Friday, November 10, 2017

Senarai Hartanah Lelong Public Bank Bulan November 2017

Sesiapa nak beli hartanah lelong tanpa melalui acara lelongan iaitu first come first serve basis, boleh la lawat link ini - https://www.pbebank.com/pdf/Properties/list_properties_011117.aspx

Ada banyak unit menarik nampaknya, terutamanya yang luar kawasan.

Untuk lebih untung, beli lah melalui ejen sebab nanti ejen boleh claim komisen dari bank, untung-untung boleh pau ejen, dapat makan lunch pun dah kira OK. Lagipun ejen akan uruskan pembelian untuk kita. Boleh cari mana-mana ejen yang berkaitan.

Semoga bermanfaat!

Hartanah ke #9, Taman Equine, Putra Permai, Seri Kembangan

Saja nak berkongsi kes pembelian hartanah kami yang keseterusnya ini, untuk rekod dan tambah pengetahuan.

Dua minggu sudah, pergi buat satu site visit di Seri Kembangan juga. Kali ni guna ejen yang sama juga dengan hartanah kami  #8 yang baru saja dibeli pada bulan lepas. 

Untuk kes unit ini, ianya tingkat paling atas, tapi condition tiptop. View pun cantik, boleh nampak KLCC sayup-sayup. Angin pun kuat kat tingkat atas ni, lagipun kalau nak buka tingkap pun masih privasi, tidak terdedah dilihat dari unit lain. Unit ini berusia lebih 15 tahun namun tuan rumah tak pernah sewakan pada sesiapa. Unit dara la kiranya😅.

Mula-mula tengok saja dah agak berkenan, mungkin sebab ianya dalam keadaan baik. Bila tanya harga offer, dia buka rm135,000 untuk apartment berkeluasan 720sqft ni. Katanya boleh negotiate.
Lepas balik, aku bincang dengan wife nak kena counter offer harga.

Lepas dua hari, kami cuba la offer harga 120k, mana tahu ada rezeki. Tup-tup sekali tu dia setuju harga 120k, senang berkira betul. So, kami cepat-cepat la booking. Ikut kira-kira, plan nak sewakan bilik dengan fully furnish, satu bilik rm300, lagi satu rm250 dan lagi satu bilik rm200. Harapnya boleh dapat harga macam ni nanti. Sekarang ianya dalam proses, harap semua berjalan lancar. Modal nak kena prepare ialah 12k untuk downpayment, lawyer fees sekitar 5-6k dll, loan akan jadi sekitar RM110k termasuk mrta dll, instalment dijangka sekitar rm600/month.

Tunggu lima tahun lagi kawasan ni dijangka akan boom lagi sebabnya MRT dalam pembinaan, lepas siap MRT boleh up lagi harga sewa. Moga semua berjalan lancar. 

Jom semua kita tambah hartanah.

Saturday, October 14, 2017

Refinance ASB Loan, elok ke tak elok?

Baru-baru ni, aku pergi CIMB Bank Bangsar, kemudian ada satu banker(cun gila okey!) tu approach, dia tawarkan ASB loan. Aku macam biasa la, langkah selamat, beritahu dah buat ASB loan full limit. Tapi dia counter balik, katanya ASB loan yang CIMB offer sekarang ni tengah rendah kadar interestnya iaitu 4.8%.

Ok lah fine, aku semak dulu. Bila semak dengan Maybank yang aku pernah buat dulu, kadar dari Maybank yang aku guna sekarang ialah 5.0% iaitu 0.2% lebih tinggi dari yang di offer oleh CIMB ni. Jadi, aku plan nak refinance lah, antara advantagenya ialah 1. boleh kurangkan monthly installment dari monthly RM790/month sekarang ini kepada RM650/month (sebab tarik ke 30 tahun juga). 2. Boleh dapat cash apa yang kita dah commit dengan Maybank ikut pokok yang kita dah bayar. 

0.2% bunyinya sikit saja beza, tapi cuba kira berdasarkan dari lebih RM300k iaitu jumlah yang perlu dibayar balik yang mana dikira pada setiap tahun, berapa tu bezanya dalam bentuk ringgit? 

Walau apa pun, teknik ini ialah salah satu dari teknik janaan duit menggunakan konsep DOL (Duit Orang Lain).

Boleh tahan juga teknik ni, boleh la buat cover apa yang patut. Jadi, langkahnya simple,aku batalkan ASB Loan yang ada di Maybank, mohon ASB loan di CIMB dengan kadar faedah yang baru. Doakan semua berjalan lancar. 

Beli tanah, mana lebih elok dengan beli rumah?

Setelah sekian lama blog ini agak sepi. Dalam tempoh sepi ni, aku sempat beli satu tanah lot di kampung halaman. Pengalaman pembelian tanah ni, ianya tiada memberi pulangan yang terus macam beli rumah. Duit modal keluar agak banyak, ianya lebih banyak bilamana aku terpaksa membuat personal loan bagi mendapatkan modal tambahan. 

Parah juga tu personal loan RM80k, sepuluh tahun, sebulan kena bayar hampir 1k. Dah tak pasal-pasal jadi liabiliti pula. Modal sendiri pula dah keluar, tak kurang RM30k juga. Nak harap kenaikan harga bagi tanah ni memang tak lah, cuma yang aku suka mengenai tanah ni ialah disebabkan ianya merupakan peninggalan arwah moyang dan ianya terletak bersebelahan sungai. Dalam kes ni, ianya ada sentimental value lah, terpaksa berkorban disebabkan alasan ini. 

Kalau modal yang sedemikian tu aku tukar ke bentuk pembelian satu apartment, setiap bulan ada potensi untuk dapat lebihan RM200 dari lebihan sewa yang mana ianya perkara yang biasa didapati oleh pelabur hartanah lain. Disamping tu juga, boleh dapat profit dari kenaikan harga hartanah berkenaan. Diibaratkan ianya double side sword, kiri kanan boleh potong.

Tapi, apa-apa pun, pelaburan tetap pelaburan, yang penting kehendak pelabur itu sendiri. Dalam hal ini, tiada siapa salah siapa yang betul, terpulang mengikut kehendak. Sesiapa nak beli tanah, boleh proceed beli tanah, siapa yang nak beli rumah boleh proceed beli rumah. Yang tak beli apa-apa tu yang masalah sebenarnya. haha

Tuesday, September 19, 2017

Jangan Simpan Duit. Apa maksud ini?

Katanya Robert Kiyosaki, kita jangan simpan duit. Eh,

Sebenarnya maksudnya macam ini, jangan simpan harta dalam bentuk duit. Kerana duit hanyalah kertas yang tiada nilai apa-apa. Kerajaan dimana-mana negara pun sentiasa mencetak wang, inflasi yang berlaku makin mengurangkan nilai duit pada setiap tahun. Wang makin banyak dalam negara.

Namun maksud ini bukanlah bermakna kita kena habiskan duit untuk membeli benda yang tidak perlu. Duit masih perlu dijana dengan sebanyak mungkin melalui kerja kuat dan usaha yang tekun. Apa yang dimaksudkan ialah, kita seharus mungkin menukarkan duit kepunyaan kita dalam bentuk aset.

Kita harus menggunakan kelebihan yang ada untuk mendapatkan aset sebanyak mungkin. Kelebihan termasuklah kelayakan kita itu sendiri untuk membuat hutang baik.

Oleh itu, dapatkan aset sebanyak mungkin bagi menjamin masa depan yang baik.