Sunday, June 12, 2011

Kepentingan menetapkan matlamat

Baru-baru ini aku ada terbaca satu artikel mengenai kepentingan menetapkan matlamat. Ya betul aku setuju dgn apa yang diperjelaskan. Kenapa masa zaman aku belajar dulu aku boleh buat. Aku boleh letakkan matlamat dan berusaha kearah matlamat itu. Teringat zaman belajar dulu aku sanggup bangun pukul 4am untuk menelaah pelajaran. Aku sanggup memenuhi masa aku dengan melakukan ulangkaji. Aku menyesal sekiranya aku tidur terlalu lama. Aku sanggup berjumpa cikgu dan pensyarah demi bertanyakan soalan mengenai perkara yang aku tidak faham. Aku sanggup tidak poteng kelas demi mendapatkan ilmu. Dan aku jugak sanggup masuk ke kuliah lain demi untuk memahami lebih subjek yang diajar! Aku jugak sanggup bersujud sembahyang hajat, doa mintak dengan Allah untuk berikan kejayaan kepada diri dan rakan-rakan seperjuangan. Semua tu semata-mata untuk cemerlang dalam peperiksaan dan pelajaran. Dan hasilnya aku dapat apa yang aku nak.

Sekarang aku dialam pekerjaan. Keadan amat berbeza. Tiada lagi matlamat yang sebegitu. Aku boleh hanyut dibuai kelekaan. Semuanya bergantung kepada diri aku sendiri. Adoi..susah jugak macam nih. Tu sebab aku kena tetapkan matlamat. Aku perjelaskan matlamat aku dan pemerkan dimana-mana tempat yang aku mudah lihat. Semua tu untuk mengingatkan aku mengenai matlamat aku supaya tidak leka. Bukan untuk berlagak. Tp untuk terus memotivasikan diri ini yang sering terlupa. InsyaAllah akan aku ulang usaha yang sepertizaman remaja dulu.

InsyaAllah matlamat tersebut boleh dicapai! aminnn...



No comments:

Post a Comment