Thursday, April 02, 2015

Cara dan petua merawat resdung paling jimat kos

Just nak share dengan pembaca semua mengenai cara nak rawat resdung paling jimat kos. Aku ni ada masalah resdung, selalu bersin dan sakit kepala. Sebelum ini aku ada ambil pil dari kedai ubat tradisional. Ia berkesan tapi selalunya lepas dua tiga hari, kena makan ubat lagi.

Baru-baru ini aku ada dengar ceramah Ustaz Sharhan, aku ikut petua beliau dan aku dapati ianya agak berkesan. Caranya ialah, bila pergi masjid, ambil air kolah masjid dengan menakungkan air kedua telapak tangan, masukkan hidung kedalam dalam air berkenaan dan sedut lah air berkenaan melalui hidung sedalam yang boleh. Lepas tu keluarkan lah air berkenaan. Ulang dua tiga kali hingga bersih segala kekotoran dalam hidung berkenaan. Memang agak pedih sedikit dalam hidung tapi lama-lama kita akan jadi biasa. Kemudian berdoalah agar resdung berkenaan dipulihkan.

Nah, aku dah cuba dan agak menjadi. Sekarang ni aku dah tak lagi mengambil sebarang pil resdung. Jimat juga dalam rm40 sebulan kalau nak dikira dari segi kos ubat berkenaan. Lagi satu kita dapat mengurangkan risiko mendapat kanser untuk jangka masa panjang kesan dari ubatan yang tidak disahkan oleh pihak kementerian kesihatan.

Sebenarnya, kalau tak sempat pergi masjid, gunakan air paip dirumah atau dimana-mana tandas juga menjadi, tapi tidak sehebat air kolah masjid. Ini sebab air kolah masjid sebenarnya telah dan sentiasa dirawat dengan alunan azan dan susunan molekulnya adalah tidak sama dengan air biasa.

Nah, secara tak langsung dapat kurangkan kos perbelanjaan pesakit resdung. 
Lala-lama duit dah banyak boleh beli mesin duit lagi, kan?.. heheheh.. krik..krik.. yela2, tak lawak pun..

Selamat mencuba!

aaacchooomm!

2 comments:

  1. resdung sememangnya mengundang rasa tidak selesa kepada pengidapnya. lagi2 jika sentiasa bersin dan gatal2 muka.

    Saya ada kongsikan petua dan tips utk pesakit resdung-----> Terseksa & Malu Akibat Resdung Teruk. Apa Nak Buat? | Diari Mama

    ReplyDelete