Tuesday, December 10, 2013

Tips dan cara habiskan pengajian PhD!

Wah.. dah lama tak jenguk blog ni.. dah bersawang nampaknya.. Mat Utie sibuk senjak dua menjak ini.. menghabiskan sisa-sisa pengajian PhD yang memenatkan.. Alhamdulillah dah habis dan sudah terima surat senat. Syukur ke hadrat ilahi.

Sedikit nak berkongsi tips kepada sesiapa yang minat untuk sambung belajar di peringkat master atau PhD yang melibatkan penyelidikan. Tips aku nak share ni mudah saja, PUBLISH PAPER DALAM ISI CITED JOURNAL!! Untuk Master student, 1 paper sudah memadai. Untuk PhD, 2 paper sudah memadai. 

Siapa kata publish paper ni susah? Dah cuba ke belum? Berapa kali dah cuba? Kalau paper kena rejek berpuluh-puluh kali tu benda biasa lah. Itu lah cabaran dalam dunia penyelidikan. Tak ada benda yang senang dalam mengejar kejayaan. Nak dengan tak nak saja. 

Mat Utie menyokong penuh sesiapa yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Moga  kalian berjaya

Teringat lirik dikir barat :

Belajar ni kena kuat,
Ngaji jangan tak ngaji,
Sampai ke liang lahad,
Baru kita boleh berhenti!

6 comments:

  1. hmmm tak terfikir lagi nak buat phd, mesti mencabar betul

    ReplyDelete
  2. mencabar yang boleh tahan jugak.. silakan tuan..

    ReplyDelete
  3. tahniah Dr. sayuti!!!...
    jelessss... aku baru nak meniarap mule phd... haiishhh...
    rumah aku x setel la plak lagi... apa2 aku inform..tahniah lg skali.. huhu

    ReplyDelete
  4. tq Nadot.. All the best utk ko! syoknye nampak kat oversea.. Pasal rumah tu, inform tau, bnyk kali pon xpe, takut aku tak terperasan.. keep in touch!

    ReplyDelete
  5. Aku ambik IT masa degree, sekarang dah kerja. Tapi rasa nak sambung belajar, so patut ambik part time/full time? Apa bidang yang kau boleh suggest untuk Master? Thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kerja, elok ambil by course, kelas hujung minggu, kat UM ni senang juga la nak lulus.. bidang IT pun elok juga, MBA pun elok, depend pada minat dan perancanan masa depan masing-masing

      Delete