Friday, October 23, 2015

Cara nak beli kereta pertama dengan percuma, senang!

Ingin buat pembelian kereta pertama secara percuma? ada satu teknik yang saya nak share. Senang beb!

Mula-mula, beli kereta second hand secara tunai, contohnya kereta kancil berharga RM5,000.

Kemudian guna saja kereta berkenaan sekurang-kurangnya 3-4 tahun.

Pada tahun keempat, NCD kereta dah berkurang sebanyak 50%.

Nah sekarang dah boleh beli kereta besar, trade in kancil tu, guna NCD yang sama dimana insurans kereta berkenaan dari harga RM4,000 telah berjaya dikurangkan kepada RM2,000.

Guna kereta besar tu, lepas 3 tahun, penjimatan secara kasar sebanyak RM6,000 dapat diperolehi, belum tolak harga semasa kancil tu.

Secara kalkulatif, penjimatan berkenaan telah melebihi harga kereta pertama. Jadi kereta pertama dah dikira sebagai kereta free. kan?

Keypoint kat sini ialah delay your gratification!

selamat!


No comments:

Post a Comment