Wednesday, October 28, 2015

Harga Barang Terus Naik, Tips Jimatkan Perbelanjaan Barang Dapur

Kalau dulu aku lah pengunjung utama Pasaraya Giant, sekarang aku lah pemboikot utama pasaraya ini. Dulu-dulu tak pandai berbelanja. Tak buat perbandingan harga. Rupa-rupanya harga barang-barang di pasaraya ini jauh lebih tinggi berbanding harga yang boleh diperolehi dari Pasar Mini SPEEDMART!

Aku sangat mengkagumi perniagaan SpeedMart ni. Lihat bagaimana pengurusan yang cekap membolehkan harga barang di pasaraya ini boleh dijual dengan harga yang jauh lebih murah berbanding pasaraya besar yang lain. Lihat saja cawangannya yang tumbuh dimerata-rata disekitar lembah Kelang ni.

Jadi sekarang ini, 90% peratus dari pembelian barang dapur dari rumah kami adalah dari SpeedMart. Setakat ini, kami amat berpuas hati. Ianya cepat, mudah dan kebanyakan keperluan kami boleh diperolehi dari pasar mini ini dengan baik.

1 comment:

  1. Bila la speedmart ni nak ada kat area selatan agaknya...

    ReplyDelete