah, tiada pembaharuan yang major melainkan masih maintain penyewa lama tanpa sebarang masalah. Aku masih tiada perancangan untuk naikkan harga sewa untuk setakat 2014 ini.

Tahun 2013 juga menyaksikan keborosan aku dalam membeli peralatan yang tidak mendatangkan faedah. Banyak aku berhabisan dalam melayan hobi memancing ni. Masih tiada mendatangkan hasil yang memberangsangkan setakat ini. Sesuatu ikhtiar perlu dilakukan bagi mendapatkan hasil dari hobi ini.

2 comments:

  1. tahun 2014 memang mencabar kita tunggu

    ReplyDelete
  2. oklah tu bro..asb dah full

    ReplyDelete