Sunday, September 17, 2017

Maksimumkan Penggunaan 90% Housing Loan - kes study

Apa maksud maksimumkan pengunaan 90% housing loan ini?
Maksudnya disini ialah, housing loan yang dibenarkan oleh undang-undang di Malaysia ialah 90% untuk hartanah pertama dan kedua sahaja, manakala untuk hartanah ke 3 dan seterusnya, loan yang dibenarkan ialah 70%. 

Disebabkan housing loan ialah satu hutang baik, maka ada baik untuk kita maksimakan kelebihan ini. Maksimakan dalam ertikata gunakan loan ini untuk beli hartanah yang lebih tinggi nilainya. Kelayakan loan ini juga bermakna pemohon adalah hanya layak memegang dua loan 90% sahaja dalam satu-satu masa.

Untuk kes aku, aku hanya pegang 2 loan rumah 90% sejak 4 5 tahun sebelum ini dan tiada housing loan lain lagi. Makanya untuk aku mohon loan yang berikutnya, aku baru saja buat full settlement satu loan (berbaki sekitar RM20k) secara tunai bagi melayakkan aku mohon satu lagi loan 90% untuk pembelian satu hartanah yang bernilai lebih tinggi(rm165k).

Selesai saja full settlement ini, aku akan dapatkan balik semula duitnya melalui pengeluaran kwsp/epf dari akaun dua, dan juga aku akan buat refinance(dapat 70%) dikemudian hari yang mana nilai hartanah ini tidak kurang dari RM100k.

Maknanya sekarang ini aku still pegang 2 loan 90%. Begitu juga untuk hartanah seterusnya yang dalam proses pembelian, aku akan buat sekali lagi full settlement untuk loan 90% yang bernilai kecil (baki masih disekitar rm50k), dan akan memohon loan 90% juga bagi hartanah bernilai sekitar RM200k (unit kembar).
Hartanah yang telah dibuat full settlement tadi akan aku refinance juga bagi mendapatkan balik modal yang mana nilai hartanah ini tidak kurang dari RM150k.

Aku juga akan refinance satu lagi hartanah yang bernilai tidak kurang dari RM100k yang mana satu ketika dulu ianya telah dibeli dengan cara tunai.

Melalui cara ini, dijangka akan dapat tambah 3 hartanah dalam masa terdekat dan akan ada penambahan cash in hand sekitar RM200k. Doakan ianya berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment