Wednesday, June 05, 2013

Ada hantu dalam rumah sewa, macam mana nak urus??

Aku pernah diajukan soalan, tak takut ke rumah yang ko beli tu ada hantu? jawapan aku simple.. zaman sekarang mana ada hantu.. "harap rumah yang aku beli ni tak ada masalah hantu"dalam hati.. tup-tup, baru-baru ni aku dapat panggilan dari penyewa satu unit aku kat Subang ni, "En. Tuan Rumah, bini saya di ganggu hantu lah".. aku tak pernah handle kes semacam ini.. seram bulu roma dibuatnya.. penyewa aku betu-betul perlukan pertolongan dan mendesak aku supaya selesaikan secepat mungkin..

Aku tak ada pengalaman handle kes yang macam ini. Lama aku fikir, baru teringat ada kawan aku yang pernah mempelajari ilmu perubatan Darusshifa. Bila aku call dia, dia rekemenkan aku supaya datang ke Masjid Bulat Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor. Disitu ada satu pusat rawatan Darusshifa. Aku dibawa berjumpa Dr. Ali (beliau berasal dari Yaman). Beliau dengan segera mohon aku bawakan dia ke rumah berkenaan. 

Keesokan harinya, aku bawa Dr. Ali ni ke sana. Beliau membacakan beberapa surah al-Quran dihadapan beberapa bekas air yang akan digunakan untuk merenjis bahagian tertentu rumah berkenaan. Juga air berkenaan akan digunakan untuk mandian oleh penyewa rumah tersebut.


Sehingga kini, masalah tersebut telah tiada. Jutaan terima kasih pada Ustaz berkenaan kerana telah membantu kami. Aku ada hulurkan sedikit bayaran kepada beliau namun beliau langsung tidak mengambilnya dan memberitahu bahawa pertolongannya ialah ikhlas. 

No comments:

Post a Comment