Saturday, May 18, 2013

Segelintir anak melayu pemalas

Semalam, aku terkilan dengan satu pengalaman yang betul-betul menyentuh hati aku. Petang semalam aku diminta hadir ke satu unit sewa aku ini. Bekas penyewa aku nak pindah barang dia keluar dari satu unit sewa aku ni sebab dia dah pindah ke tempat lain. Sepatutnya aku hadir untuk memerhati. 

 Tapi bila kakitangan tidak mencukupi untuk mengangkat barang tersebut, aku dengan rela hati tolong angkat sekali tanpa ada upah apa-apa. Penyewa aku dah serba salah, dia cuba dapatkan bantuan dari anak muda yang ada berdekatan dan tawarkan untuk membayar dengan sejumlah duit. "Maaf bang, saya sibuk ada kerja ni". Aku melihat, dalam hati "tak apa lah mungkin dia ada kerja".

Dalam 5 minit kemudian, budak tu datang dengan kumpulan dia berhampiran kami memunggah barang.  Ada dalam 10 orang. Kemudian mereka duduk tepi sebuah bangunan berhampiran. Sesetengah dari mereka hisap rokok. Semua lepak sambil berbual-bual. Langsung tidak menghiraukan kami yang memunggah barang ni. Sakit hati aku melihatnya. Dia lepak betul-betul sebelah kami yang mengangkat barang ni.

Nak kata tak sihat, semua nampak ok. Muda-muda, dalam lingkungan 18-20an. Betul-betul menyakitkan hati. Tak tahu apa nak jadi. Bukan nak suruh tolong aku, tapi bagi aku benda tu common sense. Lagipun penyewa aku dah minta tolong. Apa payah sangat. Kalau seramai tu yang tolong, kejap je siap dan bukannya berat sangat. Kami 3 orang je yg buat kerja memang berpeluh-peluh.

Tak apa, bagi aku ia pengalaman yang bagus. Aku tak kira lepas ni, jangan harap aku nak tolong golongan yang semacam ini di kemudian hari. Tak apa lah.


2 comments:

  1. hahaha budak2 sekarang memang gitu kot... takpe bro jangan balas dendam...;) orang tak tolong kita takpe... janji kita tolong orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sib baik ada nasihat ni.. tq bro..

      Delete