Sunday, June 10, 2012

Keep It Up!

Dah lama betul aku tak membeli hartanah. Setahun setengah adalah lebih kurang. Terasa ingin menjual barang satu dua unit hartanah aku yang dah lepas lock in period tu. Paling tidak pun tiada caj dari pihak bank selepas loan tersebut habis di jelaskan.

Nak cerita kisah client yang aku jumpa semalam. Dia datang untuk riki rumah yang aku nak jual di Putra Perdana tu.

Dalam dok sembang dengan dia, dia ada cakap dia ni pelabur hartanah. Aku tanya berapa unit yang you ada sekarang. Selamba dia jawab 'tujuh belas'. fuuu.. Aku cakap lagi "beli cash la rumah saya nih, sikit je kalau setakat enam puluh ribu tuu" , " tak boleh laa, nanti kena bayar cukai tinggi" balas mamat ni.

"Saya melabur ikut saya punya boss, dia ada enam puluh empat unit hartanah, dia hire dua staff untuk kutip sewa dan update akaun setiap bulan. Sebulan dia dapat RM250K." haaaaa... terkesima aku dengar ceritanya..

Pengajaran yang aku dapat ialah, beli hartanah sebanyak mungkin. Buat loan tak apa asalkan "loan baik".

Aku menanti untuk dapat position yang lagi stabil untuk aku teruskan pelaburan ini dengan lebih pantas.

Terkini, aku dah aim satu unit ni, nak masuk bid. Doakan aku berjaya. Dah berjaya nanti aku cerita detail.



No comments:

Post a Comment