Penyewa ini telah menimbulkan masalah sejak dari awal dia menyewa. 3 tahun aku bertahan dengan sikapnya. Akan timbul pelbagai alasan pada setiap kali sewa sepatutnya dibayar olehnya.
Pernah alasan toyol telah masuk pecah rumahnya meneyebabkan dia kehilangan duit untuk membayar sewa. Beliau pernah juga dirompak, ibunya sakit terlantar di hospital, anaknya sakit, anaknya makan tikar getah dan macam2 lagi.
Setelah 3 tahun, aku dah hilang sabar. Aku gunakan khidmat ejen untuk menghalaunya keluar. Hasilnya beliau melarikan diri bersama 6 bulan sewa yang tidak berbayar disertai dengan bil api dan air yang agak banyak. Juga dihadiahkan aku dengan rumah yang bersepah-sepah berserta tombol-tombol pintu yang kuncinya hilang entah kemana.
Inilah hasilnya bila tuan rumah yang baik(tak bertempat) macam aku menguruskan rumah sewa. Good lesson untuk aku. Lepas ni aku akan gunakan taktik yang lain. Tiada sebarang kompromi yang akan diberikan lagi.
Harap aku akan dapat penyewa yang berdedikasi dengan hasil sewa yang lebih tinggi.
Kesian ko kan.. tulah,nak berbaik kena bertempat gak..huhuhu
ReplyDeleterumah di petaling indah akan disewakan x? :P
ReplyDeleteMaaf sangat rumah kat Petaling Indah tu ialah tempat tinggal saya sekarang..
Deleteada ejen utk keluarkan penyewa? blh bg contact?
ReplyDeletepart "anak mkn tikar getah" tu klaka haha..
Salfi, ohh.. saya dapat no ejen tu di Mudah.my. Saya bgtahu masalah ini kat dia, then dia cakap dia boleh uruskan. btw sy bg no kontaek dia, Asmawi:0123547851 (dia memang conquer area Saujana Putra ni).. Satu lagi memang dia cakap anak dia asyik makan tikar getah, pastu nak mintak potong sewa utk dia tukar tikar getah baru.. tp hampeh tak ada pun beli tikar getah baru.. tu yang sewa jadi tertunggak banyak..
DeleteTQ byk2 bro..
Deletetokono dah den gamaknyer ni
ReplyDelete