Wednesday, April 17, 2013

Harga emas jatuh kaw-kaw

Perhh.. harga emas jatuh kaw-kaw.. dua tahun lepas aku ada beli sikit emas. pada masa tu pun harga dah dikira jatuh dan berada di bawah pasaran, kata ejen emas.. kemudian, hingga ke hari ini, harga emas masih tak stabil dan untuk fakta, tiada sebarang keuntungan lagi setakat ini hasil dari pembelian yang aku buat tu.. rugi ada lah.. 

Rugi sebab harga tak naik, rugi sebab harga spread, rugi sebab bila nak jual dah jadi emas terpakai dan etc.

Rata-rata penjual emas kalut dok war-warkan setahun purata 25% keuntungan. Kena tengok, dia dok gebang tu dari tahun bila ke tahun bila. Kenapa bila masuk tahun 2011 dan ke atas, graf emas tidak ditunjukkan dengan jelas. Sebabnya mudah, siapa beli pada tahun 2011 dan ke atas, tak ada untung lagi hingga ke hari ini (April 2013)!

Aku nak menyatakan ke tidakpuasan hati aku pada sesetengah penjual emas ini. Bila harga naik, mereka akan kata, harga emas naik dan bersorak mengatakan pembeli dah untung. Bila harga emas jatuh, mereka juga akan bersorak mengatakan harga emas tengah turun dan sekarang ialah masa terbaik untuk membeli emas! ini semua hipokrit dan satu kepura-puraan yang tak baik. 

Bila harga tengah jatuh, ada siapa ambil tahu perasaan pembeli yang dalam kerugian ini? Bayangkan pembeli emas yang dua tiga menjak ini yang telah membuat loan peribadi untuk membeli emas dalam jumlah yang banyak. Nak bayar hutang personal loan lagi, nak bayar caj simpanan emas tu lagi. Nak simpan kat rumah, bahaya pulak. 

Pulak tu, ada yang cagar kat Ar- Rahnu dan duit hasil cagaran digunakan untuk beli emas yang lain. Bagi aku, mengarut belaka tu.

Ada sesetengah penjual emas mengatakan beli emas ini ialah saranan Agama Islam. Aku nak advise pada sesetengah penjual emas ini, tolong jangan gunakan agama untuk mendapatkan keuntungan peribadi. Apa yang yang islam sarankan ialah penggunaan mata wang emas dan dinar dalam urusan jual beli harian dan bukannya beli emas untuk melabur!

Dah, buat masa sekarang ini, aku dah serik dan tak suka dengan cakap-cakap penjual emas yang bermuka-muka ini.

Chart emas pada 18/4/2013 link

Hati-hati lah dalam pelaburan yang semacam ini. En. Buffet tidak akan sama sekali membeli emas dalam pelaburan beliau.

16 comments:

  1. Anonymous1:26 PM

    macam tu lebih baik kamu beli bende lain yang kamu rase lebih untung daripada emas spt handphone,baju, kereta ferrari atau motosikal.pasti kamu akan mendapat keuntungan yang tinggi.atau kamu simpan je cash kamu tu sampai 5 thn ke, 10 tahun ke dengan inflasi malaysia sebanyak purata 6% setahun dan dividen fix deposit bagi plak 4% jek..

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:28 PM

    atau kamu boleh beli makanan banyak-banyak sebab beli makanan lagi untung.emas bukanye bley buat kamu untung atau kenyang...kan?kan?kan?

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:29 PM

    nasihat saya baik kamu study dulu pasal komoditi emas nie elok2 baru bley post dalam blog kamu.bile kamu tau dan study btul2 baru tulih balik.rasulullah pon da penah cakap..haish...

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:31 PM

    nak untung cepat main skim cepat kaya la..haha

    ReplyDelete
  5. Anonymous4:53 PM

    I think u should buy gold according to your own budjet.hmm.saya pon baru je start beli emas starting 2011. Saya beli emas time saya ada duit lebih.spatutnya beli time harga rendah tapi xsemestinya bila harga rendah saya ada duit yang cukup..Mmg xde untung stakat ni but im taking the risk.kalau in 5 years xde untung jgk, mayb saya akan leburkan emas untuk dijadikan rantai.hahhhaa

    ReplyDelete
  6. Anonymous8:15 PM

    Apa2pun ilmu yang penting, bukan sekadar dengar cakap orang sahaja, dia suruh beli kita beli......jangan salahkan sesiapa, slahkan diri sendiri kerana tidak cukup ilmu....

    ReplyDelete
  7. Saya alami nasib sama. 3 hari yg mcm bola bergolek kedalam cerun amat merbahayakan. Ingat nk jual la hari ini.monday nak byr downpymnt motor. Serabut.

    ReplyDelete
  8. tak perlu melenting.. aku hanya tujukan pada sesetengah ejen sahaja.. haha.. nampaknya ada orang yang panas punggung.. mungkin ada yang makan cili.. hahaha

    ReplyDelete
  9. Aku stj ngan mat utie..jgn mudah dgr ckp ejen.ukur poket sendiri.cr ilmu n fikir byk2..anda yg kaya atau ejen2 yg akan kaya.atau ar rahnu yg senang2 mkn duit riba yg konon2nya upah simpan..

    ReplyDelete
  10. Aku stj ngan mat utie..jgn mudah dgr ckp ejen.ukur poket sendiri.cr ilmu n fikir byk2..anda yg kaya atau ejen2 yg akan kaya.atau ar rahnu yg senang2 mkn duit riba yg konon2nya upah simpan..

    ReplyDelete
  11. Aku stuju dgn mat utie ni... hujah yg bernas.kpd sape2 yg buat loan utk beli emas sejak tahun 2011 memang habuk pun tadak sampai hari ni 27.6.2013. Rugi je bayar intrest bank .....gua rasa bubuh dlm asb lg untung.interest loan 4% / year.asb untung 8.5% /year. Kalau loan rm100k intrest=4k/ year. Korang ada lg rm4.5k dari untung Asb 8.5% /year setelah ditolak 4% dr loan...cuba kira balik untung atas angin tanpa risiko rugi rm4.5k.....sebulan rm300 lebih dpt free.hahaha........ sejak tahun 2011 -jun 2013 pelabur emas dpt rugi je hahahaha.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. contoh kira-kira mudah..

      Delete
  12. Anonymous4:17 AM

    nak tahu punca sebenar emas jatuh harga? Cuba google "short intraday and long overnight". Pasti anda akan tau puncanya dan siapa yang jadi dalang kepada penurunan harga emas. Seterusnya anda akan tersedar bhw masa nilah sebenarnya masa terbaik utk beli emas.

    ReplyDelete
  13. jangan harap pelaburan kalau nak kaya..
    pelaburan emas memang sesuatu yang baik.. tapi kalau nak beli emas tu pegang prinsip kita nak pegang kekayaan kita..
    sebab ekonomi banyak dipengaruhi oleh inflasi... dalam keadaan macam nei kita kena ada suatu yang kalis inflasi... ingat tu ...

    ReplyDelete