Monday, August 23, 2010

Selamat Puasa dan raya

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat berpuasa dan hari raya aidil fitri 2010 kepada semua mulim di Malaysia..hehe, lama sgt aku xupdate blog skrg nih dah tengah2 bulan puasa..

Kelam kabut dua tiga hari nih aku ulang alik balik ke kampung dan KL disebabkan bonda sebelah isteriku mengalami komplikasi akibat daripada penyakit Diabetes. Kaki kirinya terpaksa dibuang bagi mengelakkan penyakit tersebut dari terus merebak. Bagaikan tidak dapat diterima keputusan tersebut terpaksa diambil hanya satu minggu selepas ibujarinya dipotong.Doakan keselamatan beliau, sekarang sudah dalam keadaan stabil dan berada di kampung halaman. Tidak lagi di dalam wad.

Hmm..baru2 nih tenant aku yg dekat Selayang komplen "bumbung bocor la Bang!!!"..aiseymen..aku dah agak dah benda nih akan jadi..nih la satu2nya unit aku yg paling atas dan bala dah datang..aku dah jangka..ahhhhhhh...terpaksa aku pergi tgk apa masalahnya..puhhh, satu rabung telah tiada..diterbangkan angin..memang besar luasnya..patutla bocor..3 minggu(3 minggu tu sebab nak urus dengan tenant memang susah..hujung minggu memang dia tiada kat rumah..aku plak kerja hari biasa..rumah plak bukan dekat dgn tempat tinggal aku..aduiii...) kemudian aku datang membawa rabung baru dibeli dari kedai hardware..kononnya nak letak je kat puncak bumbung tu..sekali aku panjat, puhhhh 6-7 bijik rabung telah terbang entah kemana!!!jemnn!! lobang memang luas kat atas tu..adoiiii...



Taknak tunda masalah tu aku terus pergi beli dari kedai hardware..beli Rabung!dah la hari Ahad..punya la susah nak jumpa kedai..kali nih aku beli 15 bijik, rm70 je semua..puas hati..
Sampai je rumah tu aku terus pasang..letak mcm tu je..harap2 lekat la disebabkan yg nih berat..mustahil boleh diterbangkan lagi..smpai sekarang masih ok..harap tiada masalah lagi lah lepas nih..nasihat aku, hati2 membeli unit top floor. Make sure tiada masalah bumbung..puhhh.....pening2!

No comments:

Post a Comment