Wednesday, October 05, 2011

Strategi bila kenaikan harga barang yang melampau

Tak usah salahkan orang lain yang menyebabkan harga barang naik.
Kita sendiri yang kena cari penyelesaiannya.
Nih antara strategi yang sesuai

1. Beli emas
2. Duduk di rumah selama mungkin. Kurangkan keluar rumah. Kemas rumah, cuci tolilet, Buang sampah, baiki minor setakat yang boleh, pasang kabinet kecil
3. Boikot kedai makan kat luar. Masak sdiri. Asah skill memasak anda.
4. Beli rumah untuk disewakan.
5. Guna kemudahan ditempat kerja dengan sebaiknya. Internet, elektrik etc.
6. Guna kenderaan yang jimat minyak. Guna setakat yang perlu sahaja.
7. Jual apa sahaja barang yang tidak perlu berada didalam rumah.
8. Simpan segala duit dan pendapatan di ASB, ASD atau mana-mana saham amanah yang terjamin dan halal
9. Pegang duit sesikit mungkin di tangan. Cover interest OD anda.
10. Gunakan fasiliti OD (kepada sesiapa yang sempat buat OD)
11. Gunakan kelebihan kad kredit (tuntut ilmu sebelum guna)
12. Buat kerja part time, rebut peluang depan mata
13. Tumpukan perhatian pada kerja anda - untuk naik pangkat
14. Tuntut apa sahaja hutang yang di pinjam oleh org sekeliling anda
15. Jalan kaki sebanyak mungkin
16. Jgn lupa tunaikan tanggungjawab sbg hamba Allah


2 comments:

  1. betul tu, majoriti dari kita ni suka sangat mengomel... itulah, inilah... hakikatnya kita kat malaysia ni terlalu banyak peluang dan ruang... nak ngan tak nak jer...

    ReplyDelete
  2. stuju dgn Wakif.. even ada dalam satu buku, pernah ditulis, seluruh alam semesta ini sedang berkonspirasi untuk menjatuhkan dia.. sbb tu semua orang buat salah..dia saja yang betul..elakkan sikap mcm tu..

    ReplyDelete